Thursday, 21 July 2022

Atsar menghitung tasbih dengan biji tasbih

 

Atsar dari Ash-Shalt bin Bahram

 

عن الصلت بن بهرام قال : مر ابن مسعود بامرأة معها تسبيح تسبح به فقطعه وألقاه ، ثم مر برجل يسبح بحصا فضربه برجله ثم قال : لقد سَبقتم ، ركبتم بدعة ظلما ، ولقد غلبتم أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم علما

 

Ibnu Mas’ud melihat seorang wanita yang bertasbih dengan menggunakan subhah (biji tasbih), kemudian beliau memotong tasbihnya dan membuangnya. Beliau juga melewati seorang laki-laki yang bertasbih menggunakan kerikil, kemudian memukulnya dengan kakinya dan berkata: Kamu telah mendahului (Rasulullah) dengan melakukan bidaah yang zalim, dan kamu lebih tahu dari para sahabatnya.

 

Takhrij

 

AR. Ibnu Waddaah Al-Qurthubi dalam kitab Al-Bida’ Wa An Nahyu ‘Anha 1/40 no. 21.

 

Tidak sahih (https://islamarchive.cc/H_245006)

 

Sanad ini sahih sehingga Ash-Shalt sahaja, kerana beliau tidak pernah mendengar dari Ibnu Mas’ud ra (Silsilah Hadith Dhaif 1/10).

 

Sanad riwayat ini dhaif kerana inqitha' [terputus] menurut pentahqiq Al-Bida’ Wa An Nahyu ‘Anha, dan Syeikh Mahmud Said Mamduh [Wusul al-Tahani hal. 24], antara Ash Shalt bin Bahram dan Ibnu Mas’ud, kerana ibnu Mas'ud wafat di Madinah tahun 32 H, sebagaimana dirajihkan oleh ibnu Hajar dalam kitab al-Ishabah, dan Ash Shalt bin Bahram adalah Tabi' tabi'in [hidup pada masa selepas tabi'in], maka tidak mungkin ia mendapat riwayat dari sahabat yang akhir, apalagi dari Ibnu Mas'ud yang wafat pada masa khalifah Umar bin khathab RA. Hal ini sebagaimana diceritakan Ibnu Hajar dalam at-Tahdzib 4/432

 

Manakala menurut pentahqiq Mathalib Aliyah 12/519, Islamkotob, Dr. Oman Iman bin Abu Bakar pada nota kakinya, menyatakan atsar ini sahih kepada Ibnu Mas’ud dengan pengumpulan jalan riwayat.

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...