1. Bacaan tahlil khas dan
ganjarannya
Matan Hadith
وقال الزهري : قال أنس [رضي الله عنه] : قال النبي صلى الله عليه وسلم :
﴿من قال في كل واحد من العيدين : لا اله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله
الحمد يحيي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير ، أربعمائة مرة
قبل صلاة العيد ، زوجه الله تعالي أربعمائة حوراء ، وكأنما أعتق أربعمائة رقبة ،
ووكل الله تعالي به الملائكة يبنون له المدائن ، ويغرسون له الأشجار الي يوم
القيامة﴾ . قال الزهري : ما تركتها منذ سمعتها من أنس . وقال أنس رضي الله عنه ما
تركتها منذ سمعتها من النبي صلى الله عليه وسلم .
Terjemahan
Lebih kurang begini:-
Az-Zuhriy berkata : Telah berkata
[Sahabat] Anas : Nabi [Muhammad] bersabda , semoga rahmat Allah sentiasa
tercurah untuk beliau : "Barang siapa membaca di setiap ied dari dua hari
ied [iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha] :
لا اله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد
يحيي ويميت وهو حي لا يموت بيده الخير وهو على كل شيء قدير
400 x sebelum solat ied , maka
Allah Ta'ala memberi isteri untuk dirinya 400 bidadari , dan seakan-akan dia
telah memerdekakan 400 budak , dan Allah mewakilkan baginya para malaikat untuk
membangun kota-kota baginya dan menanamkan untuknya pohon-pohon [di surga]
sampai hari kiamat [datang]" . Az-Zuhriy berkata : "Tidaklah aku
tinggalkan bacaan itu semenjak aku mendengarnya dari Anas" . Anas berkata
, semoga Allah senantiasa meredhai beliau : "Tidaklah aku tinggalkan
bacaan itu semenjak aku mendengarnya dari Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi
Wasallam, semoga rahmat Allah sentiasa tercurah untuk beliau.
Takhrij
HN. Kanzul Najah hal. 114. Dari
Anas bin Malik ra.
2. Bacaan tasbih khas dan ganjarannya
Matan Hadith
من قال سبحان الله وبحمده يوم العيد ثلثمائة مرة وأهداها لأموات المسلمين
دخل في كل قبر ألف نور ويجعل الله في قبره إذا مات ألف نور
Terjemah
Barangsiapa yang membaca
subhanallah wa bihamdihi pada malam hari raya dan ia menghadiahkan bacaan
tersebut untuk kaum musliminin yang sudah wafat, maka seribu cahaya akan masuk
di setiap kuburan, dan Allah akan memasukkan seribu cahaya ke kuburnya jika ia
meninggal.
Takhrij
HN. Kanzul Najah hal. 113. Tanpa
sanad dan status.
Kedua dua "hadith" ini
juga di jumpai di dalam kitab
Jami' al-Fawaid wa Jauhar
Al-Qala’id karangan Asy-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani hal. 117
Mukasyiaftul Quluub karangan Imam
Ghazali hal. 260-261.
Tuhfat al-Ikhwan hal. 161-162 karangan
Syihabudin al-Fasyini
Nuhzat al-Majalis wa Muntakhab
al-Nafais 1/162 karangan al-Sufuri, sebuah kitab yang diperingatkan ulama untuk
ditingggalkan.
Hadith-hadith ini dinilai tidak
tsabit (tidak ditemui asal) dalam Fatwa Jabatan Hal Agama Islam dan Zakat Dubai
no. 68759.
Manakala hadith....
Matan Hadith
زَيِّنُوا الْعِيْدَيْنِ بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّكْبِيْرِ وَالتَّحْمِيْدِ
وَالتَّقْدِيْسِ
Terjemahan
Hiasilah kedua-dua hari raya
(Aidilfitri dan Aidiladha) dengan tahlil,
takbir, tahmid dan taqdis.
Takhrij
HR. Abu Nuaim di dalam Hilyatul
Auliya' 2/288 dan Dailami di dalam Musnad Firdaus no. 3332, Syeikh al-Albani
menilai hadith ini palsu di dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3673
Dan hadith...
Matan Hadith
زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ
Terjemahan
Hiasilah hari-hari raya kamu
dengan takbir
Takhrij
HR. Thabarani di dalam Mu'jam
as-Saghir no. 599. Syeikh al-Albani menilai hadith ini di dalam Dhaif Targhib
no. 669 sebagai munkar.
Menurut Syeikh Saleh Munajid, ini
bukanlah bermakna menghidupkan malam hari raya itu tidak dianjurkan. Bahkan
disunnahkan menghidupkan setiap malam yang ada menurut kesepakatan ulama
(Al-Adzkar hal. 145).
Cuma yang dibahas di sini adalah
seputar keutamaan menghidupkan malam dan mengikat malam-malam tersebut dengan
ibadah-ibadah tertentu secara khusus.
Terdapat dalil sahih untuk
melakukan takbir dan tahmid PADA hari
raya seperti:-
Firman Allah Taala:
.. وَلِتُكْمِلُوا
الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ
تَشْكُرُونَ.
" .. Dan supaya kamu
cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah
(dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya dan supaya kamu
bersyukur (QS al-Baqarah: 185)
Menurut Ibn Kathir rahimahullah,
(bahagian akhir) ayat ini menjadi dalil syar'i mengenai takbir hari raya Aidil
Fitri. (Tafsir Ibn Kathir, 1/218).
Wallahu Taala 'Alam
Rujukan
Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah 2/235
Fatwa Soal Jawab Islam no. 12504
dan 127851
No comments:
Post a Comment