Matan hadith
روي عن جابر بن عبدالله الأنصاري رضي الله عنهما قال: دخلتُ على رسول الله
صلى الله عليه وآله وسلم: في آخر جمعة من شهر رمضان، فلما بَصُر بي قال لي: يا
جابر، هذه آخر جمعة من شهر رمضان فودِّعه، وقل
اللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ صِيَامِنَا إِيَّاهُ،
فَإِنْ جَعَلْتَهُ فَاجْع لْنِيْ مَرْحُوْمًا وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ مَحْرُوْمًا
فإنه مَن قال ذلك ظفِر بإحدى الحُسنيين، إمَّا ببلوغ شهر رمضان، وإمَّا
بغفران الله ورحمته
Terjemahan
Diriwayatkan dari Jabir bin
Abdullah Al-Ansari radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Aku telah mendatangi
Rasulullah saw dan keluarganya: pada hari Jumaat terakhir bulan bulan Ramadhan,
dan apabila dia melihatku, dia berkata kepadaku: Wahai Jabir, ini adalah Jumaat
terakhir Ramadhan, maka ucapkanlah selamat tinggal kepadanya, dan ucapkanlah:
Ya Allah, janganlah Kau jadikan
bulan Ramadhan ini sebagai Bulan Ramadhan terakhir dalam hidupku. Jika Engkau
menjadikannya sebagai Ramadhan terakhirku, maka jadikanlah aku sebagai orang
yang Engkau sayangi dan jangan Engkau jadikan aku orang yang dimurkai.
Maka barangsiapa yang mengucapkan
demikian akan mendapatkan dua kebaikan, (iaitu) baik mendapatkan bulan ramadhan
(tahun berikutnya) mahupun mendapatkankan keampunan dari Allah dan RahmatNya.
Takhrij
Hadith ini tidak sahih tidak
dijumpai dalam mana-mana kitab hadith muktabar sunnah, dan merupakan hadith
yang dibuat-buat, dan tidak diperbolehkan untuk meriwayatkannya kecuali untuk
memperjelaskan kepalsuannya.
Hadith ini ditemukan dalam Jami'
Hadith Syiah 9/77, Bihar al-Anwar 95/172
Rujukan
https://www.dorar.net/fake-hadith/474
https://kotamagelangmengaji.com/doa-populer-tapi-tidak-ada-asalnya-dari-rasulullah/
No comments:
Post a Comment