Ada hadith ke tentang malaikat
tanya kita di dalam kubur?
Soalan begini:
1) Siapa tuhan kamu?
2) Siapa Nabi kamu?
3) Apa agama kamu?
4) Siapa imam kamu?
5) Apa kiblat kamu?
Ulasan
Rujukan bagi soalan ini hendaklah
merujuk kepada kitab-kitab hadith muktabar, antara hadith-hadith berkaitan
masalah ini adalah HR. Abu Daud no. 4127 dan Ahmad no. 18534, daripada Bara’
bin ‘Azib ra:-
Kami bersama Rasulullah ﷺ keluar untuk melihat jenazah seorang laki-laki Anshar, kami pun
tiba di pemakaman. Ketika lubang lahat telah dibuat, Rasulullah ﷺ duduk, lalu kami ikut duduk di sisinya. Kami diam, seakan-akan
di atas kepala kami ada burung. Saat itu beliau memegang sebatang kayu yang
ditancapkan ke dalam tanah, beliau lalu mengangkat kepalanya dan bersabda,
"Mintalah perlindungan kepada Allah dari siksa kubur." Beliau ucapkan
kalimat itu hingga dua atau tiga kali. Demikanlah tambahan dalam hadits Jarir.
Beliau melanjutkan, "Sungguh, mayat itu akan dapat mendengar derap sandal
mereka saat berlalu pulang; yakni ketika ditanyakan kepadanya, 'Wahai kamu,
siapa Rabb-mu? Apa agamamu? Dan siapa Nabimu? ' -Hannad menyebutkan; Beliau
bersabda, - "Lalu ada dua malaikat mendatanginya seranya mendudukkannya.
Malaikat itu bertanya, "Siapa Rabb-mu?" ia menjawab, "Rabb-ku
adalah Allah." Malaikat itu bertanya lagi, "Apa agamamu?" ia
menjawab, "Agamaku adalah Islam." Malaikat itu bertanya lagi,
"Siapa laki-laki yang diutus kepada kalian ini? ' ia menjawab, "Dia
adalah Rasulullah ﷺ." malaikat itu bertanya lagi,
"Apa yang kamu ketahui?" ia menjawab, "Aku membaca kitabullah,
aku mengimaninya dan membenarkannya." Dalam hadith Jarir ditambahkan,
"Maka inilah makna firman Allah: '(Allah meneguhkan (iman) orang-orang
yang beriman…) ' hingga akhir ayat. -QS. Ibrahim: 27- kemudian kedua perawi
sepakat pada lafadz, "Beliau bersabda, "Kemudian ada suara dari
langit yang menyeru, "Benarlah apa yang dikatakan oleh hamba-Ku,
hamparkanlah permadani untuknya di surga, bukakan baginya pintu-pintu surga dan
berikan kepadanya pakaian surga." beliau melanjutkan, "Kemudian
didatangkan kepadanya wewangian surga, lalu kuburnya diluaskan sejauh mata
memandang." Beliau melanjutkan, "Jika yang meninggal adalah orang
kafir, maka ruhnya akan dikembalikan kepada jasadnya. Saat itu datanglah dua
malaikat serya mendudukkannya. Kedua malaikat itu bertanya, "Siapa
Rabb-mu?" ia menjawab, "Hah, hah, hah. Aku tidak tahu." Malaikat
itu bertanya, "Apa agamamu?" ia menjawab, "Hah, hah. Aku tidak
tahu." Malaikat itu bertanya lagi, "Siapa laki-laki yang diutus
kepada kalian ini? ' ia menjawab, "Hah, hah. Aku tidak tahu." Setelah
itu terdengar suara dari langit, "Ia telah berdusta. Berilah ia hamparan
permadani dari neraka, berikan pakaian dari neraka, dan bukakanlah pintu-pintu
neraka untuknya." Beliau melanjutkan, "Kemudian didatangkan kepadanya
panas dan baunya neraka. Lalu kuburnya disempitkan hingga tulangnya saling
berhimpitan." Dalam hadits Jarir ditambahkan, "Beliau bersabda,
"Lalu ia dibelenggu dalam keadaan buta dan bisu. Dan baginya disediakan
sebuah pemukul dari besi, sekiranya pemukul itu dipukulkan pada sebuah gunung
niscaya akan menjadi debu." Beliau melanjutkan, "Laki-laki kafir itu
kemudian dipukul dengan pemukul tersebut hingga suaranya dapat didengar oleh
semua makhluk; dari ujung timur hingga ujung barat -kecuali jin dan manusia-
hingga menjadi debu." Beliau meneruskan ceritanya, "Setelah itu,
ruhnya dikembalikan lagi." Telah menceritakan kepada kami Hannad bin As
Sari berkata, telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Numair berkata, telah
menceritakan kepada kami Al A'masy berkata, telah menceritakan kepada kami Al
Minhal dari Abu Umar Zadzan ia berkata; Aku mendengar Al Bara dari Nabi ﷺ, beliau bersabda…. lalu ia menyebutkan seperti hadits
tersebut." (HR. Abu Daud: 4127)
Jelas yang sahih hanya ada 3
soalan saja
Manakala soalan no. 4 ditemukan
di hadith yang sangat dhaif:
شهدت أبا أمامة رضي الله عنه وهو في النزع فقال: إذا مت
فاصنعوا بي كما أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إذا مات أحد من اخوانكم
فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل يا فلان ابن فلانة فانه
يسمعه ولا يجيب ثم يقول يا فلان ابن فلانة فانه يستوي قاعدا ثم يقول يا فلان ابن فلانة
فانه يقول أرشدنا رحمك الله ولكن لا تشعرون فليقل اذكر ما خرجت عليه من الدنيا
شهادة أن لا اله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله وانك رضيت بالله ربا وبالإسلام
دينا وبمحمد نبيا وبالقرآن إماما فان منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه،
ويقول: انطلق بنا ما نقعد عند من لقن حجته؟! فقال رجل: يا رسول الله، فان لم نعرف
أمه؟ قال: فينسبه إلى أمه حواء يا فلان ابن حواء
Daripada Abi Umamah ra. dia telah
berkata “: Apabila aku mati, buatlah kepadaku seperti yang telah diperintahkan
oleh Rasulullah S.A.W kepada kita”, Rasulullah saw bersabda: “Apabila salah
seorang daripada saudara kamu mati, lalu kamu ratakan tanah di atas kuburnya,
maka hendaklah salah seorang dari kamu berdiri di kepala kuburnya, kemudian
serulah: Wahai fulan Bin fulanah (sebut nama ibunya), maka si mati akan
mendengar seruan itu tetapi ia tidak menjawab. Kemudian hendaklah diserukan
sekali lagi dengan berkata: Wahai fulan Bin Fulanah, maka pada saat itu si mati
akan bangun dan duduk. Kemudian hendaklah diserukan lagi, maka si mati akan
menyahut seraya berkata: “berilah daku peringatan semoga Allah merahmatimu”. Si
mati akan berkata demikian tetapi kamu tidak menyedari. Kemudian hendaklah
orang yang menyeru itu berkata: “Ingatlah saudaraku akan i’tikad tauhid yang
menjadi peganganmu di dunia dahulu iaitu dua kalimah syahadah: bahwasanya tiada
Tuhan melainkan Allah dan bahwasanya Nabi Muhammad saw ialah hamba dan
pesuruh-Nya, dan bahawa engkau telah reda Allah sebagai tuhanmu, Islam sebagai
agamamu, Muhammad sebagai nabimu dan al-Quran sebagai imammu (petunjukmu)”.
Lantaran itu Munkar dan Nakir saling memegang tangan satu sama lain seraya
berkata: “Marilah kita pergi dari orang yang telah diajarkan hujah-hujahnya”,
maka Allah yang menjadi hujahnya terhadap dua malaikat itu. Seorang lelaki
bertanya: “Ya Rasulullah! Jika tidak diketahui nama ibunya. Jawab baginda saw:
“Nasabkanlah dia kepada Hawa (isteri nabi Adam as), wahai Fulan Bin Hawa!”.
Takhrij
HR. Thabarani dalam Mu’jam
al-Kabir no. 7979 daripada Abu Umamah al-Bahili ra.
Ibnu Mulaqin dalam Khulasah al-Badr
al-Munir 1/275 berkata hadith ini mempunyai riwayat penyokong.
Dan berkata Ibnu Hajar
Al-Asqalani dalam Takhlisul Habir 2/698 bahawa sanad ini sanad yang soleh dan
mempunyai syawahid (penguat). Tetapi dalam Futuhat Rabbaniyah 5/196 beliau
berkata hadith ini gharib dan keseluruhan sanadnya dhaif jiddan.
Ibnu Qayyim dalam Zaadul Maad
1/503 berkata asal hadith ini tidak diketahui.
Al-Haithami dalam Majma Zawaid
3/48 berkata kebanyakana perawi dalam hadith ini tidak dikenali.
As-Syaukani mendhaifkan hadith
ini dalam Nailul Authar 4/139.
Al-Arbaíe dalam Fatul Ghaffar
2/762 berkata hadith ini tiada asal.
As-Sha’nani dalam Subulus Salam
2/180 menilai hadith ini dhaif.
Syeikh al-Albani mendhaifkan
hadith ini dalam Irwaul Ghalil 3/203.
no. 5 hanya tambahan yang
dinukilkan oleh Imam Nawawi. Beliau mengatakan ianya adalah lafaz Syeikh
Nashrul Muqaddisi dalam kitabnya at-Tahzib (al-Azkar Bab Apa yang dikatakan
selepas pengebumian hal. 155-166, Darul Tauzi).
No comments:
Post a Comment