Friday, 21 October 2022

Hadith dosa kepada ibu bapa yang dipercepatkan balasannya

 

Matan hadith

 

كُلُّ الذُّنُوبِ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مَا شَاءَ مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلاَّ عُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُعَجِّلُهُ لِصَاحِبِهِ فِي الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَمَاتِ

 

Terjemahan

 

“Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.”

 

 

Takhrij

 

HR. Abu Daud no. 4902, Tirmidzi no. 2511, Ibnu Majah no. 4211, Ahmad no. 20374, al-Bazzar no. 3693, al-Hakim no. 7263, daripada Abi Bakrah ra

 

Sanadnya disahihkan al-Hakim tetapi dibantah oleh az-Zahabi

 

Disahihkan as-Suyuthi dalam Jamius Saghier no. 6286.

 

Dhaif menurut as-Shan'ani dalam al-Tanwir Syarah Jamius Saghier 8/152

 

Didhaifkan syeikh al-Albani dalam Dhaif Targhib nom 1486

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...