Thursday, 21 July 2022

Haid wanita kerana Bani Israil

 

Matan hadith

 

عنْ عبدِ اللهِ بنِ مسعودٍ قال كان الرجالُ والنساءُ من بني إسرائيلَ يصلُّونَ جميعًا فكانتِ المرأةُ إذا كان لها خليلٌ تَلْبَسُ القالِبَيْنِ تَطَوَّلُ بهما لخلِيلِها فألْقى اللهُ عزَّ وجلَّ عليهِنَّ الحيضَ

 

Terjemahan

 

Dahulu para lelaki dan wanita di kalangan Bani Israil solat secara bersama-sama. Seorang wanita memiliki kekasih . Wanita tersebut memakai dua sandal kayu yang dengannya ia menjadi tampak tinggi. Lalu ditimpakanlah haid (yang sangat lama) atas mereka

 

Takhrij

 

HR. Abdur Razzaq dalam Al-Mushannaf no.5115, at-Thabarani dalam Mu’jamul Kabir no. 9484-9485, Sahih Ibn Khuzaymah no. 1700, sanadnya sahih menurut Ibnu Hajar

 

Sebagaimana riwayat yang dibawakan Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari 1/519 yang dikeluarkan oleh Al-Hakim dan Ibnul Mundzir dengan sanad yang sahih dari Ibnu Abbas ra, ia berkata:

 

“Sesungguhnya permulaan haid dialami oleh Hawa setelah ia turun dari syurga.”

 

Adapun riwayat yang disandarkan oleh Al-Hafiz  kepada Abdurrazzaq Ash-Shan‘ani dan Al-Hafiz mensahihkan sanadnya sampai kepada Ibnu Mas‘ud ra:

 

“Dahulu para lelaki dan wanita dari kalangan Bani Israil melakukan solat bersama-sama. Maka ada seorang wanita mengintip seorang lelaki, Allah pun menimpakan haid kepada mereka (para wanita Bani Israil) dan melarang mereka dari mendatangi masjid-masjid.”

 

 

Kata Ad-Dawudi:

 

 “Tidak ada pertentangan di antara kedua riwayat ini kerana wanita-wanita Bani Israil termasuk anak-anak perempuan Adam.”

 

Al-Hafiz berkata: “Memungkinkan untuk menjamak (mengumpul-kan kedua riwayat) dengan menyatakan bahawa haid tersebut umum menimpa seluruh anak perempuan Adam (termasuk wanita-wanita Bani Israil) hanya saja Allah menimpakan haid kepada wanita-wanita Bani Israil dengan waktu yang panjang (lagi sangat deras, –pent) sebagai hukuman bagi mereka. Dengan demikian riwayat Ibnu Mas`ud ra ini tidaklah menunjukkan wanita Bani Israil yang pertama kali mengalami haid.” (Fathul Bari 1/519)

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...