Monday, 21 February 2022

Kisah kewafatan Nabi Zakariya dan Nabi Yahya as

 

Riwayat Kematian Nabi Zakaria as

 

Ibnu Katsir berkata:-

 

وقد اختلفت الرواية عن وهب بن منبه: هل مات زكريا عليه السلام موتا أو قتل قتلا؟ علي روايتين فروى عبد المنعم بن إدريس بن سنان، عن أبيه، عن وهب بن منبه، أنه قال: هرب من قومه فدخل شجرة فجاءوا فوضعوا المنشار عليهما، فلما وصل المنشار إلى أضلاعه أن فأوحى الله إليه: لئن لم يسكن أنينك لأقلبن الأرض ومن عليها. فكن أنينه حتى قطع باثنتين.

وقد روى  هذا في حديث مرفوع سنورده بعد إن شاء الله.

وروى إسحق بن بشر، عن إدريس بن سنان، عن وهب أنه قال: الذي انصدعت له الشجرة هو شعيا، فأما زكريا فمات موتا فالله أعلم.

 

Sedangkan tentang kematian ayahnya, Nabi Zakaria, maka terjadi perbezaan riwayat dari Wahab bin Munnabih : Apakah Nabi Zakaria mati secara wajar ataukah ia dibunuh? , terdapat dua riwayat.

 

Abdul Mun’im meriwayatkan dari Idris bin Sinan dari ayahnya dari Wahab bin Munnabih mengatakan bahawa Zakaria lari dari kaumnya lalu masuk ke sebuah pohon, lalu mereka pun mendatanginya dan menggergaji pohon itu. Tatkala gergaji itu mengenai otot-ototnya dan ia pun merintih lalu Allah mewahyukan kepadanya, “Jika rintihanmu tidak mereda pasti aku akan membalikkan bumi dan apa-apa yang ada di atasnya maka Zakaria pun menghentikan rintihannya sehingga dirinya terpotong dua”, ini diriwayatkan di dalam hadith yang marfu’.

 

Namun terdapat riwayat Ishaq bin Basyar dari Idris bin Sinan dari Wahab bahawa dia mengatakan bahawa orang yang terbelah di dalam pohon itu adalah Sya’ya, adapun Zakaria meninggal secara wajar (Qasas al-Anbiya 2/358)

 

Sanad riwayat ini bermasalah:-

 

Imam Ibn Hajar al-Haithami mengatakan Abd al-Mun’im bin Idris adalah seorang pendusta dan pemalsu hadith. [Majma’ al-Zawaid 9/31].

 

Imam Ibn Iraq al-Kinani menyatakan salah seorang perawi di dalam hadith tersebut dinilai sebagai pendusta iaitu Abd al-Mun’im bin Idris. [Tanzih al-Syari’ah 1/331].

 

Imam al-Syaukani di dalam kitabnya menyatakan hadith ini telah dirosakkan oleh Abd al-Mun’im bin Idris bin Sinan. [al-Fawaid al-Majmu’ah hal. 324].

 

 

Riwayat Kematian Nabi Yahya as

 

عن عروة بن الزبير قال: ما قتل يحيى بن زكريا إلا في امرأة بغي قالت لصاحبها لا أرضى عنك حتى تأتيني برأسه، فذهب فأتاها برأسه في طست

 

Diriwayatkan daripada ‘Urwah ibn Az-Zubair, beliau berkata, "Yahya ibn Zakariyya dibunuh kerana puteri raja yang jatuh cinta kepada Yahya tapi Yahya menolaknya. Setelah puteri raja putus asa cintanya tidak diterima oleh Yahya, maka dia merayu bapanya untuk membunuh Yahya. Lalu terjadilah peristiwa itu. Raja memerintahkan perajuritnya memenggal kepala Yahya dan menampung darahnya dalam bejana lalu dipersembahkan kepada puterinya (AR. Ibnu Abi Syaibah dalam Musannafnya, gharib jiddan menurut Ibnu Katsir dalam Bidayah Wan Nihayah 2/49).

 

 

Kesimpulan

 

1. Hal ini mengundang perbezaan pendapat dikalangan ulama kepada:-

 

a) mereka mati dibunuh

b) mereka mati bukan dibunuh

 

 

2. Tidak ada riwayat yang sahih menyebutkan mereka mati dibunuh. Yang ada cuma riwayat Israiliyat yang tidak dapat dipastikan kebenaranya.

 

3. Akan tetapi al-Quran ada menyatakan sifat keji Bani Israil yang suka membunuh Nabi.

 

a. ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ

 

Yang demikian itu kerana mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa alasan yang benar. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas (QS. ali-Imran: 112)

 

b.أَفَكُلَّمَا جَاءَكُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَىٰ أَنْفُسُكُمُ اسْتَكْبَرْتُمْ فَفَرِيقًا كَذَّبْتُمْ وَفَرِيقًا تَقْتُلُونَ

 

Apakah setiap datang kepadamu seorang rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu menyombong; maka beberapa orang (diantara mereka) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh? (QS. al-Baqarah: 87

 

c. قُلْ فَلِمَ تَقْتُلُونَ أَنْبِيَاءَ اللَّهِ مِنْ قَبْلُ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

 

Katakanlah: "Mengapa kamu dahulu membunuh nabi-nabi Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman?" (QS. al-Baqarah: 91).

 

4. dan cerita ini masyhur disebut para mufassir. Ibnu Katsir juga menyebutkan riwayat Bani Israil suka membunuh para nabi-nabi dan menyenaraikan Nabi Zakaria dan Nabi Yahya antara mereka tersebut, dan beliau juga mengklasifikasikan riwayat pembunuhan tersebut dhaif dan munkar.

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 34961, 100489.

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...