Larangan Nihayah
الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ
الْمَيِّتِ ، وَصَنِيعَةَ الطَّعَامِ بَعْدَ دَفْنِهِ : مِنْ النِّيَاحَةِ
Kami mengira berhimpun kepada keluarga jenazah dan membuat makanan
selepas daripada pengebumian termasuk di dalam ratapan (yang dilarang). (HR.
Ahmad no. 6866 dan Ibn Majah no. 1612, sanadnya sahih menurut Syeikh al-Albani
dalam Ahkam Janaiz no. 210 dan Syeikh al-Arnauth dalam takhrij Musnad)
Menutup aib jenazah ketika pengurusan mayat
"مَنْ غَسَّلَ مَيِّتًا
فَسَتَرَ عَلَيْهِ وَأَدَّى الأَمَانَةَ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ أَرْبَعِينَ
كَبِيرَةً وَمَنْ كَسَا مَيِّتًا كَسَاهُ اللَّهُ مِنْ سُنْدُسِ الْجَنَّةِ
وَإِسْتَبْرَقِهَا وَمَنْ حَفَرَ لَمَيِّتٍ قَبْرًا كَانَ كَمَنْ أَسْكَنَ بَيْتًا
إِلَى أَنْ يَبْعَثَ اللَّهُ مَنْ فِي الْقُبُورِ"
Sesiapa yang memandikan jenazah, menyembunyikan aibnya dan menunaikannya
dengan amanah, Allah SWT akan mengampunkan sebanyak empat puluh keampunan yang
besar. Sesiapa yang mengkafankan jenazah Allah akan memakaikannya kain sutera
halus dan sutera tebal dari syurga. Sesiapa yang menggali kubur untuk jenazah
seolah-olah dia menyediakan rumah, sehingga Allah SWT membangkitkan manusia di
kubur (Disebutkan oleh Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 2/85).
Sesiapa yang mengkafankan jenazah
مَنْ كَفَّنَ مَيِّتًا
فَإِنَّ لَهُ بِكُلِّ شَعْرَةٍ تُصِيبُ كَفَنَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ
Sesiapa yang mengkafankan jenazah, maka setiap rambut yang mengenai
kafannya akan memberikan kebaikan untuknya 10 kebaikan (HR. Ibnu Hibban dalam
al-Majruhin 2/503, palsu menurut Ibnu Qayyim dalam al-Manarul Munif no. 38 dan
az-Zahabi dalam Mizan I’tidal 4/554)
Sesiapa yang mengiringi jenazah seseorang yang melakukan haji
من شيع حاجا أربعين خطوة ثم
عانقه وودعه لم يفترقا حتى يغفر الله له
Sesiapa yang melakukan haji sebanyak 40 langkah, lalu berpisah, tidaklah
dia berpisah selepas itu melainkan Allah mengampuni dosanya. (as-Syaukani
menilai hadith ini palsu dalam al-Fawaid al-Majmuah no. 111 dan juga dinilai
palsu dalam Fatwa Thariqah Islam no. 38235).
Ziarah Makam Ibubapa Pada Hari Jumaat
من يزور قبر والديه أو
أحدهما كل يوم جمعة ، تغفر ذنوبه وتسجل على أنه تقي
Barangsiapa yang menziarahi makam kedua orang tuanya atau salah seorang
dari mereka pada setiap hari Jumaat, maka akan terampuni dosanya dan dicatat
sebagai orang yang berbakti (HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Aswath 6/175,
palsu menurut Syeikh al-Albani dalam Ahkam Janaiz no. 237).
Sesiapa Yang Mati Dalam Keadaan Mewarnakan Rambut
حديث: من مات مخضوبا لم يدخل
القبر إلا ومنكر ونكير لا يسألانه.
Sesiapa yang mati dalam keadaan mewarnakan (rambut), dia tidak akan
masuk kubur melainkan malaikat munkar dan nakir tidak akan menyoalnya. (as-Syaukani
menilai hadith ini palsu dalam al-Fawaid al-Majmuah no. 195).
No comments:
Post a Comment