Matan hadith
من أسلم على يديه رجل وجبت له الجنة
Terjemahan
Barangsiapa yang tangannya
mengislamkan seseorang maka wajib baginya untuk mendapat syurga
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu’jam
al-Kabir 17/285 no. 786, Mu’jam al-Awsath 4/332 no. 3570, Al-Qadhai’ie dalam
Musnad Syihab no. 472 dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 3/271
Imam al-Zahabi menghukum riwayat
ini sebagai terlalu munkar disebabkan salah seorang perawi iaitu Ibn Mu’awiyyah
bertafarrud (bersendiri) dalam meriwayatkan hadith ini. (Mizan al-‘Itidal 4/45).
Imam Ibn al-Jauzi mengatakan
hadith ini adalah palsu. (al-Maudhu’at 1/203).
Imam al-Suyuthi menilai hadith
ini sebagai palsu. (al-La’ali al-Masnu’ah 1/45).
Syeikh Mulla Ali al-Qari
menghukum hadith ini sebagai palsu dan begitu juga Imam al-Saghani. (al-Asrar
al-Marfu’ah 1/327 no. 315 dan juga di dalam al-Masnu’ fi Ma’rifah al-Hadith
al-Maudhu’ 1/177).
Imam al-Syaukani menilai hadith
ini sebagai maudhu’. (al-Fawaid al-Majmu’ah 1/455).
Syeikh Ibn ‘Arraq juga menghukum
hadith ini sebagai palsu. (Kasyf al-Khafa’ 2/226).
No comments:
Post a Comment