Tuesday, 5 October 2021

Tidak ada kesialan di bulan safar (tradisi Rebo Wekasan)

 

Rebo Wekasan bermula dari anjuran Syeikh Ahmad bin Umar Ad-Dairabi (w.1151 H) dalam kitab “Fathul Malik Al-Majid Al-Mu-Allaf Li Naf’il ‘Abid Wa Qam’i Kulli Jabbar ‘Anid (Mujarrabat ad-Dairabi). Anjuran yang serupa juga dimuatkan dalam kitab ”Al-Jawahir Al-Khams” karya Syeikh Muhammad bin Khathiruddin Al-‘Atthar (w. th 970 H) dan Hasyiyah As-Sittin.

 

Dalam kitab-kitab tersebut disebutkan bahawa salah seorang Waliyullah yang telah mencapai makam kasyaf mengatakan bahawa dalam setiap tahun pada Rabu terakhir Bulan Safar, Allah Swt menurunkan 320000 macam bala dalam satu malam. Sayangnya ia tidak mempunyai landasan syariat, malah berdasarkan sebuah hadith dhaif bahkan palsu.

 

Hadith dhaif kesialan pada Rabu terakhir bulan safar

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: آخِرُ أَرْبِعَاءَ فِي الشَّهْرِ يَوْمُ نَحْسٍ مُسْتَمِرٍّ

 

Dari Ibn Abbas ra, Nabi Saw bersabda: "Rabu terakhir dalam sebulan adalah hari terjadinya nahs yang terus-menerus

 

Takhrij

 

HR. Waki’ dalam al-Ghurar, Ibn Mardawaih dalam at-Tafsir, dan al-Khathib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad 14/405.

 

Tidak sahih menurut Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 2/345.

 

Hadith munkar menurut Ibnu Hajar dalam Lisanul Mizan 8/59.

 

Palsu menurut syeikh al-Albani dalam Dhaif Jami' no. 3.

 

 

Yang sahihnya tidak ada kesialan di bulan Safar

 

Daripada Jabir bin Abdullah r.anhuma bahawa Rasulullah bersabda:

 

لا عَدْوَى وَلاَ صَفَرَ وَلَا غُوْلَ

 

Tidak ada penyebaran penyakit (secara tabi’i),tidak ada kesialan dalam bulan safar bahkan tidak ada Ghul (Syaitan yang boleh menyerupai dalam pelbagai bentuk untuk menyesatkan manusia) (HR. Muslim no. 2222, Ibnu Hibban no. 6128, Ahmad no. 15103).

 

dan

 

لَا عَدْوَى وَلَا صَفَرَ وَلَا هَامَةَ وَلَا نَوْء

 

Tidak ada penyebaran penyakit (secara tabi’i), tidak kesialan dalam bulan safar dan tiada ramalan bintang bulan dengan hujan (HR. Ahmad no. 9165, Ibn Hibban no. 6133, sahih).

 

Hadith ini diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat melalui jalur sanad yang berbeza antaranya:

 

Abu Hurairah

Ibnu ‘Abbas

Jabir Bin ‘Abdullah

Ibnu Mas’ud

 

Hindari Mempercayai Kesialan Sesuatu

 

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ رَدَّتْهُ الطِّيَرَةُ مِنْ حَاجَةٍ فَقَدْ أَشْرَكَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا كَفَّارَةُ ذَلِكَ قَالَ أَنْ يَقُولَ أَحَدُهُمْ اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ

 

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berpaling daripada melakukan sesuatu hajat kerana beranggapan akan bernasib sial maka dia telah melakukan syirik.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah penebus anggapan itu? Baginda menjawab: “Hendaklah seseorang daripada kamu mengucapkan:

 

اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُكَ وَلَا طَيْرَ إِلَّا طَيْرُكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ

 

(Ya Allah, tiada kebaikan melainkan kebaikan-Mu dan tiada kesialan kecuali yang telah Engkau takdirkan dan tiada tuhan yang disembah selain Engkau).” (HR Ahmad no. 6748, sahih).

 

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...