(فائدة) ذكر الإمام الرازي في الأسرار أن الماء زاد ببغداد حتى
أشرفت على الغرق فرأى بعض الصلحاء في النوم كأنه واقف على طرف دجلة وهو يقول لا
حول ولا قوة إلا بالله غرقت بغداد فجاء شخصان فقال أحدهما لصاحبه ما الذي أمرت به
قال بتغريق بغداد ثم بهيت قال ولم قال رفعت ملائكة الليل أن البارحة افتض ببغداد
سبعمائة فرج حرام فغضب الله فأمرني بتغريقها ثم رفعت ملائكة النهار في صبح ذلك
اليوم سبعمائة أذان وإقامة فغفر الله تعالى لهؤلاء بهؤلاء ، فانتبه وقد نقص الماء
Terjemahan
Al-Munawi berkata dalam
"Syarahnya" : Disini ada suatu faedah yang telah disebutkan Imam ar-
Razi bahawasanya air (banjir) di Baghdad terus bertambah hingga hampir
tenggelam. Lalu ada orang soleh yang bermimpi seakan-akan ia berada di sungai
Dajlah dan berkata : "Lahaula wa La Quwwata Illa Billah, Baghdad akan
tenggelam." Kemudian datang dua orang yakni 2 malaikat, lalu salah satu
malaikat berkata kepada yang lain: "Apa yang telah diperintahkan
kepadamu?". Dia menjawab : "Untuk menenggelamkan Baghdad lalu aku
dicegah untuk melakukanya." Malaikat bertanya :" Mengapa?" Malaikat
tadi menjawab, "Malaikat malam naik dengan membawa khabar bahawa tadi
malam telah hilang 700 keperawanan wanita dengan perbuatan zina di Baghdad,
Lalu Allah murka dan memerintahkanku untuk menenggelamkannya." Kemudian,
Malaikat siang naik dengan membawa 700 Azan dan Iqamah, maka Allah mengampuni
mereka yang melakukan zina sebab Azan dan Iqamah."
Lalu orang sholeh tadi bangun dan
air (banjir) telah berkurang.
Takhrij
Kisah ini disebutkan oleh
al-Munawi dalam Faidh Qadir 1/327 no. 373 dan kitab Tatsbitul Fuad 1/354.
Dan beliau (al-Munawi) menyatakan
kisah ini didhaifkan oleh al-Mundziri, lihat :-
(طص عن أنس) وفيه عبد الرحمن بن سعد ضعفه ابن معين وغيره وظاهر تخصيصه المعجم الصغير بالعزو أنه لم يخرجه إلا فيه والأمر بخلافه فقد خرجه في معاجيمه الثلاثة ، هكذا ذكره المنذري وضعفه
No comments:
Post a Comment