Matan hadith
أنَّ رجُلًا دعا، فقال: اللَّهمَّ إنِّي أسْأَلُكَ بأنَّ لكَ الحمْدَ، لا إلهَ إلّا أنتَ المنّانُ، بَديعُ السَّمواتِ والأرضِ، يا ذا الجَلالِ والإكرامِ، يا حَيُّ يا قيُّومُ، فقال النَّبيُّ ﷺ: لقدْ دعا اللهَ باسْمِه الأعظَمِ الذي إذا دُعِيَ به أجابَ، وإذا سُئِلَ به أعْطى
Terjemahan
Ketika Nabi Saw. sedang duduk
bersama Anas bin Malik ra. lalu baginda mendengar seorang lelaki berdoa
الّلهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدُ، لَا إِلهَ إِلَّا أَنْتَ يَا مَنَّانُ يَا بَدِيْعَ
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ، يَا ذَا الْجَلَاَل وَالْإِكْرَامِ يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ
Lalu Nabi Muhammad Saw.
berseloroh: “kalian tahu dia berdoa dengan apa ?“ Para sahabat hanya menjawab:
“Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Beliau lalu berkata: “Demi jiwaku yang
berada di genggaman-Nya, sungguh dia telah berdoa kepada Allah dengan nama-Nya
yang Agung (al-Ismu al-A’zham), jika hamba berdoa dengan Ismul A’zham, Allah
nescaya mengabulkannya. Jika Allah diminta, Dia nescaya akan memberikannya.”
Takhrij
HR. Abu Daud no. 1495, an,-Nasaie
no. 1300, Ibnu Majah no. 3858, Ahmad no. 12205, daripada Anas bin Malik ra
Sahih menurut al-Mundziri dalam
al-Targhib 2/393, syeikh al-Albani dalam Takhrij Misykatul Mashabih no. 2230
dan Syeikh al-Arnauth dalam Takhrij Zaadul Ma'ad 4/188.
Dan ada banyak lagi hadith yang
menyatakan Ismullah al-A’dzam dan kelebihannya:-
a) Hadith Buraidah (HR. Tirmidzi
no. 3812, sahih al-Arnauth).
b) Hadith Asma bintu Yazid (HR.
Ahmad no. 27611, hasan al-Albani).
c) Hadith Abu Umamah (HR. Ibnu
Majah no. 3988, sahih al-Albani).
Menyebutnya antara peluang tinggi
dikabulkan doa
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
sallam menyebut Ismullah al-A’dzam sebagai pengantar kemujaraban doa. Dengan
menyebut nama ini, doa dan permohonan hamba menjadi lebih berpeluang untuk
dikabulkan.
Kerana itulah, sebahagian dari
adab dalam berdoa, memperbanyakkan pujian kepada Allah swt, sebelum mengatur
doa.
Seperti membaca asmaul husna atau
pujian Allah lainnya, yang disesuaikan dengan doa yang kita panjatkan.
Allah berfirman,
وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Hanya milik Allah asmaa-ul husna,
maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan
tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut)
nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka
kerjakan. (QS. al-A’raf: 180).
Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah
berkata, ‘Dikatakan maksud nama yang paling agung adalah semua nama diantara
nama-nama Allah Ta’ala dimana seorang hamba berdoa dengan sepenuh (hati) yang
dalam gikirannya tidak ada selain Allah Ta’ala. Maka barangsiapa yang melakukan
seperti itu, maka akan dikabulkan (Fathul Bari 11/224).
Rujukan
Fatwa Soaljawab Islam no. 146569
No comments:
Post a Comment