Hadith pertama, dari Anas bin
Malik, katanya:
كان إذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى ثم قال : أشهد أن لا إله إلا الله
الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الهم و الحزن
Adalah Rasulullah jika telah
selesai solat, maka dia usapkan dahinya dengan tangan kanannya, kemudian
berkata: “Aku bersaksi tiada Ilah kecuali Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang, Ya Allah hilangkanlah dariku kegelisahan dan kesedihan.”
Takhrij
HR. at-Thabarani dalam Mu'jam
al-Awsath no. 3178, ad-Dua no. 658, Ibnu Sunni dalam Amal al-Yaum wa Lailah no.
112, dan Ibnu Sam’un dalam al-Amali
2/176, Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhuafa' 6/64
Hadith ini dhaif jiddan (sangat
lemah), bahkan sebahagian ulama mengatakan maudhu’ (palsu).
Imam Ibnu Rajab Al Hambali
berkata dalam Fathul Barinya:
وله طرق عن أنس ،كلها واهية
Hadith ni memiliki banyak jalan
dari Anas bin Malik, semuanya lemah
(Fathul Bari, pembahasan hadith no. 836)
Sanad hadith ini adalah dari
Salam Al Madaini, dari Zaid Al ‘Ami dari Mu’awiyah, dari Qurrah, dari Anas …
(lalu disebutkan hadith di atas)
Cacatnya hadith ini lantaran
Salam Al Madaini dan Zaid Al ‘Ami. Salam Al Madaini adalah orang yang dtuduh
sebagai pendusta, sedangkan Zaid Al ‘Ami adalah perawi dhaif.
Ibnu Hajar menilai hadith ini
dhaif jiddan dalam Futuhat Rabbaniyah 3/57.
Syeikh al-Albani menilai hadith
ini dhaif jiddan dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 1058.
Sementara, Imam Al Haithami
mengutip dari Al Bazzar, bahawa Salam Al Madaini adalah layyinul hadith
(hadithnya lemah). (Majma’ Zawaid
10/47).
Al Haithami juga mengatakan
bahawa Zaid Al ‘Ami adalah dhaif dalam Majma Zawaid 1/230.
Imam Al Baihaqi juga menyatakan
bahawa Zaid Al ‘Ami adalah dhaif (Al ‘Allamah Ibnu At Turkumani dalam Al Jauhar
3/46) begitu pula kata Imam Al ‘Iraqi (Takhrijul Ihya’ 6/290).
Al ‘Allamah As Sakhawi
mengatakan, lebih dari satu orang menilai bahawa Zaid Al ‘Ami adalah tsiqah,
namun jumhur menilainya dhaif (Maqasid Al-Hasanah 4/486)
Dan yang menilainya tsiqah adalah
Imam Ahmad (Majma Zawaid 2/400).
Sementara Imam An Nasa’i
mengatakan Zaid Al ‘Ami sebagai laisa bil qawwi (bukan orang kuat hafalannya).
(Nashbur Rayyah 7/185; Al Musnad Al Jami’, 14/132), begitu pula kata Imam Abu
Zur’ah (Al Jarh wat Ta’dil, 3/561).
Hadith kedua, dari Anas bin Malik
Radhiallahu ‘Anhu katanya:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بكفه اليمنى ،
ثم أمرها على وجهه حتى يأتي بها على لحيته ويقول : « بسم الله الذي لا إله إلا هو
عالم الغيب والشهادة الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الغم والحزن والهم ، اللهم
بحمدك انصرفت وبذنبي اعترفت ، أعوذ بك من شر ما اقترفت ، وأعوذ بك من جهد بلاء
الدنيا ومن عذاب الآخرة »
Adalah Rasulullah Shallalllahu
‘Alaihi wa Sallam jika telah selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan
tangan kanan, kemudian dilanjutkan ke wajah sampai janggutnya. Lalu bersabda:
“Dengan nama Allah yang Tidak ada Ilah selain Dia, yang Maha Mengetahui yang
Ghaib dan Yang Tampak, Maha Pengasih dan Penyayang. Ya Allah hilangkanlah
dariku kegelisahan, kesedihan, dan keresahan. Ya Allah dengan memujiMu aku
beranjak dan dengan dosaku aku mengakuinya. Aku berlindung kepadaMu dari
keburukan yang telah aku akui, dan aku berlidung kepadaMu dari beratnya cubaan
kehidupan dunia dan siksaan akhirat
Takhrij
HR. Abu Nu’aim, dalam Akhbar
Ashbahan no. 40446, at-Thabarani dalam ad-Dua no. 658.
Hadith ini dhaif. Kerana di dalam
sanadnya terdapat Daud Al Mihbar, pengarang kitab Al ‘Aql.
Imam Al Bukhari berkata tentang
dia: munkarul hadith.
Imam Ahmad mengatakan: Dia tidak
diketahui apa itu hadith. (At Tarikh Al
Kabir no. 837; Adh Dhu’afa Ash Shaghir hal. 45;
ad-Dhu’afa al-Uqaili 2/35).
Al Hafiz Az Zarkili mengatakan
majoriti ulama menilainya dhaif. (Khairuddin Az Zarkili Al A’lam, 2/334).
Ali Madini mengatakan Daud ini:
hadithnya telah hilang.
Abu Zur’ah dan lainnya
mengatakan: dhaif (lemah).
Ad Daruquthni mengatakan: matruk
(hadithnya ditinggalkan).
Abu Hatim mengatakan: hadithnya
hilang dan tidak boleh dipercaya.
Ad Daruquthni mengatakan bahawa
Daud Al Mihbar dalam kitab Al ‘Aql telah
memalsukan riwayat Maisarah bin Abdi Rabbih, lalu dia mencuri sanadnya dari
Maisarah, dan membuat susunan sanad bukan dengan sanadnya Maisarah. Dia juga
pernah mencuri sanad dari Abdul Aziz bin
Abi Raja’, dan Sulaiman bin ‘Isa Al Sajazi. (Mizan Al I’tidal 2/20 no. 2646).
Abu Hatim juga mengatakan:
munkarul hadith. (Al Jarh wat Ta’dil 3/424 no. 1931)
Syeikh al-Albani dengan tegas
mengatakan sanad hadith ini adalah maudhu’ (palsu) lantaran perilaku Daud yang
suka memalsukan sanad ini. Beliau mengatakan Daud adalah orang yang dituduh
sebagai pendusta. Sedangkan untuk Al Abbas bin Razin As Sulami, Syeikh
al-Albani mengatakan: aku tidak mengenalnya.(Silsilah Hadith Dhaif no. 1059).
Walaupun hadith-hadith ini sangat
lemah dan tidak boleh dijadikan dalil, namun telah terjadi perbezaan pendapat
para ulama tentang mengusap wajah jika sekadar untuk membersihkan bekas-bekas
sujud, seperti pasir, debu, tanah, dan lainnya.
Di antara mereka ada yang
membolehkan, ada juga yang memakruhkan.
Ibnu Rajab mengatakan:
فأما مسح الوجه من أثر السجود بعد الصلاة ، فمفهوم ما روي عن ابن مسعودٍ
وابن عباسٍ يدل على أنه غير مكروهٍ
وروى الميموني ، عن أحمد ، أنه كان اذا فرغ من صلاته مسح
جبينه
Adapun mengusap wajah dari bekas
sujud setelah solat selesai, maka boleh difahami dari apa yang diriwayatkan
dari Ibnu Mas’ud dan Ibnu Abbas, yang menunjukkan bahawa hal itu tidak makruh.
Al Maimuni meriwayatkan dari Imam Ahmad, bahawa dia mengusap dahinya jika
selesai solat (Fathul Bari, pembahasan hadith no. 836)
Sebahagian ulama lain
memakruhkannya, bahkan mengusap wajah merupakan penyebab hilangnya doa
pengampunan dari malaikat.
Berikut penjelasan dari Imam Ibnu
Rajab:
وكرهه طائفة ؛ لما فيه من إزالة أثر العبادة ، كما كرهوا التنشيف من الوضوء
والسواك للصائم
وقال عبيد بن عميرٍ : لا تزال الملائكة تصلي على إلانسان ما دام أثر السجود
في وجهه .
خَّرجه البيهقي بإسنادٍ صحيحٍ .
وحكى القاضي أبو يعلي روايةً عن أحمد ، أنه كان في وجهه شيء من أثر السجود
فمسحه رجل ، فغضب ، وقال : قطعت استغفار الملائكة عني . وذكر إسنادها عنه ، وفيه
رجل غير مسمىً .
وبوب النسائي ((باب : ترك مسح الجبهة بعد التسليم )) ، ثم خرج حديث أبي
سعيد الخدري الذي خَّرجه البخاري هاهنا ، وفي آخره : قال ابو سعيدٍ : مطرنا ليلة
أحدى وعشرين ، فوكف المسجد في مصلى النبي – صلى الله عليه وسلم – ، فنظرت إليه وقد
انصرف من صلاة الصبح ، ووجهه مبتل طيناً وماءً .
Sekelompok ulama memakruhkannya,
dengan alasan hal itu merupakan penghilangan atas bekas-bekas ibadah,
sebagaimana mereka memakruhkan mengelap air wudhu (dibadan) dan bersiwak bagi
yang berpuasa. Berkata ‘Ubaid bin ‘Amir: “Malaikat sentiasa berselawat atas
manusia selama bekas sujudnya masih ada di wajahnya.” (Riwayat Al Baihaqi
dengan sanad sahih)
Al Qadhi Abu Ya’la menceritakan
sebuah riwayat dari Imam Ahmad, bahawa
ada bekas sujud di wajahnya lalu ada seorang laki-laki yang mengusapnya,
maka beliau pun marah, dan berkata: “Kau telah memutuskan istighfarnya malaikat
dariku.” Abu Ya’la menyebutkan sanadnya darinya, dan didalamnya terdapat
seseorang perawi yang tanpa nama.
Imam An Nasaie membuat bab:
Meninggalkan Mengusap Wajah Setelah Salam. Beliau mengeluarkan sebuah hadith
dari Abu Said Al Khudri, yang telah dikeluarkan pula oleh Imam Bukhari di sini,
dibagian akhirnya berbunyi: Berkata Abu Said: “Kami kehujanan pada malam ke 21
(bulan Ramadhan), lalu air di masjid mengalir ke tempat solat Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, maka kami memandang kepadanya, beliau telah
selesai dari solat subuh, dan wajahnya terlihat sisa tanah dan air.” (Fathul
Bari Ibn Rajab hadith no. 836)
No comments:
Post a Comment