Doa
اللهم اجعلنا من عتقائك من النار
Penjelasan
Doa ini adalah terbitan daripada
beberapa hadith yang menyatakan
kelebihan bulan Ramadan.
1. Riwayat Abu Hurairah
atau Abu Sa'id RA:
إِنَّ لِلَّهِ عُتَقَاءَ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لِكُلِّ عَبْدٍ
مِنْهُمْ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ
Sesungguhnya Allah mempunyai
hamba-hamba yang dibebaskan pada setiap siang dan malam, setiap dari mereka
mempunyai doa yang mustajab. [Musnad Ahmad no.7450]. Sanadnya sahih menurut
Al-Arnauth (Takhrij Al-Musnad no.7450) dan Ahmad Syakir (Musnad Ahmad 13/188).
Al-Haithami berkata: Perawinya perawi Al-Sahih (Majmu' Al-Zawaid 10/219).
2. Riwayat Abu Hurairah
RA:
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ
الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ
يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا
بَابٌ وَيُنَادِى مُنَادٍ يَا بَاغِىَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِىَ الشَّرِّ
أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ وَذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ
Pada malam pertama bulan Ramadan
syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup,
tidak ada satupun pintu yang terbuka dan pintu-pintu syurga dibuka, tidak ada
satupun pintu yang tertutup, serta berserulah seorang menyeru, wahai yang
mengharapkan kebaikan bersegeralah, wahai yang mengharapkan keburukan
berhentilah, Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari api neraka pada
setiap malam. [Jami' Al-Tirmizi no.682; Sunan Ibnu Majah no.1642; dll]. Sahih
menurut Ibnu Khuzaimah (Sahih Ibnu Khuzaimah no. 1774); Ibnu Hibban (Sahih Ibnu
Hibban no.3435) dan Al-Hakim (Al-Mustadrak no.1460 (1/421)).
3. Riwayat Jabir bin
Abdullah RA:
إِنَّ لِلَّهِ عِنْدَ كُلِّ فِطْرٍ عُتَقَاءَ وَذَلِكَ
فِي كُلِّ لَيْلَةٍ
Sesungguhnya Allah di setiap
berbuka memberikan pembebasan, dan itu terjadi setiap malam. [Sunan Ibnu Majah
no.1643]. Hasan sahih menurut Al-Albani.
4. Riwayat Abu Umamah
RA:
إِنَّ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ عِنْدَ كُلِّ فِطْرٍ عُتَقَاءَمنَ النارِ
Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla
di setiap berbuka memberikan pembebasan dari api neraka. [Musnad Ahmad no.22202;
Al-Mu'jam Al-Kabir li Al-Tabarani no. 8089 (8/340); Syu'ab Al-Iman li
Al-Baihaqi no.3605; dll]. Sahih lighairihi menurut Al-Arnauth (Takhrij
Al-Musnad); Hasan menurut Al-Wadai'i (Sahih Al-Musnad no.494) dan Al-Albani
(Sahih Al-Targhib no.987)
5. Riwayat Abu Sa'id
Al-Khudri RA:
إن لله تبارك وتعالى عتقاء في كل يوم وليلة ( يعني في رمضان ) , وإن لكل
مسلم في كل يوم وليلة دعوة مستجابة
Sesungguhnya Allah Tabaraka wa
Ta’ala memberikan pembebasan pada setiap malam (yakni di bulan Ramadan) dan
sesungguhnya setiap muslim pada waktu siang dan malam memiliki doa yang
mustajab. [Kasyf Al-Asrar li Al-Bazzar no.962 & Al-Mu'jam Al-Ausath 6/275].
Al-Haithami berkata: Aban bin Abi 'Aiyas adalah dhaif (Majmu' Al-Zawaid 3/146);
Sanadnya lemah menurut Al-Dimyathi (Al-Matjar Al-Rabih no.132) dan Al-Arnaut
(Takhrij Al-Musnad no.12/421).
Meminta perlindungan dari azab
api neraka itu dianjurkan sepertimana tsabit dalam hadith antaranya:-
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda,
مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الْجَنَّةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، قَالَتِ الْجَنَّةُ: اللَّهُمَّ
أَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَمَنْ اسْتَجَارَ مِنَ النَّارِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ،
قَالَتِ النَّارُ: اللَّهُمَّ أَجِرْهُ مِنَ النَّارِ
”Siapa yang meminta syurga 3
kali, maka syurga akan berkata: ’Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga.’
Dan siapa yang memohon perlindungan dari neraka 3 kali, maka neraka akan
berkata: ’Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.” (HR. Ahmad no. 12585, an-Nasaie
no. 5521, Tirmidzi no. 2572). Hadith ini
dinilai hasan oleh Syeikh al-Arnauth dan dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani.
Matan doa di atas tidak ditemui
asalnya dalam kitab hadith, setakat pencarian saya.
Malah Syeikh Utsaimin berkata doa
ini tidak sahih datangnya dari Nabi saw.
Walaupun tidak ditemui asal, tetapi upaya meminta
perlindungan/dimerdekakan dari azab neraka itu tsabit dari nas. Hukum berdoa
dengan doa yang tidak datang dari nas yang sahih sekalipun dhaif berat dan
maudhu adalah dbolehkan selagi tidak bertetangan dengan syarak (Liqa’at al-Bab
Maftuh 27/122).
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 131985
Fatwapedia no. 5182
No comments:
Post a Comment