Thursday, 27 May 2021

Hadith dajjal tidak dapat memasuki 4 masjid

 Matan hadith

 

بلُغُ سُلطانُه كلَّ مَنهَلٍ لا يأتي أربعةَ مساجدَ المسجدَ الحرامَ والمسجدَ الأقصى ومسجدَ الطُّورِ ومسجدَ الرسولِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم غيرَ أن ما كان من ذلك فاعلَموا أنَّ اللهَ ليس بأعوَرَ قالها ثلاثًا

 

Terjemahan

 

"Kekuasaannya (dajjal) akan mencapai semua tempat minum. Dia tidak akan mendatangi empat masjid: Masjid al-Haram, Masjid al-Aqsa, Masjid al-Thur, dan Masjid al-Rasul SAW (Masjid Nabawi). Selain daripada itu, ketahuilah bahawa Allah tidak buta sebelah (diulang sebanyak tiga kali)."

 

Takhrij

 

HR. Ahmad no. 23685, al-Harith dalam Musnadnya no. 784 dan at-Thahawi dalam Syarah Musykil al-Athar 14/376, daripada Junadah bin Abi Umayyah ra.

 

At-Thahawi mensahihkan hadith ini.

 

Al-Haithami dalam Majma Zawaid 7/346 menilai para perawinya adalah perawi hadith sahih.

 

Syeikh Syuaib al-Arnauth menilai sanad hadith ini sahih

 

Al-Wadi’ie menilai hadith ini sahih dalam Sahih Musnad no. 1471

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...