Tak ada dalil syarie menyatakan
kelebihan mati pada bulan Ramadhan, dan yang sahih mati pada hari jumaat
Semua hari, semua bulan adalah
baik jika dia mati dalam husnul khatimah
Mati dalam dia mengerjakan
kebaikan dan amal
Hadith mati dalam keadaan beramal
soleh akan beroleh syurga
من قال لا إله إلا الله ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة، ومن صام
يوماً ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة، ومن تصدق بصدقة ابتغاء وجه الله ختم
له بها دخل الجنة.
”Siapa yang mengucapkan Laa ilaha
illallah, dan ia mengucapkannya ikhlas hanya mencari keredhaan Allah dan ia
mengakhiri hidupnya dengan itu, maka ia
masuk syurga. Siapa berpuasa sehari dan ikhlas kerana Allah, serta menutup
akhir hidupnya dengan ibadah itu, maka ia masuk syurga. Siapa bersedekah dengan
penuh keikhlasan, dan ia mengakhiri hidupnya dengan ibadah itu, maka ia masuk
syurga. (HR. Ahmad no 22173, dinilai
Sahih oleh Syeikh al-Albani dalam Ahkamul Janaiz)
Syeikh Ibnu ‘Utsaimin
rahimahullah menjelaskan,
وكل حديث ورد في فضل الموت في يوم معين فإنه ليس بصحيح لأن الثواب على
الأعمال التي تقع من العبد اختياراً.
Hadith – hadith yang menerangkan
keutamaan meninggal di hari tertentu tidak ada yang sahih. Kerana pahala
seorang bergantung pada amalannya, itulah yang mampu dia usahakan.
(http://binothaimeen.net/content/11412)
Firman Allah SWT:
ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Masuklah kamu ke dalam Syurga
disebabkan amal kebaikan yang telah kamu kerjakan (QS. al-Nahl:32).
No comments:
Post a Comment