Monday, 15 November 2021

Selawat Nur al-Dzati/ nurizzati

 

Lafaz selawat

 

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نِالنُّوْرِ الذَّاتِيْ وَالسِّرِّ السَّارِيْ فِيْ سَائِرِ الأَسْمَاءِ وَالصِّفَاتِ

 

 

Terjemahan

 

Ya Allah berikanlah rahmat keselamatan dan berkah kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW merupakan cahaya Dzat (Allah) dan merupakan raasia yang mengalir pada seluruh nama dan sifat dan berikanlah  pula salam sejahtera, barokah atas keluarganya dan para sahabatnya

 

Ulasan

 

Tidak ditemui asal dari kitab muktabar Sunnah. Dan ia jelas direka-reka oleh orang sufi. Kerana ia ditemukan dalam kitab selawat popular sufi, Afdhalus Shalawat ‘ala Sayyidis Sadat hal. 63 karangan Syeikh an-Nabhani. Buktinya apabila mereka menyebut  punca, kaifiat dan kelebihan-kelebihan yang melampau dan mengarut seperti dinyatakan di bawah:-

 

قال سيدي احمد الصاوي هذه صلاة النور الذاتي لسيدي ابي الحسن الشاذلي رضي الله عنه ونفعنا به وهي بمائة الف صلاة وعدتها خمسائة لتفريج الكرب

 

“Sayid Ahmad Asshawi berkata, ‘Ini adalah salawat Annuruz Zati yang disusun oleh Syaikh Abul Hasan Al-Syadzili, semoga Allah meredhainya dan memberikan manfaat kepada kita melalui dirinya. Selawat ini nilainya sama dengan 1000 selawat. Hitungan selawat ini dibaca sebanyak 500 kali untuk menghilangkan kesusahan.”

 

Selawat ini, dibaca 7 kali selepas solat fardhu. Sebelumnya, melakukan puasa tiga hari dengan nyirih atau  تَرْكُ الرُّوْحِ (tidak makan yang bernyawa, hanya boleh makanan tumbuh-tumbuhan). Untuk mengubati anak kecil yang menangis tidak berhenti, bleh dengan menuliskan selawat ini secara sempurna. Pada huruf Mim kedua (mim yang tengah) pada lafaz مُحَمَّدٍ dibesarkan, dan di dalam huruf mim tadi ditulis nama anak yang menangis itu, kemudian dilipat dan dikalungkan pada anak tersebut.

 

Rujukan

 

https://bincangsyariah.com/zikir-dan-doa/untuk-hilangkan-kesusahan-hidup-baca-shalawat-annuruz-zati/

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...