Kisah tular
Suatu kali Iblis mendatangi Fir’aun
dan berkata, “Apakah kau mengenaliku?”
“Ya,” sahut Fir’aun.
“Kau telah mengalahkanku dalam
satu hal.”
“Apa itu?” Tanya Fir’aun
penasaran.
“Kelancanganmu mengaku sebagai
tuhan. Sungguh, aku lebih tua darimu, juga lebih berpengetahuan dan lebih kuat berbanding
dirimu. Tapi aku tidak berani melakukannya.”
“Kau benar. Tapi aku akan
bertaubat,” kata Fira’un.
“Jangan buru-buru begitu,” bujuk
Iblis la’natullah ‘alaih , “Penduduk Mesir sudah menerimamu sebagai tuhan. Jika
kau bertaubat, mereka akan meninggalkanmu, merangkul musuh-musuhmu, dan
menghancurkan kekuasaanmu, hingga kau tesungkur dalam kehinaan.”
“Kau benar,” jawab Fir’aun,
“Tapi, apakah kau tahu siapa penghuni muka bumi ini yang lebih buruk dari kita
berdua?”
Kata Iblis, “Ya. Orang yang tidak
mahu menerima permintaan maaf orang lain. Ia lebih buruk dariku dan darimu.”
Takhrij
Kisah dialog iblis firaun ini
memang ada dinukilkan oleh Syeikh Syihabuddin Ahmad ibn Salamah al-Mishri
al-Qalyubi dalam an-Nawadir hal. 48, DKI:
حكمي : أن إبليس دخل يوما على فرعون، فقال له : أتعرفني؟ قال : نعم، فقال :
إنك قد فتني بخصلة واحدة، قال: وما هي؟ قال: جراءتك على الله في دعوى الربوبية
فإني أكبر منك سناً وأكثر منك علماً وأعظم ملك قوة ولم أتجاسر على ذلك، فقال له :
صدقت ولكني أتوب عنها ، فقال له اللعين : مهلاً لا تفعل ذلك فإن أهل مصر قد قبلوك
بالربوبية فإذا رجعت عنها أدبروا عنك وأقبلوا على عدوك وسلبوك ملكك فتصير ذليلاً ،
قال : صدقت ولكن هل تعلم على وجه الأرض أخبث منا؟ قال: نعم، من اعتذر إليه فلم
يقبل فهو أشر مني ومنك، ثم خرج من عنده قلعنة الله عليهما معاً.
Ya ia cuma hikayat, tidak
disertakan sebarang sanad.
Maka ia telah gagal tapisan
pertama untuk menyemak akan kesahihan sesuatu khabar, iaitu keberadaan sanad.
Kerana sanad adalah agama:
Abdullah bin Mubarak rahimahullah
mengatakan:
الإسناد من الدين، ولولا الإسناد لقال من شاء ما شاء
“Sanad adalah sebahagian dari
agama. Jika tidak ada sanad, maka orang akan berkata semahunya.” (Muqaddimah
Sahih Muslim 1/12)
No comments:
Post a Comment