Friday, 29 April 2022

Hadith larangan bersetubuh saat isteri hamil?

 

Apakah benar suami boleh berhubungan badan walaupun isteri hampir melahirkan (hamil)?

 

 

Ya memang boleh, kerana tidak ada larangan MELAINKAN wanita itu sedang haid, nifas atau melakukan anal seks.

 

 

Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan hubungan intim dengan isterinya yang sedang hamil bilapun, sesuai keinginannya. Kecuali jika hal itu boleh membahayakan dirinya atau janinnya maka haram bagi suami untuk melakukan sesuatu yang membahayakan isterinya. Kemudian, jika dalam keadaan tidak membahayakan, hanya saja sangat memberatkan isterinya maka yang lebih baik adalah tidak melakukan hubungan intim. Kerana tidak melakukan sesuatu yang memberatkan si isteri, merupakan bentuk pergaulan yang baik kepada isteri.

 

 

Allah berfirman:

 

وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالمَعْرُوْفِ

 

Pergaulilah isterimu dengan baik. (QS. An-Nisa’: 19).

 

Demikian fatwa Syaikh Ibn Utsaimin, di Fatawa Ulama tentang adab bersama isteri, Hal. 55.

 

 

Dalilnya:

 

Diriwayatkan oleh Zayd ibn Arqam:

 

لا تُؤدِّي المرأةُ حقَّ ربِّها حتَّى تؤدِّيَ حقَّ زوجِها ولو سألها نفسَها وهي على ظهرِ قتَبٍ لم تمنَعْه

 

Seorang wanita tidak akan (sempurna) menunaikan hak Tuhannya sehinggalah dia menyempurnakan hak suaminya, dan sekiranya dia (suami) memintanya (untuk bersetubuh) di atas Qatbi (pelana di atas unta) dia (isteri) (seharusnya) tidak menolak.

 

Hadith di atas dinilai sebagai sahih oleh Syeikh al-Albani di dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib no. 1943. Selain itu, terdapat juga hadith yang berkaitan yang dinilai sebagai hasan sahih oleh Syeikh al-Albani di dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib dan juga terdapat dalam Sahih Ibn Majah no. 1515. Ibnu Hibban juga menilai hadith yang berkaitan sebagai hasan sahih di dalam Sahih Ibnu Hibban no.4159.

 

 

Adapun hadith larangan jimak saat hamil itu, teksnya adalah

 

لَا توطأ حامل حتى تضع

 

Wanita hamil tidak boleh diajak berhubungan intim sampai dia melahirkan

 

Hadith ini sahih, diriwayatkan Abu Daud no. 2157, Ad-Darimi, dan disahihkan Syeikh Al-Albani.

 

Tapi yang dimaksudkan wanita hamil pada hadith ini bukan isteri, tapi wanita tawanan perang atau hamba yang hamil dari suami pertama . Ar-Rabi’ bin Habib dalam Musnadnya mengatakan,

 

مَعْنَى الْحَدِيثِ فِي الإِمَاءِ ، أَيْ لا يَطَؤُهُنَّ أَحَدٌ مِنْ سَادَاتِهِنَّ حَتَّى يُسْتَبْرَيْنَ ، وَأَمَّا الزَّوْجُ فَحَلالٌ لَهُ الْوَطْءُ لامْرَأَتِهِ الْحَامِلِ

 

Kandungan hadith ini terkait hamba wanita, ertinya tuan si hamba tidak boleh menyetubuhi hamba yang hamil sampai rahimnya bersih. Adapun suami, dia dihalalkan untuk menyetubuhi isterinya ketika sedang hamil (Musnad Ar-Rabi’ bin Habib, keterangan hadith no. 528).

 

Rujukan

 

https://konsultasisyariah.com/8897-hubungan-intim-ketika-hamil.html

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...