Monday, 15 November 2021

Maksud hadith perkara baru dalam agama

 

Hadith di maksudkan:

 

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

 

Siapa yang mengadakan perkara baru dalam agama kami yang bukan dari agama ini, maka perkara itu ditolak

 

 

Hadith yang dibawakan oleh Ummul Mukminin Aisyah radhiallahu anha ini, diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari rahimahullah dalam Sahihnya Kitab ash-Shulh, Bab Idzashthalahu ‘ala Shulhi Jaurin fash Shulhu Mardud, no. 2697 dan Imam Muslim rahimahullah dalam Sahihnya Kitab al-Aqdhiyah, no. 1718.

 

An-Nawawi rahimahullah selaku pensyarah (yang memberi penjelasan) terhadap hadith-hadith dalam Sahih Muslim memberinya judul “Bab Naqdhul Ahkam al-Bathilah wa Raddu Muhdatsatil Umur”.

 

Imam Muslim rahimahullah juga membawakan hadith di atas dengan lafaz yang lain,

 

مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

 

“Barang siapa mengamalkan suatu amalan yang tidak di atas perintah kami, amalannya tertolak.”

 

Hadith ini juga diriwayatkan beberapa imam ahli hadith dalam kitab-kitab mereka.

 

An-Nawawi rahimahullah berkata, “Hadith ini merupakan salah satu kaedah Islam yang agung.”

 

Beliau menambahkan lagi, “Hadith ini termasuk hadith yang sepatutnya dihafalkan dan digunakan dalam membatilkan seluruh kemungkaran. Seharusnya hadith ini juga disebarluaskan untuk diambil sebagai dalil.” (Syarah Sahih Muslim)

 

Kata an-Nawawi rahimahullah, “Hadith ini jelas sekali membantah setiap bidaah dan perkara yang diadakan dalam agama.” (Syarah Sahih Muslim, 12/16)

 

Setelah membawakan hadith ini dalam syarahnya terhadap kitab Sahih al-Bukhari, al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkomentar, “Hadith ini terhitung sebagai salah satu pokok Islam dan salah satu kaedah agama.” (Fathul Bari)

 

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah juga memuji kedudukan hadith ini. Beliau berkata,

 

“Hadith ini merupakan salah satu pokok Islam yang agung. Ia seperti timbangan bagi amalan-amalan secara lahiriah. Adapun hadith,

 

الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

 

“Amal-amal itu tergantung pada niatnya,” merupakan timbangan bagi amalan-amalan secara batiniah.

 

Maka dari itu, setiap amalan yang tidak diniatkan untuk mendapatkan wajah Allah subhanahu wa ta’ala, pelakunya tidaklah mendapatkan pahala atas amalannya itu. Demikian pula setiap amalan yang tidak diperintahkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala dan RasulNya, amalan itu tidak diterima dari pelakunya  (Jami‘ul ‘Ulum wal Hikam, 1/176)

 

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah berkata,

 

Dalam sabda Nabi,

 

لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

 

ada isyarat bahawasanya amalan-amalan yang dilakukan seharusnya sesuai dengan hukum syariat.   Syariat menjadi pemutus baginya apakah amalan tersebut diperintahkan atau dilarang. Jadi, siapa yang amalannya cocok dan sesuai dengan hukum syariat, amalan itu diterima. Sebaliknya, apabila amalan itu keluar dari hukum syariat, amalan itu tertolak (Jami‘ul ‘Ulum wal Hikam, 1/177).

 

Imam as-Syatibi ketika menjelaskan definisi bidaah berkata:-

 

Ungkapan: “Cara baru dalam agama,” maksudnya bahawa cara yang dibuat itu disandarkan oleh pembuatnya kepada agama. Tetapi sesungguhnya cara baru yang dibuat itu tidak ada dasar pedomannya dalam syari’at. Sebab dalam agama terdapat banyak cara, di antaranya ada cara yang berdasarkan pedoman dalam syari’at, tetapi juga ada cara yang tidak mempunyai pedoman dalam syari’at. Maka, cara dalam agama yang termasuk dalam kategori bidaah adalah apabila cara itu baru dan tidak ada dasar-nya dalam syari’at. Ertinya, bidaah adalah cara baru yang dibuat tanpa ada contoh dari syari’at. Sebab bidaah adalah sesuatu yang ke luar dari apa yang telah ditetapkan dalam syari’at. (al-I'tisham hal. 50).

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...