Matan hadith
إذا وقعت كبيرة، أو هاجت ريح مظلمة، فعليكم بالتكبير، فإنه يجلي العجاج
Terjemahan
Daripada Jabir RA, beliau
berkata: Telah bersabda Rasulullah RA: “Apabila terjadi sesuatu yang besar,
atau bertiup angin ribut yang gelap, maka hendaklah kamu bertakbir, kerana
takbir akan menghilangkan asap yang hitam
Takhrij
HR. Abu Ya’la dalam Musnadnya no.
1947, Ibnu Adi dalam al-Kamil 6/204
Sanad hadith ini dhaif menurut
al-Bushiri dalam Ithaf alKhiyarah 6/436.
Malah palsu menurut Syeikh
al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2256
Terdapat juga riwayat dari Anas
bin Malik ra yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dalam Amal al-Yau, wa al-Lailah
no. 284, Ibnu Adi dalam al-Kamil 5/262. Ibn al-Qaisarani dalam Zakirah Huffaz
1/370 mengatakan dalam sanadnya terdapat perawi yang munkarul hadith, hadithnya
tidak boleh dipegang iaitu Muhammad bin Zadzan.
No comments:
Post a Comment