Yang mendekati dalil dan pembuktian lain, Nejd bukanlah di Najd Saudi, tetapi ia di Iraq
Ya itulah tuduhan-tuduhan para
pembenci dakwah tauhid dan Sunnah, mereka mengatakan segala fitnah dan erti
tanduk syaitan itu adalah Najd di timur Madinah kerana ingin mencocoki tempat
berlakunya kebangkitan semula dan pemurnian dakwah yang menyeru tauhid yang
dipelopori oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab.
Mereka berpandukan satu dua
hadith saja tanpa menggunakan disipin mengumpulkan semua hadith setema
sepertimana yang digunapakai para ulama hadith bila berinteraksi dengan hadith
Hadith yang dibawakan cukup
sedikit, antaranya:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وفِي يَمَنِنَا . قَالُوا : وَفِي
نَجْدِنَا ؟ قَالَ : اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وفِي يَمَنِنَا .
قَالُوا : وَفِي نَجْدِنَا ؟ قَالَ : هُنَاكَ الزَّلاَزِلُ وَالْفِتَنُ ، وَبِهَا
يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ
“Ya Allah, berkahilah kami pada
penduduk Syam kami dan pada penduduk Yaman kami.” Para sahabat bertanya,
“Bagaimana dengan Najd, wahai Rasulullah?” Nabi bersabda, “Ya Allah, berkahilah
kami pada penduduk Syam kami dan pada penduduk Yaman kami.” Para sahabat
bertanya, “Bagaimana dengan Najd, wahai Rasulullah?” Nabi bersabda, “Di sana
akan muncul banyak kegoncangan dan fitnah. Di sana pula akan muncul tanduk
syaitan.” [HR. Bukhari no. 2905, Muslim no. 1037]
Kenapa rujuk satu hadith ni saja?
kenapa tak rujuk semua hadith
setema?
dah bandingkan ke maksud Najd tu
dengan riwayat-riwayat semakna yang lain?
Hadith di atas perlu difahami
dengan pemahaman salaf. Kerana para salaf tentu lebih memahami apa yang
dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Dan kita hendaklah meneliti
tentang maksud/fiqh hadith tersebut mengikut ulama pensyarah hadith yang telah
jelaskan jauh dahulu lagi, sebelum munculnya kelompok Salafi Wahhabi, sehingga
ia lebih objektif dengan melihat pemahaman yang benar dari penjelasan imam
pensyarah hadith yang muktabar beserta kitabnya yang muktabar dan muktamad.
Cuba baca hadith Muslim yang ini,
kenapa hadith ini tidak dicantumkan sekali?, sebab ada sebut Iraq?
Imam Muslim dalam Sahihnya no.
2905, meriwayatkan dari Ibnu Fudhail dari ayahnya, dia berkata, saya mendengar
ayahku Salim bin Abdullah bin Umar berkata:
يا أهل العراق ! ما أسألكم عن الصغيرة وأركبكم للكبيرة ! سمعت أبي عبدالله
بن عمر يقول : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إن الفتنة تجيء من ههنا ،
وأومأ بيده نحو المشرق ، من حيث يطلع قرنا الشيطان
“wahai penduduk Iraq! Alangkah
seringnya kalian bertanya tentang masalah-masalah remeh dan alangkah beraninya
kalian menerjang dosa besar! Saya mendengar ayahku, Abdullah bin Umar
mengatakan: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:
sesungguhnya fitnah datangnya dari arah sini, beliau sambil mengarahkan
tangannya ke arah timur. Dari situlah muncul tanduk syaitan”
Perhatikan, Salim bin Abdullah
bin Umar rahimahullah memahami bahawa yang dimaksudkan dengan Nejed dan negeri
timur adalah Irak.
Ini juga sesuai dengan apa yang
terdapat dalam riwayat lain dari hadith di atas. Dari Abdullah bin Umar
radhiyallahu ‘anhuma, bahawa Nabi shallallahu ‘alahi wasallam bersabda,
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا , اللَّهُمَّ بَارِكْ فِي يَمَنِنَا
, فَقَالَهَا مِرَارًا , فَلَمَّا كَانَ فِي الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ ,
قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِي عِرَاقِنَا , قَالَ : إِنَّ بِهَا الزَّلازِلَ , وَالْفِتَنَ ,
وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ
“Ya Allah, berkatilah kami pada
penduduk Syam kami. Ya Allah, berkatilah kami pada penduduk Yaman kami.” Beliau
mengulanginya beberapa kali. Pada kali ketiga atau keempatnya, para sahabat
bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan Irak?” Beliau menjawab,
“Sesungguhnya di sana terdapat kegoncangan dan fitnah. Dan di sana pula muncul
tanduk syaitanan.” [HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 13422, dengan
sanad yang hasan]
yang ni pula dah cek?
Dalam riwayat Yakub Al Fasawi
dalam Al Ma’rifah (2/746-748), Al Mukhallis dalam Al Fawa’id Al Muntaqah
(7/2-3), Al Jurjani dalam Al Fawaid (2/164), Abu Nu’aim dalam Al Hilyah
(6/133), Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq (1/120 ) dari jalur Taubah Al Anbari
dari Salim bin Abdullah bin Umar dari ayahnya dengan lafaz:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي مَكَّتِنَا ، وَبَارِكْ لَنَا فِي
مَدِينَتِنَا ، وَبَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا ، وَبَارِكْ لَنَا فِي يَمَنِنَا ،
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي صَاعِنَا ، وَبَارِكْ لَنَا فِي مُدِّنَا ” .
فَقَالَ رَجُلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَفِي عِرَاقِنَا فَأَعْرَضَ عَنْهُ ،
فَرَدَّدَهَا ثَلاثًا ، كُلُّ ذَلِكَ يَقُولُ الرَّجُلُ وَفِي عِرَاقِنَا
فَيُعْرِضُ عَنْهُ . فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” بِهَا
الزَّلازِلُ وَالْفِتَنُ ، وَمِنْهُا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ
“Ya Allah berkahilah kami dalam
Makkah kami. Ya Allah berkahilah kami dalam Madinah kami. Ya Allah berkahilah
kami dalam Syam kami. Ya Allah berkahilah kami dalam sha’ dan berkahilah kami
dalam mudd kami”. Seorang berkata: “wahai Rasulullah, dalam Iraq kami?”. Lalu
nabi berpaling darinya dan mengulangi tiga kali. Orang tersebut tetap saja
mengatakan dalam: “dalam Iraq kami?”. Nabi pun berpaling darinya seraya
bersabda: “di sanalah kegoncangan dan fitnah dan disana pula muncul tanduk
setan”. (sanad hadith ini sahih, sesuai syarat Bukhari-Muslim)
Syarah ulama terhadap hadith
tersebut
Ibnu Hajar Al-‘Asqalani
rahimahullah menjelaskan,
كان أهل المشرق يومئذ أهل كفر ، فأخبر صلى الله عليه وسلم أن الفتنة تكون
من تلك الناحية ، فكان كما أخبر ، وأول الفتن كان من قبل المشرق ، فكان ذلك سببا
للفرقة بين المسلمين ، وذلك مما يحبه الشيطان ويفرح به ، وكذلك البدع نشأت من تلك
الجهة .
“Penduduk negeri timur ketika itu
adalah orang-orang kafir. Maka, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengabarkan
bahawa fitnah (kesesatan) datang dari arah tersebut. Dan memang realitinya
sebagaimana yang beliau khabarkan. Fitnah yang terjadi pertama kali datang dari
arah timur. Dan itulah yang menjadi sebab pertikaian di tengah kaum muslimin
dan dicintai oleh syaitan dan ia bergembira dengannya. Demikian juga kebidaahan
muncul dari arah tersebut.”(Fathul bari 13/61).
وقال الخطابي : ( نجد ) من جهة المشرق ، ومَن كان بالمدينة كان نَجدُهُ
باديةَ العراق ونواحيها ، وهي مشرق أهل المدينة ، وأصل النجد ما ارتفع من الأرض ،
وهو خلاف الغور فإنه ما انخفض منها ، وتهامة كلها من الغور ومكة من تهامة . انتهى
كلام الخطابي .
Al-Khathabi rahimahullah
mengatakan, “Najd adalah semua yang ada di arah timur. Dan Najdnya penduduk
Madinah adalah Irak dan yang searah dengannya. Kerana ia ada di arah timur
Madinah. Dan makna “Nejd” adalah semua dataran yang tinggi. Dan Nejd adalah
lawan kata ghaur (lembah) yang artinya sesuatu yang rendah. Sehingga Tihamah
semuanya adalah lembah dan Makkah termasuk dalam Tihamah.” Sampai sini
perkataan Al-Khathabi rahimahullah. (Fathul bari 13/47).
وعُرف بهذا وهاء ما قاله الداودي : أن ( نجدا ) من ناحية العراق ، فإنه
توهم أن نجدا موضع مخصوص ، وليس كذلك ، بل كل شيء ارتفع بالنسبة إلى ما يليه يسمى
المرتفع نجدا ، والمنخفض غورا
“Dari sini diketahui kekeliruan
pendapat dari Ad-Dawudi yang mengatakan bahawa Nejd adalah nama suatu daerah
tertentu. Ini tidak benar. Bahkan semua dataran yang tinggi disebut Nejd.
Sedangkan yang melandai disebut ghaur.” (Fathul bari 13/47).
Dan pendapat yang mengatakan Iraq
itu bukan dari al-Khattabi dan Ibnu Hajar saja, malah disebut oleh para
pensyarah-pensyarah Sahih Bukhari yang lain sepperti Ibnu Batthal dalam Syarah
Sahih Bukharinya 10/44, al-Aini dalam Umdatul Qari 24/200, al-Kirmani dalam
Syarah Sahih Bukhari beliau 24/168, dan al-Qasthalani dalam Irsyadul Sari
10/181.
ومن كان بالمدينة الطيبة صلى االله على ساكنها كان نجده بادية العراق
ونواحيها، وهي مشرق
أهلها
“Dan bagi Al-Madinah
Ath-Thayyibah semoga Allah melimpahkan barakah kepada penduduknya maka najd-nya
adalah sahara/gurun ‘Iraq dan sekelilingnya. Ia adalah arah timur bagi penduduk
Madinah (Syarah Sahih Bukhari al-Kirmani 24/168)
Al-Khattabi adalah bukanlah
calang-calang ulama hadith, dia adalah pengarang pertama syarah Sahih Bukhari
(Siyar A’lam a-Nubala 17/23-28).
Itu belum lagi pensyarah hadith
yang sama seperti Sofiurrahman al-Mubarakfuri dalam Minhah al-Mun’im fi Syarah
Sahih Muslim 4/357, yang menerangkan fitnah besar dan kemunculan ideologi sesat
seperti Syiah Ghulats, Murjiah, Muktazilah, Qadariyah, Jabbariyah, Bahaiyyah
yang kesemuanya menunjukkan terjadi di Kufah Iraq.
Juga Abdus Sanad Hasan Yamamah
dalam Masu’ah Syuruh al-Muwattha’ hal. 229 yang menyatakan fitnah dan kekufuran
pada ketika itu adalah di Iraq.
Hisym Bin Ahmad Al-Wuqqasyi
Al-Andalusi dalam kitab At-Ta’liq ‘Ala
Al-Muwattha’ hal. 377, menjelaskan mengenai hadith di atas bahawa:
هَا إِنَّ الْفِتـْنَةَ هَاهُنَا
bermakna sesungguhnya telah banyak muncul
praktis bidaah dari arah Masyriq seperti
datangnya berita tentang seorang laki-laki yang mengaku sebagai Nabi yang
menyerukan untuk menyembah matahari, juga menyeru kepada penyembahan terhadap
bintang sebagaimana terjadi di daerah Babilonia (kini Iraq).
Pendapat menyatakan Iraq adalah
maksud Najd ini juga disebutkan oleh al-Baghawi dalam Syarahus Sunnah hal.
206-207.
Najd dari sudut Bahasa
Sumber rujukan bahasa yang utama
seperti Lisan Al-’Arab [Lisan Al-’Arab 3/413-419], Mu’jam Maqayis Al-Lughah [Mu’jam
Maqayis Al-Lughah 5/392] dan Al-Qamus Al-Muhit [Al-Qamus Al-Muhit hal. 410]
telah mengesahkan bahawa makna asal perkataan najd ialah kawasan tanah tinggi,
sama seperti yang telah dinyatakan oleh Al-Khattabi dan Al-Hafiz Ibn Hajar.
Justeru gelaran Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada negeri Iraq dengan
nama najd mesti dilihat sebagai penjelasan bagi bentuk muka bumi negeri
berkenaan yang berada di kawasan tanah tinggi dan bukannya panggilan bagi suatu
tempat yang khusus.
Bukti sejarah
Sejak zaman sahabat, berbagai keburukan
dan petaka muncul dari Iraq. Pembunuhan Khalifah Utsman bin Affan radhiyallahu
anhu melalui demonstrasi besar dilakukan oleh orang-orang Iraq dan penduduk
Mesir yang mendukung mereka.
Dari Iraq pula, muncul sekte
Khawarij, Rafidhah, Bathiniyah, Qadariyah, Jahmiyah, dan Mu’tazilah.
عَنْ يُسَيْرِ بْنِ عَمْرٍو، قَالَ: دَخَلْتُ عَلَى سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ،
فَقُلْتُ: حَدِّثْنِي مَا سَمِعْتَ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ، قَالَ فِي الْحَرُورِيَّةِ. قَالَ: أُحَدِّثُكَ مَا سَمِعْتُ، لَا
أَزِيدُكَ عَلَيْهِ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَذْكُرُ قَوْمًا يَخْرُجُونَ مِنْ هَاهُنَا-وَأَشَارَ بِيَدِهِ نَحْوَ
الْعِرَاقِ-يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ، لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ، يَمْرُقُونَ
مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ. قُلْتُ: هَلْ ذَكَرَ
لَهُمْ عَلَامَةً؟ قَالَ: هَذَا مَا سَمِعْتُ لَا أَزِيدُكَ عَلَيْهِ
Dari Yusair bin ‘Amr berkata,
“Aku menemui Sahl bin Hunaif, lalu aku berkata, ‘Sampaikanlah kepadaku hadith
yang engkau dengar dari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam tentang Haruriyah
(yakni Khawarij).’ Sahl berkata, ‘Aku akan menyampaikan kepadamu hadith yang
aku dengar dan aku tidak akan menambah-nambahi. Aku mendengar Rasulullah
shallallahu alaihi wa sallam menyebut suatu kaum yang keluar dari arah sini (Nabi
mengisyaratkan tangannya ke arah Iraq) mereka membaca al-Qur’an tetapi tidak
melewati tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana keluarnya
anak panah tembus keluar dari badan haiwan buruannya.’ Aku (iaitu Yusair bin
‘Amr) berkata, “Apakah Nabi menyebutkan suatu tanda tentang mereka?” Sahl
berkata, ‘Ini yang aku dengar, aku tidak menambah-nambahinya’.” (HR. Nukhari
no. 6934, HR. Ahmad no. 15977, sanadnya sahih)
Ibnu Taimiyyah mengatakan di
dalam Fatawaanya:
وَمَعْلُومٌ أَنَّهُ كَانَ بِالْكُوفَةِ مِنْ الْفِتـْنَةِ وَالتـَّفَرُّقِ
مَا دَلَّ عَلَيْهِ النَّصُّ وَالإِْجْمَاعُ لِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ( الْفِتـْنَةُ مِنْ هَاهُنَا ؛ الْفِتـْنَةُ مِنْ
هَاهُنَا ؛ الْفِتـْنَةُ مِنْ هَاهُنَا ؛ مِنْ حَيْثُ يَطْلُعُ قـَرْنُ
الشَّيْطَانِ )
Diketahui bahawa di Kufah (Iraq)
terjadi fitnah dan perpecahan yang telah ditunjukkan oleh Nas dan Ijmak kerana
ada Sabda Nabi ShallAllâhu ‘Alaihi Wasallam: fitnah dari arah sini, fitnah dari
arah sini, fitnah dari arah sini, iaitu dari tempat munculnya tanduk syaitan
(Majmu Fatawa 20/316).
Dalam kitab al-Istidzkar 27/248,
karya Ibn ‘Abdil Bar didalamnya dijelaskan bahawa hadith ini merupakan pengetahuan
Nabi tentang berita ghaib mengenai masa depan. Sebagai tambahan Ibn ‘Abdil Bar
menyebutkan contoh fitnah-fitnah tersebut seperti Perang Shiffin, Perang Jamal,
dan tragedi pembunuhan Husein yang mana semuanya terjadi di Iraq. Ibnu Abdil
Barr adalah ulama hadith dan juga pakar sejarah. Amat mustahil beliau tidak
mahir dalam memadukan makna hadith Nejd dengan peristiwa-peristiwa fitnah yang
berlaku di Iraq.
Syaikh Abdur Rahman bin Hasan
berkata dalam Majmu’atur Rasa’il wal Masa’il 4/264-265, ”Telah terjadi di Iraq
beberapa fitnah dan tragedi mengerikan yang tidak pernah terjadi di Najd Hijaz.
Hal itu diketahui oleh seorang yang menelaah sejarah, seperti keluarnya
Khawarij, pembunuhan al-Husain, fitnah Ibnu Asy’ats, fitnah Mukhtar yang
mengaku sebagi nabi … dan apa yang terjadi pada masa pemerintahan Hajjaj berupa
pertumpahan darah, sangat panjang kalau mahu dihuraikan.”
Syaikh Mahmud Syukri al-Alusi
al-Iraqi berkata dalam Ghayatul Amani 2/180, ”Tidak aneh, Iraq memang pusat
fitnah dan musibah. Penduduk Islam di sana selalu dihentam fitnah satu demi
satu. Tidak samar lagi bagi kita, fitnah ahli Harura’ (kelompok Khawarij) yang
mencemarkan Islam. Fitnah Jahmiyah yang banyak dikafirkan oleh majoriti ulama
salaf juga muncul dan berkembang di Iraq. Fitnah Mu’tazilah dan ucapan mereka
terhadap Hasan al-Basri serta lima pokok ajaran mereka yang berseberangan
dengan paham Ahli Sunnah begitu masyhur. Fitnah ahli bidaah kaum sufi yang
menggugurkan beban perintah dan larangan yang berkembang di Basrah. Dan fitnah
kaum Rafidhah dan Syiah serta perbuatan ghuluw (berlebihan) mereka terhadap
ahli bait, ucapan kotor terhadap Ali bin Abu Thalib-radhiyallahu a’nhu- serta
celaan terhadap pembesar para sahabat, merupakan hal yang sangat masyhur juga”.
Syeikh al-Albani menjelaskan
ketika mentakhrij hadith ini lalu berkata, ”Jalur-jalur hadith ini menguatkan
bahawa arah yang diisyaratkan oleh Nabi adalah arah timur, yang tepatnya adalah
Iraq, sebagaimana anda lihat secara jelas dalam sebagian riwayat. Hadith ini
merupakan tanda diantara tanda-tanda kenabian, sebab awal fitnah adalah dari
arah timur, yang merupakan penyebab perpecahan di tengah kaum muslimin,
demikian pula bidaah-bidaah muncul dari arah yang sama, seperti bidaah Syiah,
Khawarij, dan sebagainya. Imam Bukhari 7/77 dan Ahmad 2/85, 153 meriwayatkan
dari Ibnu Abi Nu’min, bahawasanya dia menyaksikan Ibnu Umar -radhiyallahu
a’nhu- ketika ditanya oleh seorang dari Iraq tentang hukum membunuh lalat bagi
muhrim (orang yang sedang ihram). Maka berkata Ibnu Umar, “Wahai penduduk Iraq!
Kalian bertanya kepadaku tentang orang muhrim membunuh lalat, padahal kalian
telah membunuh anak puteri Rasulullah, sedangkan beliau (Nabi) sendiri
bersabda: Keduanya (al-Hasan dan al-Husain) adalah kesayanganku di dunia.’”
(Silsilah Hadith Sahih 5/655-656).
Sokongan kajian ilmiah
Dalam sebuah kajian yang
terperinci membandingkan pendapat dua kelompok yang memaknai Nejd apakah dari
Hijaz atau Iraq, penyelik telah menyimpulkan hasil kajiannya bahaya maksud Nejd
itu lebih menepati Iraq berdasarkan nas hadith, pendapat ulama hadith, dan
sarjana Bahasa Arab (Ikhsanul Hadi Al Harzi, 2013).
Oleh itu suka untuk diperingatkan
semula, fahami hadith dengan disiplinnya. Bila baca hadith kalau tak faham, rujuklah kitab syarahnya pula, bukan kitab yang
bukan-bukan, yang menceritakan perihal fitnah celaan kepada individu atau kitab
tarikh.
Alangkah indahnya ucapan Sufyan
bin ‘Uyainah:
يَا أَصْحَابَ الْحَدِيْثِ تـَعَلَّمُوْا مَعَانِيَ الْحَدِيْثِ فَإِنِّيْ
تـَعَلَّمْتُ مَعَانِيَ الْحَدِيْثِ ثَلاَثِيْنَ سَنَةً
Wahai penuntut ilmu hadith!
Pelajarilah makna hadith, sesungguhnya saya mempelajari makna hadith selama
tiga puluh tahun (Durus Syeikh Shalih al-Munajjid 22/202.
Rujukan
https://abuzahrahanifa.wordpress.com/2015/01/21/muhammad-bin-abdul-wahhab-fitnah-nejed/
https://muslim.or.id/22859-syaikh-muhammad-bin-abdul-wahab-dan-fitnah-nejed.html
Ikhsanul Hadi Al Harzi (2013) Kajian Fiqhul Hadîts Tentang “Fitnah Tanduk Setan Dari Negeri Masyriq (Nejed)”. Skripsi thesis, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau
No comments:
Post a Comment