Monday, 15 November 2021

Pemahaman hadith zikir secara berjamaah

 

Hadith dimaksudkan:

 

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ مُعَاوِيَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ عَلَى حَلْقَةٍ يَعْنِي مِنْ أَصْحَابِهِ فَقَالَ مَا أَجْلَسَكُمْ قَالُوا جَلَسْنَا نَدْعُو اللَّهَ وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا هَدَانَا لِدِينِهِ وَمَنَّ عَلَيْنَا بِكَ قَالَ آللَّهُ مَا أَجْلَسَكُمْ إِلَّا ذَلِكَ قَالُوا آللَّهُ مَا أَجْلَسَنَا إِلَّا ذَلِكَ قَالَ أَمَا إِنِّي لَمْ أَسْتَحْلِفْكُمْ تُهَمَةً لَكُمْ وَإِنَّمَا أَتَانِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَأَخْبَرَنِي أَنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُبَاهِي بِكُمْ الْمَلَائِكَةَ

 

Daripada Abu Sa’id Al Khudri ia berkata; Mu’awiyah radliallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menemui serombongan orang, yakni para sahabatnya. Beliau lalu bertanya: “Apa yang membuat kalian duduk?” para sahabat menjawab; “Kami duduk untuk berdoa kepada Allah dan memuji-Nya atas petunjuk yang Dia berikan hingga kami memeluk agama-Nya. Serta memberikan kepada kami karunia dengan perantaramu.” Beliau bertanya lagi; “Demi Allah, apakah hanya itu yang menjadikan kalian duduk berkumpul?” para sahabat menjawab; “Demi Allah, kami tidak duduk berkumpul di sini kecuali hanya untuk itu.” Beliau bersabda: “Sungguh, aku tidak akan meminta kalian bersumpah untuk menghilangkan keraguan, namun Jibril Alaihis Salam datang kepadaku, ia mengabarkan bahawa Allah ‘azza wajalla membanggakan kalian di hadapan para malaikatnya.” (HR. an-Nasaie no. 5331, sahih).

 

Penjelasan

 

Hadith ini perlulah dilihat bersama dengan hadith-hadith lain yang setema dan berkaitan, barulah ia dapat difahami dengan maksud yang sebenar. Antara faedah yang terkandung dalam hadith ini adalah, menerangkan tatacara dan keutamaan zikir.

 

Hadith ini dan hadith-hadith lainnya yang semakna, dengan tegas menyebutkan, betapa Allah membangga-banggakan di hadapan para malaikat-Nya, terhadap orang-orang yang berzikir di majlis zikir. Ini membuktikan ada kelebihan dan anjuran untuk duduk atau berada di majlis zikir

 

Hadith di atas juga menunjukkan disyariatkannya al ijtima’ fi al-dzikri (berada di suatu tempat yang sama untuk melakukan kegiatan zikir secara sendiri-sendiri) dan sama sekali tidaklah menunjukkan dianjurkannya al-Dzikri al Jama’i (zikir-zikir secara beramai-ramai lalu dikomando satu orang).

 

Mereka ya, memang duduk bersama-sama di satu tempat, tetapi aktiviti zikrullah mereka berbeza-beza. Tidaklah semua orang melakukan satu amalan yang diketuai oleh seseorang. Berkemungkinan sahabat itu berzikir lisan, membaca al-Quran, berselawat, mengajar, mendengar bacaan al-Quran, membaca hadith, mendengar kuliah, majlis ilmu yang menerangkan halal dan haram  dll.

 

Al Hafiz Ibnu Hajar Al Asqalani rahimahullah berkata (dalam penjelasan beliau terhadap hadith sahih riwayat Al Bukhari, no. 6408): “Majlis-majlis zikir adalah majlis-majlis yang berisi zikrullah, dengan macam-macam zikir yang ada (tuntunannya). Iaitu: tasbih, takbir, dan lainnya. Juga yang berisi bacaan Kitab Allah Azza wa Jalla dan berisi doa kebaikan dunia dan akhirat. Dan termasuk pembacaan hadith Nabi, mempelajari ilmu agama, mengulang-ulanginya, berkumpul melakukan solat nafilah (sunah)- ke dalam majlis-majlis zikir adalah suatu pandangan. Yang lebih nyata, majlis-majlis zikir adalah khusus pada majlis-majlis tasbih, takbir dan lainnya, juga qiraatul Qur’an saja. Walaupun pembacaan hadith, mempelajari dan berdiskusi ilmu (agama) termasuk jumlah yang masuk di bawah istilah zikrullah Ta’ala (Fathul Bari 11/248).

 

Syaikh Salim Al Hilali juga berkata,”Majlis zikir (majlis zikir yang dicintai oleh Allah), ialah majlis-majlis ilmu, bersama-sama mempelajari Al Quranul Karim dan As Sunnah Al Muththaharah (yang disucikan), dan mencari pemahaman tentang hal itu. Yang dimaksudkan bukanlah halaqah-halaqah tari dan perasaan ala Sufi.” [Bahjatun Nazhirin Syarah Riyadhush Shalihin 2/519].

 

 

Penerangan di atas sangat bersesuaian dengan firman Allah dan hadith sarana zikir dengan suara lirih, sebab Nabi saw pernah tegur para sahabat zikir dengan kuat:-

 

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

 

Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas [QS. Al-A’raaf : 55]

 

 

 رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ الْغَافِلِينَ

 

Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. [QS. Al-A’raaf : 205]

 

عَنْ أَبِي مُوسَى، قَالَ: كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ فِي سَفَرٍ. فَجَعَلَ النَّاسُ يَجْهَرُونَ بِالتَّكْبِيرِ. فَقالَ النَّبِي صلى الله عليه وسلم: أَيُّهَا النَّاسُ ارْبَعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ. إِنَّكُمْ لَيْسَ تَدْعُونَ أَصَمَّ وَلاَ غَائِباً. إِنَّكُمْ تَدْعُونَ سَمِيعاً قَرِيباً

 

Diriwayatkan dari Abu Musa, ia berkata: Kami pernah bersama Nabi saw dalam suatu perjalanan, kemudian orang-orang mengeraskan suara dengan bertakbir. Lalu Nabi saw bersabda: Wahai manusia, rendahkanlah suaramu. Sebab sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada (Tuhan) yang tuli, dan tidak pula jauh, tetapi kamu sedang berdoa kepada (Allah) Yang Maha Mendengar dan Maha Dekat [HR. Muslim no. 2704].

 

Selain itu, hal ini (tidak ada zikir berjemaah) jelas, kerana Rasulullah  saw sendiri sampai  bertanya akan apa yang membuat para sahabat itu duduk-duduk.

 

Jikalau mereka duduk dan kemudian berzikir dengan kaifiyat SUARA KERAS DAN BERJEMAAH, tentu hal itu akan langsung diketahui aktivitinya oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dan tidak perlu untuk ditanyakan lagi.

 

Demikianlah keutamaan untuk duduk-duduk di masjid, beri’tikaf (berdiam diri) dan sambil banyak melakukan zikir-zikir MUTLAQ yg tidak dibatasi jumlahnya seperti tasbih, takbir, tahmid, istighfar namun dengan cara sendiri-sendiri, tidak dengan dikeraskan.

 

Dalam kisah Abdullah bin Mas’ud ra ketika beliau mendatangi sekelompok orang di masjid yang sedang berzikir secara berjamaah, maka beliau mengatakan:

 

مَا هَذَا الَّذِي أَرَاكُمْ تَصْنَعُونَ ؟ … وَيْحَكُمْ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ ، مَا أَسْرَعَ هَلَكَتِكُمْ ، هَؤُلاَءِ صَحَابَةُ نَبِيِّكُمْ صلى الله عليه وسلم مُتَوَافِرُونَ ، وَهَذِهِ ثِيَابُهُ لَمْ تَبْلَ ، وَآنِيَتُهُ لَمْ تُكْسَرْ ، وَالَّذِي نَفْسِي فِي يَدِهِ ، إِنَّكُمْ لَعَلَى مِلَّةٍ هِيَ أَهْدَى مِنْ مِلَّةِ مُحَمَّدٍ ؟! أَوْ مُفْتَتِحُوا بَابَ ضَلاَلَةٍ ؟

 

Apa yang kalian lakukan?! Celaka kalian wahai ummat Muhammad, betapa cepatnya kebinasaan kalian, para sahabat nabi kalian masih banyak, dan ini pakaian beliau juga belum rosak, perkakas beliau juga belum pecah, demi Zat yang jiwaku ada di tangannya, kalian ini berada dia atas agama yang lebih baik dari agama Muhammad, atau kalian sedang membuka pintu kesesatan? (HR. Ad-Darimi no. 204, disahihkan sanadnya oleh Syaikh al-Allbani di dalam Silsilah Hadith Sahih 5/12)

 

Berkata Asy-Syathibi rahimahullahu:

 

فإذا ندب الشرع مثلا إلى ذكر الله فالتزم قوم الاجتماع عليه على لسان واحد وبصوت أو في وقت معلوم مخصوص عن سائر الأوقات ـ لم يكن في ندب الشرع ما يدل على هذا التخصيص الملتزم بل فيه ما يدل على خلافه لأن التزام الأمور غير اللازمة شرعا شأنها أن تفهم التشريع وخصوصا مع من يقتدى به في مجامع الناس كالمساجد

 

Jika syariat telah menganjurkan untuk zikrullah misalnya, kemudian sekelompok orang membiasakan diri mereka berkumpul untuknya (zikrullah) dengan satu lisan dan satu suara, atau pada waktu tertentu yang khusus, maka tidak ada di dalam anjuran syariat yang menunjukkan pengkhususan ini, justru di dalamnya ada hal yang menyelisihinya, kerana membiasakan perkara yang tidak lazim secara syariat akan difahami bahawa itu adalah syariat, khususnya kalau dihadiri oleh orang yang dijadikan teladan di tempat-tempat berkumpulnya manusia seperti masjid-masjid (Al-I’tisham 2/190)

 

Beragama itu mesti dengan dalil, bukan dengan perasaan dan bukan juga dengan logik.

 

Syaikh Masyhur bin Hasan Aalu Salman berkata: “Bukan termasuk Sunnah (Nabi), setelah solat orang-orang duduk untuk membaca sesuatu dari zikir-zikir dan doa-doa, yang diriwayatkan (dari Nabi) atau yang tidak diriwayatkan, dengan mengeraskan suara dan dengan cara berjamaah, sebagaimana orang-orang di sebagian wilayah biasa melakukan. Pada sebagian masyarakat, kebiasaan ini termasuk telah menjadi syiar-syiar agama. Orang yang meninggalkannya dan orang yang melarangnya, malah diingkari. Sedangkan pengingkaran terhadap meninggalkannya (perbuatan itu) sesungguhnya itulah kemungkaran (al-Qaulul Mubin fi Akhthail Mushallin hal. 304).

 

Syaikh Bakr bin Abdillah Abu Zaid berkata,”zikir jama’i (bersama-sama) dengan satu suara yang keras, yang dinamakan metode al jauqah, iaitu jamaah dengan (membaca) tahlil, tasbih, istighfar, dan selawat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ini merupakan pelaksanaan yang bidaah, tidak ada dalilnya dari syariat yang suci. Ini adalah bidaah yang kuno, telah dijelaskan oleh al Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah di dalam kitab Tarikhnya 10/270, kejadian pada tahun 216 H (Tashhihud Dua hal. 435-436).

 

Syaikh Sa’id bin Ali bin Wahf al Qahthani, ketika menjelaskan jenis-jenis bidaah amaliyah, antara lain beliau berkata: “…… (bidaah) yang terjadi pada sifat melakukan ibadah yang disyariatkan, iaitu dengan melakukannya dengan cara yang tidak disyariaatkan. Demikian juga melakukan zikir-zikir yang disyariatkan dengan suara bersama-sama yang berirama. Dan seperti melakukan ibadah dengan menyusahkan diri di dalam ibadah-ibadah sampai batas keluar dari Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam (Nurus Sunnah wa Zhulumatul Bidaah hal. 75).

 

Rujukan

 

https://rumaysho.com/13907-dzikir-1000-kali.html

 

https://almanhaj.or.id/2045-shaf-di-antara-tiang-keraskah-bacaan-basmalah-dzikir-berjamaah-setelah-shalat.html

 

https://konsultasisyariah.com/805-apa-hukum-doa-dan-dzikir-secara-berjamaah.html

 

https://ustadzaris.com/sanggahan-untuk-amalan-dzikir-berjamaah

 

https://almanhaj.or.id/3001-keutamaan-dan-bentuk-majlis-dzikir.html

 

https://asysyariah.com/majelis-dzikir/

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...