Perawi yang penipu atau dituduh
penipu ada kemungkinan dia bercakap benar. Ini disebut oleh ibnu Hajar bahawa
penilaian palsu pada hadis bukanlah satu kepastian, tetapi kemungkinan besar.
Ini kerana penipu bukan bermakna dia akan menipu pada semua keadaan dan
perkataan.
والحكم عليه بالوضع إنما هو بطريقِ الظنِّ الغالبِ، لا بالقطْع إذ قد
يَصْدق الكذوب
[ابن حجر
العسقلاني، نزهة النظر في توضيح نخبة الفكر ت الرحيلي ط 2، ١٠٥/١]
Peristiwa iblis yang baginda
Rasulullah SAW sifatkan, dia berkata benar padahal dia adalah penipu, ialah
bukti keadaan ini.
Walaupun begitu, kemungkinan
kecil begini hampir tidak berguna kerana dia tidak lagi dipercayai dan
keperibadiannya tercalar.
Rujukan
Dr. Muslim, telegram MSO-D1-
Hadith 21/3/2021
No comments:
Post a Comment