Monday, 14 December 2020

Selawat Thala 'al Badru 'Alaina

 

Matan hadith

 

Diriwayatkan dari ‘Ubaidillah,

 

لمَّا قدِمَ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم المدينةَ جعلَ النِّساءُ والصِّبيانُ والولدانُ يقُلنَ

 

طلع البدرُ علينا * من ثنياتِ الوداعِ

 

وجب الشكرُ علينا * ما دعا للهِ داعٍ

 

Terjemahan

 

Tatkala Rasulullah datang ke Madinah, para wanita dan anak-anak bersenandung:

 

thala’al badru ‘alaina, min tsaniyatil wada’i

 (Telah muncul purnama kepada kami, dari daerah Tsaniyatul Wada’)

 

wajabas syukru ‘alaina, ma da’a lillahi da’in

 (Wajiblah bagi kita untuk bersyukur, selagi masih ada orang yang berdoa kepada Allah)

 

Takhrij

 

HR. Abul Hasan Al Khal’i dalam Al Fawa’id 2/59, Baihaqi dalam Dala’il Nubuwwah 2/233 dari Ubaidillah bin Muhammad bin Aisyah.

 

Hadith ini dhaif. Sanadnya terputus tiga rawi, kerana Ubaidillah ini adalah salah seorang guru imam Ahmad dan dia langsung meriwayatkan peristiwa tersebut. Inilah yang dikatakan oleh al-Iraqi dalam Takhrij Al Ihya 2/244.

 

Imam Baihaqi berkata: “para ulama menyebutkan hal ini terjadi saat kedatangan Rasulullah saw ke kota Madinah dari kota Makkah, bukan kedatangan beliau dari Tsaniyatul Wada’ saat pulang dari perang Tabuk”.

 

Namun hal ini dibantah oleh Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Zadul Ma’ad 3/13 : “ini adalah sebuah kekeliruan yang sangat nyata. Kerana daerah Tsaniyatul Wada’ itu di arah Syam, daerah ini tidak pernah dilewati oleh orang yang datang dari Makkah ke kota Madinah. Dan tidak akan melewatinya kecuali bila ia meneruskan perjalanan ke Syam”.

 

 

Menurut syeikh al-Albani, secara keseluruhan hadith ini tidak tsabit (Silsilah Hadith Dhaif 2/63).

 

Ibnu Hajar sendiri dalam Fathul Bari 7/261-262 berkata sanad hadith ini mu'dhal, kemungkinan peristiwa ini berlaku selepas pulang dari perang Tabuk.

 

Beliau juga menambah kisah ini diingkari oleh al-Dawudi (Fathul Bari 8/128).

 

 

Hadith ini juga tidak menyatakan selawat itu diiringi paluan kompamg dan irama lagi seperti yang dinyatakan oleh Imam Ghazali dalam Ihya' (Takhrij Ihya' 3/252).

 

 

Bahkan Ibnu Ishak yang terkenal dengan ketelitian beliau menulis riwayat sejarah, tidak pula menceritakan kisah ini dalam sirahnya (Ma Sya'a wa lam Yatsbutu fi as-Sirah an-Nabawiyah hal. 89-90).

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...