Matan hadith
قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " §مَا
أَنْعَمَ اللهُ عَلَى عَبْدٍ مِنْ نِعْمَةٍ، فَقَالَ: الْحَمْدُ لِلَّهِ إِلَّا
وَقَدْ أَدَّى شُكْرَهَا، فَإِنْ قَالَهَا الثَّانِيَةَ جَدَّدَ اللهُ لَهُ
ثَوَابِهَا، فَإِنْ قَالَهَا الثَّالِثَةَ غَفَرَ اللهُ لَهُ ذُنُوبَهُ
Terjemahan
Dari Jabir ra. bahawa Rasulullah
SAW. bersabda, “Allah SWT tidak memberi suatu nikmat kepada seorang hamba
kemudian ia mengucapkan Alhamdulillah, kecuali Allah SWT menilai ia telah
mensyukuri nikmat itu.
Apabila dia mengucapkan
Alhamdulillah yang kedua, maka Allah SWT akan memberinya pahala yang baru lagi.
Apabila dia mengucapkan Alhamdulillah untuk yang ketiga kalinya, maka Allah SWT
mengampuni dosa-dosanya.
Takhrij
HR. al-Hakim no. 1/507-508 dan
al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 4090, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus no.
6272, daripada Jabir ra.
Hadith munkar menurut az-Zahabi
dalam Mizanul I’tidal 2/513-514.
Syeikh al-Albani menilai hadith
ini palsu dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2010.
No comments:
Post a Comment