Monday, 21 February 2022

Hadith Hassan dan Hussain ra pemimpin pemuda di syurga

 

Matan hadith

 

Abdullah bin Umar bin Khattab ra menuturkan bahawa Nabi SAW bersabda:

 

الحسن والحسين سيدا شباب أهل الجنة، وأبوهما خير منهما

 

Terjemahan

 

Hassan dan Hussain adalah dua pemimpin para pemuda penghuni syurga. Sementara, ayah mereka berdua lebih baik daripada keduanya

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Majah no. 118, al-Hakim dalam Mustadraknya no. 4780.

 

Didhaifkan oleh Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhuafa' 8/103 dan az-Zahabi dalam Mizanul 'Itidal 4/149.

 

Manakala Syeikh al-Albani mensahihkan hadih ini dalam Sahih Jami' no. 47.

 

Syekh Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat Al-Ahwadzi, menjelaskan kesaksian Rasulullah saw atas kepemimpinan Hasan dan Husain bagi para pemuda penghuni syurga memiliki sejumlah penafsiran:-

 

Pertama, keduanya merupakan pemuda terbaik yang mati (syahid) di jalan Allah. Jika dilihat dari usianya, memang benar bahawa keduanya meninggal pada usia separuh hayat.

 

Namun, yang dimaksud hadith ini ialah 'pemuda', bukan 'usia muda'. Dengan kata lain, dia lebih menekankan kepada hal yang biasa dimiliki pemuda, seperti sikap pahlawan.

 

Terkadang kerap didengar ucapan, 'si fulan pemuda' ditujukan kepada seseorang yang sudah tua, dan tentu yang dimaksudkan di sini adalah sikap orang tersebut, bukan usianya, entah kerana dia memiliki sikap kesatria, pemberani, atau sejenisnya.

 

Kedua, baik Hassan mahupun Hussain merupakan pemimpin para penghuni syurga selain para Nabi dan khulafaur rasyidin. Ditafsirkan demikian kerana seluruh penghuni syurga berusia sama, iaitu masih muda, tidak ada yang tua.

 

Atau ketiga, keduanya adalah pemimpin penghuni syurga dari kalangan Pemuda pada masanya ketika itu.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...