Tuesday, 15 December 2020

Hadith siapakah dia wali Allah swt?

 

Sanad dan Matan hadith

 

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حَرْب الرَّازِيُّ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ سَابِقٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْأَشْعَرِيُّ -وَهُوَ الْقُمِّيُّ -عَنْ جَعْفَرِ بْنِ أَبِي الْمُغِيرَةِ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَنْ أَوْلِيَاءُ اللَّهِ؟ قَالَ: "الَّذِينَ إِذَا رءُوا ذُكر اللَّهُ"

 

Terjemahan

 

Telah menceritakan kepada kami Ali ibnu Harb Ar-Razi, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Sa'id ibnu Sabiq, telah menceritakan kepada kami Ya'qub ibnu Abdullah Al-Asy'ari (yaitu Al-Oummi), dari Ja'far ibnu Abul Mugirah, dari Sa'id ibnu Jubair, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa pernah seorang lelaki bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah wali-wali Allah itu? Maka Rasulullah Saw. menjawab: Iaitu orang-orang yang apabila terbit rasa riya’ dalam hatinya, maka segera ia ingat kepada Allah.

 

Takhrij

 

HR. al-Bazzar dalam Musnadnya no. 3626, daripada Ibnu Abbas ra, dan diriwayatkan pula secara mursaI oleh Ibnu Abi Duniya dalam al-Auliya' no. 15, Ibnu Mubarak dalam al-Zuhd no. 217, Abu Nua’im dalam Hilyatul Auliya 1/6, dan at-Thabari dalam tafsirnya 10/1119, daripada Said bin Jubair ra.

 

Dihasankan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih 4/311 no. 1646.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...