Thursday, 2 June 2022

Hadith Aisyah ra meratap jenazah Nabi saw?

 

Aisyah berkata:

 

رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُبِضَ وَهُوَ فِي حِجْرِي، ثُمَّ وَضَعْتُ رَأْسَهُ عَلَى وِسَادَةٍ وَقُمْتُ أَلْتَدِمُ مَعَ النِّسَاءِ وَأَضْرِبُ وَجْهِي

 

“Rasulullah saw telah wafat dan beliau berada dikamarku, kemudian aku letakan kepala sucinya diatas bantal, lalu aku bersama dengan para wanita memukul dada dan wajahku.”

 

 

Takhrij

 

HR. Musnad Abu Ya’la no. 4586, Ibnu Hisham dalam Sirahnya no. 26391, Ibnu Ishak dalam Sirahnya 2/713, Ahmad no. 26348.

 

Hadith tersebut sanadnya hasan menurut Syeikh al-Arnauth dan Syeikh al-Albani dalam Irwa 7/86.

 

Ia cuma atsar sahabat, bukan hadith Nabi saw. Perbuatan sahabat tidak boleh dijadikan hujah bila bertentangan dengan hadith sahih yang lain (Irsyad al-Salik 1/227, Jami Bayan al-Ilm 2/91]

 

Sabda Nabi SAW;

 

ليس مِنَّا من ضَرَبَ الْخُدُودَ وَشَقَّ الْجُيُوبَ وَدَعَا بِدَعْوَةِ الْجَاهِلِيَّةِ

 

Bukan daripada kalangan kami, mereka yang memukul muka, mengoyakkan baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah (HR. Bukhari  no. 1232, Muslim no. 103)

 

Dan sabda beliau.

 

أَنَا بَرِيْءٌ مِنَ الصَّالِقَةِ وَاْلحَالِقَةِ وَالشَّاقَّةِ

 

“Aku berlepas diri dari wanita yang berteriak-teriak, mencukur rambut dan merobek-robek pakaian”. [HR. Bukhari no. 1296, Muslim no.104]

 

Maksudnya adalah saat tertimpa musibah. Juga berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

 

 أَرْبَعٌ فِيْ أُمَّتِيْ مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ لاَ يَتْرُكُوْنَهُنَّ: الْفَخْرُ فِي اْلأَحْسَابِ وَالطَّعْنُ فِي اْلأَنْسَابِ وَاْلاِسْتِسْقَاءُ بِالنُّجُوْمِ وَالنِّيَاحَةُ

 

“Empat hal pada umatku yang termasuk kebiasaan jahiliyah yang belum mereka tinggalkan ; membanggakan kekayaan, menghinakan keturunan, meminta hujan kepada bintang-bintang dan meratapi musibah [HR. Muslim no. 934]

 

Dalam sabda beliau lainnya disebutkan.

 

النَّائِحَةُ إِذَا لَمْ تَتُبْ قَبْلَ مَوْتِهَا تُقَامُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَعَلَيْهَا سِرْبَالٌ مِنْ قَطِرَاٍن وَدِرْعٌ مِنْ جَرَبٍ

 

 “Wanita yang meratapi kematian, jika ia tidak bertaubat sebelum kematiannya, maka pada Hari Kiamat nanti ia akan diberdirikan sementara diatasnya besi panas dan baju koreng  [HR. Muslim no. 934]

 

 

Kalau lihat di awal matan:

 

عن عائشة أم المؤمنين ماتَ رسولُ اللهِ ﷺ بَينَ سَحْري ونَحْري وفي دَوْلَتي، لم أظْلِمْ فيه أحَدًا، فمِن سَفَهي وحَداثةِ سِنِّي أنَّ رسولَ اللهِ قُبِضَ وهو في حِجْري، ثم وضَعتُ رَأْسَه على وِسادةٍ، وقُمتُ ألْتَدِمُ مع النِّساءِ، وأضْرِبُ وَجْهي

 

pada ayat "dan kerana kejahilanku dan keremajaan umurku"

 

Ia menunjukkan bahawa Aisyah ra mengakui ia adalah satu kesilapan dan para ulama berpendapat  Aisyah ra telah bertaubat daripada kesilapan tersebut.

 

dan berkata Ibnu Katsir:

 

Hadith yang sanadnya sahih atau hasan belum tentu menjanjikan matan hadithnya juga sahih/ hasan. Kerana berkemungkinan juga matannya syadz dan terdapat kecacatan yang lain pada hadith (Ikhtisar Ulum al-Hadith hal. 43).

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 62097

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...