Matan hadith
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا لَا تَشَبَّهُوا بِالْيَهُودِ وَلَا بِالنَّصَارَى فَإِنَّ تَسْلِيمَ الْيَهُودِ الْإِشَارَةُ بِالْأَصَابِعِ وَتَسْلِيمَ النَّصَارَى الْإِشَارَةُ بِالْأَكُفِّ
Terjemahan
Dari Amru bin Syu’aib dari
ayahnya dari datuknya, sesungguhnya Rasulullah Saw bersabda: Bukan dari
golongan kami orang yang menyerupai selain kami, maka janganlah kalian
menyerupai Yahudi dan Nasrani, kerana sungguh mereka kaum Yahudi memberi salam
dengan isyarat jari jemari, dan kaum Nasrani memberi salam dengan isyarat
telapak tangannya
Takhrij
HR. al-Tirmidzi no. 2695. At-Thabarani
dalam, Mu’jam al-Awsath no. 7380 dan al-Qadhaie dalam Musnadnya no. 1191.
Dhaif menurut Imam Tirmidzi dan
majoriti ulama hadith (al-Mundziri dalam al-Targhib 3/375, Ibnu Arabi dalam ‘Aridhah
Ahwadzi 5/358, Ibn Muflih dalam Adab
al-Syariah 1/358, al-Munawi dalam Takhrij Ahadith al-Mashabih 4/153, Ibnu Hajar
al-Asqalani dalam al-Futuhat Rabbaniyah 5/300, Ibnu Taimiyah dalqtidha’
al-Sirathal Mustaqim 1/279 dll .
Manakala Syeikh al-Albani
menghasankan hadith tersebut.
No comments:
Post a Comment