Matan kisah
يروى أن يونس بن عبد اﻷعلى – أحد طلاب اﻹمام الشافعي – اختلف مع اﻹمام محمد
بن إدريس الشافعي في مسألة أثناء إلقائه درساً في المسجد . فقام يونس غاضباً وترك
الدرس وذهب إلى بيته !!!
فلما أقبل الليل ، سمع يونس صوتَ طرقٍ على باب منزله !!
فقال يونس: مَنْ بالباب ؟
قال الطارق: محمد بن إدريس
قال يونس: فتفكرتُ في كل مَنْ كان اسمه محمد بن إدريس إلا الشافعي !!! قال:
فلما فتحتُ الباب ، فوجئتُ به !!!
فقال اﻹمام الشافعي: يا يونس تجمعنا مئاتُ المسائل ، أتُفرّقُنا مسألة ؟
فلا تحاول الانتصار في كل الاختلافات .. فكثيراً ما يكون كسبُ القلوب أوْلى من كسب
المواقف ، و لا تهدم جسوراً بنيْتَها و عبرتَ عليها ، فربما تحتاجها للعودة يوماً
ما !!!
حاول دوماً أن تكره الخطأ ، و لا تكرهْ المخطئ ،
كنْ باغضاً للمعصية ، و سامح العاصي ،
انتقد القولَ ، و لكن احترم قائله ،
فمهمّتُنا في الحياة أن نقضي على الأمراض ، لا على المرضى !!!
فإذا أتاك المعتذر … فاصفح ،
و إنْ جاءك المهمومُ … فأنصتْ له ،
و إنْ قصَدَك المحتاج … فأعطه مما أعطاك الله ،
و إذا أتاك الناصح … فاشكره ،
و حتى لو حصدتَ شوكاً يوماً ما ، فكنْ للورد زارعاً و لا تتردد ، فالجزاء
عند الودود الكريم أجزل من جزاء البشر !!!
Terjemahan
Diriwayatkan bahawa Yunus bin
Abdi Al-‘Ala, berselisih pendapat dengan sang guru, iaitu Al-Imam Muhammad bin
Idris As-Syafi’i (Imam Asy Syafi’i) saat beliau mengajar di Masjid. Hal ini
membuat Yunus bangkit dan meninggalkan majlis itu dalam keadaan marah..
Kala malam menjelang, Yunus
mendengar pintu rumahnya diketuk … Ia berkata : “Siapa di pintu..?”
Orang yang mengetuk menjawab :
“Muhammad bin Idris.”
Seketika Yunus berusaha untuk
mengingat semua orang yang ia kenal dengan nama itu, hingga ia yakin tidak ada
siapapun yang bernama Muhammad bin Idris yang ia kenal, kecuali Imam Asy
Syafi’i..
Saat ia membuka pintu, ia sangat
terkejut dengan kedatangan sang guru besar, iaitu Imam Syafi’i..
Imam Syafi’i berkata : “Wahai
Yunus, selama ini kita disatukan dalam ratusan masalah, apakah kerana satu
masalah saja kita harus berpisah..?
Janganlah engkau berusaha untuk
menjadi pemenang dalam setiap perbedaan pendapat… Terkadang, meraih hati orang
lain itu lebih utama daripada meraih kemenangan atasnya..
Jangan pula engkau hancurkan jambatan
yang telah kau bangun dan kau lewati di atasnya berulang kali, kerana boleh
jadi, kelak satu hari nanti engkau akan memerlukannya kembali..”
“Berusahalah dalam hidup ini agar
engkau selalu membenci perilaku orang yang salah, tetapi jangan pernah engkau
membeci orang yang melakukan kesalahan itu..
Engkau harus marah saat melihat
kemaksiatan, tapi berlapang dadalah atas para pelaku kemaksiatan..
Engkau boleh mengkritik pendapat
yang berbeza, namun tetap menghormati terhadap orang yang berbeza pendapat..
Kerana tugas kita dalam kehidupan
ini adalah menghilangkan penyakit, dan bukan membunuh orang yang sakit..”
Maka apabila ada orang yang
datang meminta maaf kepadamu, maka segera maafkan…
Apabila ada orang yang tertimpa
kesedihan, maka dengarkanlah keluhannya…
Apabila datang orang yang memerlukan,
maka penuhilah keperluannya sesuai dengan apa yang Allah berikan kepadamu..
Apabila datang orang yang menasihatimu,
maka berterimakasihlah atas nasihat yang ia sampaikan kepadamu..
Bahkan seandainya satu hari nanti
engkau hanya menuai duri, tetaplah engkau untuk sentiasa menanam bunga mawar…
Kerana sesungguhnya balasan yang
dijanjikan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Dermawan jauh lebih baik dari
balasan apapun yang mampu diberikan oleh manusia..”
Takhrij
Kisah ini ditemukan Siyar ‘Alam
an-Nubala yang dicedok dari Tarikh Ibn Asakir dengan sanad,
Abu
al-Hasan Ali bin al-Hassan bin al-Hussein > Abu Abdullah al-Qaddaghi > Abu
Abdullah bin Shakir > al- Hasan bin Rashiq > Muhammad bin Sufyan bin Saeed > Yunus bin
Abdil ‘Ala…
Kisah ini dusta. Dalam sanad
kisah ini terdapat perawi yang pendusta, Muhammad bin Sufyan bin Saed.
Kisah ini tidak tsabit dari Imam
Syafie kerana terdapat kerendahan gaya Bahasa dalam kisah ini (https://www.alukah.net/sharia/0/122642/).
No comments:
Post a Comment