1. Mendapat hidangan syurga
مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ
رَاحَ، أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلاً كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ .
Rasulullah SAW bersabda “ Sesiapa
yang pergi ke Masjid pagi atau petang, Allah akan sediakan baginya di dalam
syurga, layanan yang baik/ (hidangan
tamu dalam Musnad Ahmad), setiap kali dia pergi atau balik (HR. Bukhari no.
622, Muslim no. 669, Ahmad no. 10608, daripada Abu Hurairah ra, sahih)
2. Setiap langkah berupa
sedekah
Dari Abu Hurairah radhiyallahu
‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
وَكُلُّ خَطْوَةٍ تَمْشِيهَا إِلَى
الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ
Setiap langkah berjalan untuk
menunaikan shalat adalah sedekah (HR. Muslim no. 1009).
3. Setiap langkah
dihitung kebaikan
Dari Abu Hurairah radhiyallahu
‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
كُلُّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا إِلَى
الصَّلاَةِ يُكْتَبُ لَهُ بِهَا حَسَنَةٌ وَيُمْحَى عَنْهُ بِهَا سَيِّئَةٌ
Setiap langkah menuju tempat
shalat akan dicatat sebagai kebaikan dan akan menghapus kejelekan (HR. Ahmad
2/283. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth mengatakan bahawa sanad hadith ini sahih.)
4. Mendapat dua
keutamaan
Dari Abu Hurairah radhiyallahu
‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ
مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ
اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ
دَرَجَةً
Barangsiapa bersuci di rumahnya
lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah Allah (iaitu masjid) untuk
menunaikan kewajipan yang telah Allah wajibkan, maka salah satu langkah kakinya
akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan darjatnya.”
(HR. Muslim, no. 666)
5. Pahala perjalanan
pulang serupa dengan pahala pergi ke masjid
Hal ini berdasarkan hadith berikut,
عَنْ أُبَىِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ
كَانَ رَجُلٌ لاَ أَعْلَمُ رَجُلاً أَبْعَدَ مِنَ الْمَسْجِدِ مِنْهُ وَكَانَ لاَ
تُخْطِئُهُ صَلاَةٌ – قَالَ – فَقِيلَ لَهُ أَوْ قُلْتُ لَهُ لَوِ اشْتَرَيْتَ
حِمَارًا تَرْكَبُهُ فِى الظَّلْمَاءِ وَفِى الرَّمْضَاءِ . قَالَ مَا يَسُرُّنِى
أَنَّ مَنْزِلِى إِلَى جَنْبِ الْمَسْجِدِ إِنِّى أُرِيدُ أَنْ يُكْتَبَ لِى
مَمْشَاىَ إِلَى الْمَسْجِدِ وَرُجُوعِى إِذَا رَجَعْتُ إِلَى أَهْلِى. فَقَالَ
رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « قَدْ جَمَعَ اللَّهُ لَكَ ذَلِكَ كُلَّهُ »
Dulu ada seseorang yang tidak aku
ketahui seorang pun yang jauh rumahnya dari masjid selain dia. Namun dia tidak
pernah luput dari solat. Kemudian ada yang berkata padanya atau aku sendiri
yang berkata padanya, “Bagaimana kalau engkau membeli keldai untuk dikendarai
ketika gelap dan ketika tanah dalam keadaan panas.” Orang tadi lantas menjawab,
“Aku tidaklah senang jika rumahku di samping masjid. Aku ingin dicatat bagiku
langkah kakiku menuju masjid dan langkahku ketika pulang kembali ke
keluargaku.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sungguh Allah
telah mencatat bagimu seluruhnya.” (HR. Muslim no. 663)
Imam Nawawi dalam Syaarh Sahih
Muslim 5/149 mengatakan,
فِيهِ : إِثْبَات الثَّوَاب فِي
الْخُطَا فِي الرُّجُوع مِنْ الصَّلَاة كَمَا يَثْبُت فِي الذَّهَابِ .
Dalam hadith ini terdapat dalil
bahawa langkah kaki ketika pulang dari solat akan diberi ganjaran sebagaimana
perginya
Rujukan
https://rumaysho.com/159-pergi-dan-pulang-dari-masjid-akan-mendapatkan-ganjaran-pahala.html
No comments:
Post a Comment