Tuesday, 22 November 2022

Hadith doa semasa azan

 

Dari sahabat Sahl bin Sa’d radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam pernah bersabda,

 

ثِنْتَانِ مَا تُرَدَّانِ الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِوَ تَحْتَ المَطَرِ

 

Dua doa yang tidak akan ditolak:  doa ketika azan dan doa ketika ketika turunnya hujan  

 

Takhrij

 

HR. Ibnu Abi ‘Ashim dalam al-Jihad no. 19, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 5756; Al-Hakim no. 2534 dan ad-Darimi  no. 1200.

 

Sanad hadith ini sahih atau hasan menurut al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 1/154

 

Ibn Abdul Wahhab menilai sanad hadith ini sahih dalam al-Hadith Ibn Abdul Wahhan 1/237.

 

Syaikh Al Albani menilai hadith ini sahih dalam Sahih Jami’ no. 3078.

 

Hadith lain:

 

Rasulullah bersabda:

 

ثنتان لا تردان أو قلما تردان الدعاء عند النداء وعند البأس حين يلحم بعضهم بعضا

 

Doa tidak tertolak pada dua waktu, atau minimal kecil kemungkinan tertolaknya, iaitu ketika azan berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang [HR. Abu Daud no. 2540, Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Nataijul Afkar 1/369, berkata: Hasan Sahih]

 

Selain dianjurkan untuk menjawab azan dengan lafaz yang sama, saat azan dikumandangkan pun termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa. Doanya bebas.

 

 


Hadith sifat wajah para penghuni syurga yang muda belia

 

 

Diriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal RA yang mana Nabi SAW bersabda:

 

يدخل أهل الجنة الجنة جرداً مرداً مكحلين أبناء ثلاثين أو ثلاث وثلاثين سنة

 

Ahli syurga akan masuk ke dalam syurga dalam keadaan Jurdan (yang tidak berbulu di badan), Murdan (yang tidak janggut), hitam kelopak matanya (seperti bercelak), muda remaja berusia 30 atau 33 tahun (HR. Tirmidzi no. 2545, hasan al-Albani).

 

Kata Jurdan [جُرْدًا] merupakan bentuk jamak dari ajrad [أَجْرَد] yang ertinya orang yang fizikalnya tidak berbulu. (al-Qamus hal. 347)

 

Sementara Murdan [مُرْدًا] dari kata amrad [أَمْرَد], yang ertinya pemuda yang baru tumbuh kumisnya dan belum tumbuh janggutnya. (al-Qamus hal. 407;  As-Sindi, Tahqiq Musnad Ahmad 13/316)

 

Ibnul Qayyim menjelaskan rahasia usia 33 tahun,

 

إن فيه من الحكمة ما لا يخفى فإنه أبلغ وأكمل في استيفاء اللذات، لأنه أكمل سن القوة عظم الآت اللذة وباجتماع الأمرين يكون كمال اللذة وقوتها

 

Hikmah diberi usia 33 tahun sangat jelas, kerana di usia itu merupakan puncak dan keadaan paling sempurna dalam merasakan kenikmatan. Kerana di usia itu adalah usia kekuatan yang paling sempurna, segala organ kenikmatan berkembang. Dengan gabungan dua ini, diperoleh kesempurnaan kenikmatan dan kuat dalam menikmatinya. (Hadi al-Arwah hal. 104).

 

 

Hadith keistimewaan diberikan Allah swt kepada Nabi saw

 

Matan hadith

 

عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال: فضلت على الأنبياء بست أعطيت جوامع الكلم ونصرت بالرعب وأحلت لي الغنائم وجعلت لي الأرض طهورا ومسجدا وأرسلت إلى الخلق كافة وختم بي النبيون .

 

Terjemahan

 

Dari Abu hurairah ra meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda: “Aku diberikan keutamaan oleh Allah swt di atas para Nabi lainnya dengan enam hal: Aku dibekali jami’    al- kalim (kemampuan untuk berbicara singkat namun mengandung makna yang padat/luas). Aku ditolong oleh Allah swt dengan rasa takut, cemas dan gelisah di hati musuh- musuhku. Ganimah (harta rampasan perang) dijadikan halal untukku. Bumi dijadikan masjid bagiku, dan tanahnya suci untuk bersuci. Aku diutus kepada semua makhluk (jin dan manusia) pada umumnya. Dan aku dijadikan sebagai penutup/ pengakhir para Nabi.

 

Takhrij

 

HR. Bukhari no. 2977, Muslim no. 523, Tirmidzi no. 1553, Ahmad no. 9337, Ibnu Majah no. 568, Ibnu Hibban no. 6401

 

Hadith lain,

 

أخبرنا جابر بن عبد الله: أن النبي صلى الله عليه و سلم قال (أعطيت خمسا لم يعطهن أحد قبلي نصرت بالرعب مسيرة شهر وجعلت لي الأرض مسجدا وطهورا فأيما رجل من أمتي أدركته الصلاة فليصل وأحلت لي المغانم ولم تحل لأحد قبلي وأعطيت الشفاعة وكان النبي يبعث إلى قومه خاصة وبعثت إلى الناس عامة(

 

Jabir bin Abdullah telah menceritakan bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda : “Saya dikurniai (oleh Allah) lima hal,yang belum pernah dikurniakan kepada selain saya. Saya ditolong (dalam peperangan,sehingga ) perasaaan musuh (dalam peperangan) menjadi gentar (menghadapi saya) dalam masa peperangan yang memakan waktu sekitar sebulan; bumi dijadikan sebagai tempat solat dan suci bagi saya dan kerananya, siapa saja dari ummatku yang mendapatkan waktu solat,maka hendaklah dia solat (di bumi mana saja dia berada); dihalalkan bagi saya harta rampasan perang, sedang sebelum saya harta tersebut diharamkan; saya dikaruniai kemampuan memberi syafa`ah; dan Nabi (sebelum saya) dibangkit untuk kaum (bangsa) tertentu, sedangkan saya dibangkit untuk manusia secara umum (seluruhnya).(HR. Bukhari no. 335).

 

 

 

 

Hadith alim ulama dan rahib dijadikan sembahan selain Allah swt

 

 

Matan hadith

 

عن عدي بن حاتم، قال: أتيت النبي صلى الله عليه وسلم وفي عنقي صليب من ذهب.

فقال: «يا عدي اطرح عنك هذا الوثن»، وسمعته يقرأ في سورة براءة: {اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله} [التوبة: ٣١]، قال: «أما إنهم لم يكونوا يعبدونهم، ولكنهم كانوا إذا أحلوا لهم شيئا استحلوه، وإذا حرموا عليهم شيئا حرموه

 

Terjemahan

 

‘Adiy bin Hatim berkata: Aku mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa salam dan di leherku ada salib emas. Baginda bersabda: “Wahai ‘Adiy, buanglah patung ini darimu.” Lalu aku mendengar baginda membaca (sebuah ayat) dalam surat al-Bara’ah (nama lain bagi surah al-Taubah): “Mereka menjadikan orang-orang alim mereka dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah.”

Baginda bersabda: “Ingatlah, sesungguhnya mereka tidak menyembah orang-orang alim dan rahib-rahib tersebut. Akan tetapi mereka, apabila orang-orang alim dan rahib-rahib tersebut menghalalkan sesuatu mereka turut menghalalkannya dan apabila orang-orang alim dan rahib-rahib tersebut mengharamkan sesuatu mereka turut mengharamkannya.”

 

Takhrij

 

HR. Tirmidzi no. 3095.

 

Hadiht gharib menurut Imam Tirmidzi.

 

Hadith hasan menurut Ibnu Taimiyah dalam Haqiqahul Islam wal Iman no. 111

 

Hadith hasan menurut Syeikh al-Albani.

Hadith 70000 umat Nabi saw masuk syurga tanpa hisab

 

 

عَنْ حُصَيْن بْنِ عَبْدِ الرَّ حْـمَنٍ قَالَ كُنْتُ عِنْدَ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ فَقَالَ أَيُّكُمْ رَأَى الْكَوْكَبَ الَّذِي انْقَضَّ الْبَارِحَةَ قُلْتُ أَنَا ثُـمَّ قُلتُ أَمَا إِنِّـي لَـمْ أَكُنْ فِـي صَلاَةٍ وَلَكِنِّـي لُدِغْتُ قَالَ فَمَاذَا صَنَعْتَ قُلْتُ اسْـتَرْقَيْـتُ قَالَ فَمَا حَمَلَكَ عَلَى ذَلِكَ قُلْتُ حَدِيثٌ حَدَّثَنَاهُ الشَّعْبِـيُّ فَقَالَ وَمَا حَدَّثَكُمُ الشَّعْبِـيُّ قُلْتُ حَدَّثَنَا عَنْ بُرَيْدَةَ بْنِ حُصَيْبٍ اْلأَسْلَمِـيِّ أَنَّهُ قَالَ لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْـنٍ أَوْ حُـمَةٍ فَقَالَ قَدْ أَحْسَـنَ مَنِ انْتَهَى إِلَـى مَا سَـمِـعَ وَلَكِنْ حَدَّثَنَا ابْنُ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِـيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ قَالَ عُرِضَتْ عَلَـيَّ اْلأُمَـمُ فَرَأَيْتُ النَّبِـيَّ وَ مَعَهُ الرَّهَيْطُ وَ النَّبِـيَّ وَ مَعَهُ الرَّجُلُ وَ الرَّجُلاَنِ وَ النَّبِـيَّ لَيْسَ مَعَهُ أَحَدٌ إِذْ رُفِعَ لِـي سَوَادٌ عَظِيمٌ فَظَنَنْتُ أَنَّهُمْ أُمَّتِـي فَقِيلَ لِـي هَذَا مُوسَـى عَلَيْهِ السَّلاَمَ وَ قَوْمُهُ وَ لَكِنِ انْظُرْ إِلَـى اْلأُفُقِ فَنَظَرْتُ فَإِذَا سَوَادٌ عَظِيمٌ فَقِيلَ لِـي انْظُرْ إِلَـى اْلأُفُقِ اْلآخَرِ فإِذَا سَـوَادٌ عَظِيمٌ فَقِيلَ لِـي هَذِهِ أُمَّتُكَ وَ مَعَهُمْ سَبْعُونَ أَلْفًا يَدْخُلُونَ الْـجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ وَلاَ عَذَابٍ ثُـمَّ نَهَضَ فَدَخَلَ مَنْزِلَهُ فَخَاضَ النَّاسُ فِـي أُولَئِكَ الَّذِينَ يَدْخُلُونَ الْـجَنَّةَ بِغَيْرِ حِسَابٍ وَلاَ عَذَابٍ فَقَالَ بَعْضُهُمْ فَلَعَلَّهُمُ الَّذِينَ صَحِبُوا رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ فَلَعَلَّهُمُ الَّذِينَ وُلِدُوا فِـي اْلإِسْلاَمِ وَ لَـمْ يُشْرِكُوا بِاللهِ وَ ذَكَرُوا أَشْيَاءَ فَـخَرَخَ عَلَيْهِمْ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ فَقَالَ مَا الَّذِي تَـخُوضُونَ فِـيهِ فَأَخْبَرُوهُ فَقَالَ هُمُ الَّذِينَ لاَ يَرْقُونَ وَلاَ يَسْتَرْقُونَ وَ لاَ يَتَطَيَّرُونَ وَ عَلَى رَبِّـهِمْ يَتَوَكَّلُونَ فَقَامَ عُكَّاشَةُ بْنُ مِـحْصَنٍ فَقَالَ ادْعُ اللهَ أَنْ يَـجْعَلَنِي مِنْهُمْ فَقَالَ أَنْتَ مِنْهُمْ ثُـمَّ قَامَ رَجُلٌ آجَرُ فَقَالَ ادْعُ اللهَ أَنْ يَـجْعَلَنِي مِنْهُمْ فَقَالَ سَبَقَكَ بِـهَا عُكَّاشَةُ

 

Dari Hushain bin Abdurrahman berkata: “Ketika saya berada di dekat Sa’id bin Jubair, dia berkata: “Siapakah diantara kalian yang melihat bintang jatuh semalam?” Saya menjawab: “Saya.” Kemudian saya berkata: “Adapun saya ketika itu tidak dalam keadaan solat, tetapi terkena sengatan kalajengking.” Lalu ia bertanya: “Lalu apa yang anda kerjakan?” Saya menjawab: “Saya minta diruqyah” Ia bertanya lagi: “Apa yang mendorong anda melakukan hal tersebut?”Jawabku: “Sebuah hadith yang dituturkan Asy-Sya’bi kepada kami.” Ia bertanya lagi: “Apakah hadith yang dituturkan oleh Asy-Sya’bi kepada anda?” Saya katakan: “Dia menuturkan hadith dari Buraidah bin Hushaib: ‘Tidak ada ruqyah kecuali kerana ‘ain  atau terkena sengatan.’” “Sa’id pun berkata: “Alangkah baiknya orang yang beramal sesuai dengan nas yang telah didengarnya, akan tetapi Ibnu Abbas radhiyallâhu’anhu menuturkan kepada kami hadith dari Nabi Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam, Beliau bersabda: ‘Saya telah diperlihatkan beberapa umat oleh Allah, lalu saya melihat seorang Nabi bersama beberapa orang, seorang Nabi bersama seorang dan dua orang dan seorang Nabi sendiri, tidak seorangpun menyertainya. Tiba-tiba ditampakkan kepada saya sekelompok orang yang sangat banyak. Lalu saya mengira mereka itu umatku, tetapi disampaikan kepada saya: “Itu adalah Musa dan kaumnya”. Lalu tiba-tiba saya melihat lagi sejumlah besar orang, dan disampaikan kepada saya: “Ini adalah umatmu, bersama mereka ada tujuh puluh ribu orang, mereka akan masuk syurga tanpa hisab dan azab.” ’Kemudian Beliau bangkit dan masuk rumah. Orang-orang pun saling berbicara satu dengan yang lainnya, ‘Siapakah gerangan mereka itu?’ Ada diantara mereka yang mengatakan: ‘Mungkin saja mereka itu sahabat Rasulullhh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam.’ Ada lagi yang mengatakan: ‘Mungkin saja mereka orang-orang yang dilahirkan dalam lingkungan Islam dan tidak pernah berbuat syirik terhadap Allah.’ dan menyebutkan yang lainnya. Ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam keluar, mereka memberitahukan hal tersebut kepada beliau. Beliau bersabda: ‘Mereka itu adalah orang yang tidak pernah minta diruqyah, tidak meminta di kay dan tidak pernah melakukan tathayyur  serta mereka bertawakkal kepada Rabb mereka.’ Lalu Ukasyah bin Mihshan berdiri dan berkata: “Mohonkanlah kepada Allah, mudah-mudahan saya termasuk golongan mereka!’ Beliau menjawab: ‘Engkau termasuk mereka’, Kemudian berdirilah seorang yang lain dan berkata:’Mohonlah kepada Allah, mudah-mudahan saya termasuk golongan mereka!’ Beliau menjawab:’Kamu sudah didahului Ukasyah.’

 

Takhrij

 

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahihnya no. 5752 dan Muslim no. 220.

 

Keterangan hadith

 

1.       Beramal dengan dalil. Hushain bin Abdurrahman terkena sengatan kalajengking, lalu meminta ruqyah dalam pengubatannya. Beliau lakukan hal itu bukan tanpa dalil. Beliau berdalil dengan hadith dari Buraidah bin al-Husaib:

 

 لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْـنٍ أَوْ حُـمَةٍ

 

“Tidak ada ruqyah kecuali karena ain atau sengatan kalajengking” (HR. Abu Daud no. 3883, sahih).

 

2.       Jumlah Pengikut Nabi. Sa’id mendengar hadith dari Ibnu Abbas radhiyallâhu’anhu, berisi keterangan diperlihatkan kepada Nabi beberapa umat. Beliau melihat seorang nabi beserta pengikutnya yang jumlahnya tidak lebih dari sepuluh. Seorang nabi beserta satu atau dua orang pengikutnya, dan seorang nabi yang tidak memiliki pengikut. Kemudian diperlihatkan kepada beliau sekelompok manusia yang banyak dan ternyata adalah umat Nabi Musa ‘alaihissalam. Kemudian baru diperlihatkan umat Beliau sebanyak 70 ribu orang yang masuk syurga tanpa hisab dan azab. Hal ini menunjukkan kebenaran itu tidak dilihat dari banyaknya pengikut.

 

3.       Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab Dan Azab. Mereka adalah umat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa sallam yang merealisasikan tauhid. Sebagaimana dalam riwayat:

 

وَيَدْخُلُ الْجَنَّةَ مِنْ هَؤُلاَءِ مِنْ أُمَّتِكَ سَبْعُوْنَ أَلْفًا

 

“Dan akan masuk surga diantara mereka 70 ribu orang.” (HR. Ahmad no. 3987, sahih)

 

Demikian juga dalam hadith Abu Hurairah dalam sahihain:

 

 أَنَّهُمْ تُضِيْءُ وُجُوْهُهُمْ إِضَاءَةَ لَيْلَةِ الْبَدْرِ

 

“Wajah-wajah mereka bersinar seperti sinar bulan pada malam purnama”(HR. Bukhari no. 6542 dan Muslim no. 216).

 

Dalam hal yang sama Imam Ahmad rahimahullah dan Baihaqi rahimahullah meriwayatkan hadith Abu Hurairah radhiyallahu’anhu dengan lafaz:

 

 فَاسْتَزَدْتُ رَبِّي فَزَادَنِي مَعَ كُلِّ أَلْفٍ سَبْعِيْنَ أَلْفًا

 

“Maka saya minta tambah (kepada Rabbku), kemudian Allah memberi saya tambahan setiap seribu orang itu membawa 70 ribu orang lagi”(HR. Ahmad no. 8707, al-Baihaqi dalam Ba’ats wal Nusyur no. 614, hasan)

 

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata ketika mengomentari sanad hadith ini: Sanadnya jayyid (Fathul Bari 11/418).

 

Mereka itu adalah orang-orang yang:

 

a.       Tidak minta diruqyah.

Demikianlah yang ada dalam sahihain. Juga pada hadith Ibnu Mas’ud radhiyallahu’anhu dalam Musnad Imam Ahmad rahimahullah. Sedangkan dalam riwayat Imam Muslim (وَلاَ يَرْقُوْنَ ) ertinya yang tidak meruqyah.

 

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata “Ini merupakan lafaz tambahan dari prasangka rawi dan Nabi Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam tidak bersabda      (وَلاَ يَرْقُوْنَ )   kerana Nabi Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam pernah ditanya tentang ruqyah, lalu beliau menjawab:  “Barangsiapa diantara kalian mampu memberi manfaat kepada saudaranya, maka berilah padanya manfaat” dan bersabda: “Boleh menggunakan ruqyah selama tidak terjadi kesyirikan padanya.” Ditambah lagi dengan amalan Jibril ‘alaihissalam yang meruqyah Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Nabi Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam meruqyah shahabat-sahabatnya. Beliaupun menjelaskan perbezaan antara orang yang meruqyah dengan orang yang meminta diruqyah: “Mustarqi (orang yang meminta diruqyah) adalah orang yang minta diubati, dan hatinya sedikit berpaling kepada selain Allah. Hal ini akan mengurangi nilai tawakkalnya kepada Allah.

 

Sedangkan arraqi (orang yang meruqyah) adalah orang yang berbuat baik.” Beliau berkata pula: “Dan yang dimaksud sifat golongan yang termasuk 70 ribu itu adalah tidak meruqyah kerana kesempurnaan tawakkal mereka kepada Allah dan tidak meminta kepada selain mereka untuk meruqyahnya serta tidak pula minta di kay.”

 

Demikian pula hal ini disampaikan Ibnul Qayyim.

 

b.       Tidak Minta di kay (وَلاَ يَكْتَوُوْنَ)

Mereka tidak minta kepada orang lain untuk mengkay sebagaimana mereka tidak minta diruqyah. Mereka menerima qadha’ dan menikmati musibah yang menimpa mereka. Syaikh Abdurrahman bin Hasan Ali Syaikh berkata: “Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam (لاَ يَكْتَوُوْنَ) lebih umum dari pada sekadar minta di kay atau melakukannya dengan kemahuan mereka. Sedangkan hukum kay sendiri dalam Islam tidak dilarang, sebagaimana dalam hadith yang shahih dari Jabir bin Abdullah:

 

 أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم بَعَثَ إِلَى أُبَيِّ ابْنِ كَعْبٍ طَبِيْبًا فَقَطَّعَ لَهُ عرقًا وَكَوَّاهُ بِالنَّارِ

 

Bahawa Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam mengutus seorang tabib kepada Ubay bin Ka’ab, lalu dia memotong uratnya dan mengkaynya. Demikan juga di jelaskan dalam sahih Bukhari dari Anas radhiyallâhu’anhu : Anas berkata, “Bahawasanya aku mengkay bisul yang ke arah dalam sedangkan Nabi Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam masih hidup.” Dan dalam riwayat dari Tirmidzi dan yang lainnya dari Anas: Sesungguhnya Nabi mengkay As’ad bin Zurarah kerana sengatan kalajengking juga dalam sahih Bukhari dari Ibnu Abbas secara marfu’:

 

 اَلشِّفَاءُ فِى الثَّلاَثَةِ : شُرْبَةُ عَسَلٍ وَشرْطَةُ مِحْجَمٍ وَكَيَّةٍ بِالنَّارِ وَأَنَا أَنْهَى أُمَّتِي عَنِ الْكَيِّ

 

“Pengubatan itu dengan tiga cara iaitu dengan berbekam, minum madu dan kay dengan api dan saya melarang umatku dari kay. (Dalam riwayat yang lain: “Dan saya tidak menyukai kay”).

 

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Hadith-hadith tentang kay itu mengandung empat hal aitu: . Perbuatan Rasulullah Shallallâhu ‘Alaihi wa sallam. Hal itu menunjukkan bolehnya melakukan kay. Rasulullah tidak menyukainya. Hal itu tidak menunjukkan larangan. Pujian bagi orang yang meninggalkan. Menunjukkan meninggalkan kay itu lebih utama dan lebih baik. Larangan melakukan kay. Hal itu menunjukkan jalan pilihan dan makruhnya kay.

 

c.       Tidak Melakukan Tathayyur

Mereka tidak merasa pesimis, tidak merasa bernasib sial atau buruk  kerana melihat burung atau binatang yang lainnya. Mereka Bertawakal Kepada Allah Disebutkan dalam hadith ini, perbuatan dan kebiasaan itu bercabang dari rasa tawakkal dan berlindung serta bersandar hanya kepada Allâh. Hal tersebut merupakan puncak realisasi tauhid yang membuahkan kedudukan yang mulia berupa mahabbah (rasa cinta), raja’ (pengharapan), khauf (takut) dan redha kepada Allâh sebagai Rabb dan Ilah serta redha dengan qadha’Nya. Ketahuilah makna hadith di atas tidak menunjukkan bahawa mereka tidak mencari sebab sama sekali. Karena mencari sebab (supaya sakitnya sembuh) termasuk fitrah dan sesuatu yang tidak terpisah darinya. Allah Ta’ala berfirman:

 

 وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

 

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allâh, maka Allah akan cukupi segala keperluannya.” [Ath-Thalaq: 3]

 

Mereka meninggalkan perkara-perkara (ikhtiyar) makruh walaupun mereka sangat perlu dengan cara bertawakkal kepada Allâh. Seperti kay dan ruqyah, mereka meninggalkan hal itu kerana termasuk sebab yang makruh. Apalagi perkara yang haram. Adapun mencari sebab yang bisa menyembuhkan penyakit dengan cara yang tidak dimakruhkan, maka tidak membuat cacat dalam tawakkal. Dengan demikian kita tidaklah meninggalkan sebab-sebab yang disyari’atkan, sebagaimana dijelaskan dalam sahihain dari Abu Hurairah Radhiyallâhu’anhu secara marfu’. ”Tidaklah Allâh menurunkan suatu penyakit kecuali menurunkan obat untuknya, mengetahui obat itu orang yang mengetahuinya dan tidak tahu obat itu bagi orang yang tidak mengetahuinya.”

 

Dari Usamah bin Syarik dia berkata: Suatu ketika saya di sisi Nabi Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam, datanglah orang Badwi dan mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kami saling mengubati?” Beliau menjawab: “Ya, wahai hamba-hamba Allâh saling mengobatilah, sesungguhnya Ta’ala tidaklah menimpakan sesuatu kecuali Dia telah meletakkan ubat baginya, kecuali satu penyakit saja, iaitu nyanyuk.” [HR. Ahmad]

 

Berkata Ibnu Qoyyim rahimahullah: Hadith-hadith ini mengandungi penetapan sebab dan akibat, dan sebagai pembatal perkataan orang yang mengingkarinya. Perintah untuk saling mengubati tidak bertentangan dengan tawakkal. Sebagaimana menolak lapar dan haus, panas dan dingin dengan lawan-lawannya (misalnya lapar dengan makan). Itu semua tidak menentang tawakkal. Bahkan tidaklah sempurna hakikat tauhid kecuali dengan mencari sebab yang telah Allâh Ta’ala jadikan sebab dengan qadar dan syar’i. Orang yang menolak sebab itu malah membuat cacat tawakkalnya. Hakikat tawakal adalah bersandarnya hati kepada Allâh Ta’ala kepada perkara yang bermanfaat bagi hamba untuk diri dan dunianya. Maka bersandarnya hati itu harus diimbangi dengan mencari sebab. Kalau tidak bererti ia menolak hikmah dan syari’at. Maka seseorang hamba tidak boleh menjadikan kelemahannya sebagai tawakkal dan tidaklah tawakkal sebagai kelemahan.

 

Para ulama berselisih dalam masalah berubat, apakah termasuk mubah, lebih baik ditinggalkan atau mustahab atau wajib dilakukan?

 

Yang masyhur menurut Imam Ahmad adalah pendapat pertama, iaitu mubah dengan dasar hadith ini dan yang semakna dengannya. Sedangkan pendapat yang menyatakan lebih utama dilakukan adalah mazhab Syafi’i dan jumhur salaf dan khalaf serta al-Wazir Abul Midhfar, Demikian dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam Syarah Muslim. Sedangkan Mazhab Abu Hanifah menguatkan sampai mendekati wajib untuk berubat dan Mazhab Imam Malik menyatakan sama saja antara berubat dan meninggalkannya, sebagaimana disampaikan oleh Imam Malik: “Boleh berubat dan boleh juga meninggalkannya.” Dalam permasalahan ini, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: “Tidaklah wajib menurut jumhur para imam, sedangkan yang mewajibkan hanyalah sebagian kecil dari murid Imam Syafi’i dan Imam Ahmad.”

 

4.       Kisah ‘Ukasyah bin Mihshan ‘Ukasyah ‘Ukasyah bin Mihshan

 

‘Ukasyah meminta kepada Rasulullah Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam supaya mendoakannya masuk dalam golongan orang yang masuk syurga tanpa hisab dan azab. Lalu Rasûlullâh Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab: “Engkau termasuk dari mereka.” Sebagaimana dalam riwayat Bukhari beliau berdo’a: “Ya Allah jadikanlah dia termasuk mereka.”

 

Dari sini diambil sebagai dalil dibolehkan minta doa kepada orang yang lebih utama. Kemudian temannya yang tidak disebutkan namanya meminta Rasûlullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam mendo’akannya pula, tapi Rasullullah SalAllahu ‘Alaihi Wassalam menjawab: “Engkau telah didahului ‘Ukasyah.”

 

Berkata Al-Qurthubi: “Bagi orang yang kedua keadaanya tidak seperti ‘Ukasyah, oleh kerana itu permintaannya tidak dikabulkan, jika dikabulkan tentu akan membuka pintu orang lain yang hadir untuk minta didoakan dan perkara itu akan terus berlanjut. Dengan itu beliau menutup pintu tersebut dengan jawabannya yang singkat.

 

Berkata Syaikh Abdirrahman bin Hasan Alu Syaikh: “Didalamnya terdapat penggunaan ungkapan sindiran oleh Rasûlullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam dan keelokkan budi pekerti Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.”

 

Faedah-faedah hadith:

 

1. Beramal dengan berdasarkan dalil yang ada.

2. Umat-umat telah ditampakkan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam

3. Setiap umat dikumpulkan sendiri-sendiri bersama nabinya.

4. Kebenaran itu tidak dilihat pada banyaknya pengikut tetapi kualitinya.

5. Keistimewaan umat Islam dengan kualitas dan kuantitasnya.

6. Diperbolehkan melakukan ruqyah kerana terkena ain dan sengatan.

7. Di dalam hadith terdapat penjelasan manhaj salaf. Hal ini dapat dipahami dari perkataan Sa’id bin Jubair: “Sungguh telah berbuat baik orang yang mengamalkan hadith yang telah ia dengar.” Dengan demikian jelaslah bahwa hadith yang pertama tidak bertentangan dengan hadith kedua.

8. Tidak minta diruqyah (tidak meminta supaya lukanya ditempel dengan besi yang dipanaskan) dan tidak melakukan tathayyur adalah termasuk pengamalan tauhid yang benar.

9. Sikap tawakkal kepada Allah lah yang mendasari sikap tersebut

10. Dalamnya ilmu para sahabat. Kersna mereka mengetahui orang yang dinyatakan dalam hadith tersebut tidak dapat mencapai derajat dan kedudukan yang demikian kecuali dengan amalan.

11. Gairah dan semangat para sahabat untuk berlomba-lomba mengerjakan amal kebaikan.

 12. Golongan yang masuk syurga tanpa hisab dan adzab adalah yang tidak minta diruqyah, dikay dan tidak melakukan tathayyur serta bertawakkal kepada Rabb dengan sempurna.

 13. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam : “Kamu termasuk golongan mereka,” adalah salah satu tanda kenabian beliau.

14. Keutamaan ‘Ukasyah

15. Penggunaan kata sindiran: “Kamu sudah kedahuluan ‘Ukasyah.” Tidak berkata: “Kamu tidak pantas untuk dimasukkan ke golongan mereka.”

16. Keelokkan budi pekerti Rasulullah Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam

 

Disadur dari: Fathul Majid Syarh Kitabut Tauhid hal. 54-62, karya Syaikh Abdir Rahman bin Hasan Alu Syaikh.

 

Rujukan

 

https://lajnahdakwah.com/hadist/golongan-yang-masuk-surga-tanpa-hisab-dan-adzab/

 

https://archive.org/details/syarah-shahih-al-bukhari/SYARAH%20SHAHIH%20AL-BUKHARI%20JILID%208/page/967/mode/2up

Hadith tetap solat di permukaan yang panas tanpa lapik

 

Matan hadith

 

شَكَونا إلى رسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ شدَّةَ الحرِّ في جباهِنا وأكُفِّنا فلم يُشْكِنا

 

Terjemahan

 

Kami mengadu kepada Rasulullah SAW terhadap panas yang mendadak di dahi dan tapak tangan kami di tempat kami sujud tetapi baginda tidak mengendahkannya

 

 

Takhrij

 

HR. Bukhari dalam Tarikhul Kabir dan al-Baihaqi dalam Sunan Kubra sepertimana disebutkan oleh Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 4813, daripada Khabbab bin al-Art ra.

 

Hadith munqathi' menurut az-Zahabi dalam al-Muhazzab 2/554.

 

Ibnu Mulaqqin menilai sanad hadith ini sahih dalam al-Badrul Munir3/649.

 

Hadith munkar dengan lafaz yang penuh menurut Syeikh al-Albani.

 

Imam Nawawi dalam al-Khulasah 1/405 berkata sanad hadith ini hasan, dengan penyokongnya ada dalam riwayat Muslim no. 619, dengan lafaz:

 

 أتينا رسول الله ﷺ فشكونا إليه حر الرمضاء فلم يشكنا

 

"Kami pernah menemui Rasulullah sambil berkeluh kesah kepada beliau akan panas kerikil yang sangat panas, namun beliau tidak tidak mempedulikan keluh kesah kami.

Hadith palsu gaharu, cendana, kasturi, ambar, dan kapur adalah dari baju Nabi Adam as

 

Matan hadith

 

إن العود والصندل والمسك والعنبر والكافور من لباس آدم الذي نزل به من الجنة.

 

 

Terjemahan

 

Sesungguhnya ‘ud (gaharu), cendana, kasturi, ambar, dan kapur (sejenis tumbuhan yang dibuat wangian) adalah dari pakaian Nabi Adam yang dibawa turun dengannya daripada syurga

 

 

Takhrij

 

Disebutkan oleh as-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmuah no. 197. Dan beliau menilai hadith ini palsu

Kayu gaharu termasuk benda dari syurga yang diturunkan bersama Nabi Adam as?

 

Hal ini ada disebutkan dalam sebilangan tafsir dan kitab para ulama seperti Bidayah wan Nihayah, Tafsir Ibnu Katsir 1/237 dan I'anah al-Thalibin 2/335.

 

Akan tetapi tidak ada sebarang dalil/bukti yang sahih menunjukkan akan hal tersebut.

 


Dedaunan yang Berjasa Menutupi Nabi Adam As. dan Siti Hawa dari Terbuka aurat?

 

سؤال لأى شئ لما أكلت حواء من الشجرة لم تسقط الكسوة عنها فى الحال وآدم حين أكل سقطت عنه فى الحال الجواب لوسقطت فى الحال عن حواء لرجع آدم ولم يأكل وأيضا االدية على العاقلة ولان الأمر كان أولا لآدم وقال بعض العلماء ان آدم أكل وهو ناس قال الله تعالى (ولقد عهدنا الى آدم من قبل فنسى( فلما أكل آدم من الشجرة أوحى الله تعالى الى جبرائيل عليه السلام بأن يقبض على ناصية آدم وحواء ويخرجهما من الجنة فأخرجهما جبرائيل من الجنة ونودى عليهما بالمعصية. قال فكان آدم وحواء عريانين فطافا على أشجار الجنة ليستترا بأوراقها فكانت الأشجار تنفر عنهما ورحمته شجرة التين فغطته فتستر بورقها وقيل غطته شجرة العود فلذلك أكرمها الله بالرائحة الطيبة وأكرم شجرة التين بالثمر الحلو الذى ليس له نوى وقيل غطته شجرة الحناء فلذلك صار أثرها طيبا مفرحا ولذلك سميت الحناء قال كعب الأحبار لما صار آدم عريانا أوحى الله تعالى اليه أن اخرج الىّ لأنظرك فقال آدم يارب لا أستطيع ذلك من حيائى منك وخجلى

 

 

Pertanyaan: “Kenapa saat Siti Hawa makan biji gandum pakaiannya tidak terlepas seketika sedangkan Adam As. langsung terlepas saat memakannya?”

 

Jawab: “Jikalau saat itu pakaian Siti Hawa lepas niscaya Adam As. akan kembali dan tidak turut memakannya. Begitulah diyat (tebusan), berlaku pada yang berakal dan karena bagi Adam As. lah yang menjadi pemula dari perkara itu.”

 

Sebagian ulama berkata bahwa sesungguhnya ketika Nabi Adam As. memakannya dalam keadaan lupa, sebagaimana difirman Allah Swt. dalam QS. Thaha ayat 115:

 

وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ

 

“Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu).”

 

Disaat Nabi Adam As. memakan biji gandum itu maka Allah Swt. memerintahkan Jibril As. untuk mencabut ubun-ubun Adam As. dan Siti Hawa dan mengeluarkannya dari surga serta mereka dipanggil dengan sebutan maksiat.

 

Wahb bin Munabbih berkata: “Saat Nabi Adam As. dan Siti Hawa dalam keadaan telanjang, mereka berputar pada pohon-pohon surga mengambil dedaunan untuk menutupi tubuhnya. Namun semua pohon itu justru menjauh dari mereka. Pohon tin pun tak kuasa dan merasa iba padanya, ditutupilah tubuh mereka dengan dedaunannya.”

 

Riwayat lain mengatakan bahwa daun yang juga digunakan untuk menutupi Adam As. dan Siti Hawa adalah daun pohon gaharu. Sehingga Allah Swt. memuliakan pohon gaharu dengan baunya yang harum. Sedangkan pohon tin dengannya Allah muliakan dengan buah yang manis tanpa biji.

 

Dikatakan juga bahwa yang menutupinya adalah daun pohon inai. Sehingga jadilah ia berbau harum dan wangi dan dinamakan hina’ (inai).

 

Ka’b al-Ahbar meriwayatkan bahwa ketika Nabi Adam As. dalam keadaan telanjang, Allah Swt. berfirman: “Enyahlah kamu dariKu, Aku akan menunggumu.”

Adam As. menjawab: “Wahai Tuhan, sungguh aku tidak sanggup karena malu padaMu.”

 

Takhrij

 

Hikayat ini dinukilkan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Badaiz Zuhur bahagian 8.

 

Akan tetapi tidak ada sebarang dalil/bukti yang sahih menunjukkan akan hal tersebut.

 

Rujukan


Fatwa Soaljawab Islam no. 141280

Hadith ingin melihat orang dibebaskan dari neraka

 

Matan hadith

 

قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى , قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ يَحْيَى، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الرَّبِيعِ، حَدَّثَنَا بْنُ سُلَيْمَانَ، عَنْ جَعْفَرَ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَمَّنْ حَدَّثَهُ، عَنْ ثَابِتٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى عُتَقَاءِ اللَّهِ مِنَ النَّارِ، فَلْيَنْظُرْ إِلَى الْمُتَعَلِّمِينَ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، مَا مِنْ مُتَعَلِّمٍ يَخْتَلِفُ إِلَى بَابِ الْعَالِمِ إِلَّا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِكُلِّ حَرْفٍ وَبِكُلِّ قَدَمٍ، عِبَادَةَ سَنَةٍ، وَبَنَى لَهُ بِكُلِّ قَدَمٍ مَدِينَةً فِي الْجَنَّةِ، وَيَمْشِي عَلَى الْأَرْضِ وَالْأَرْضُ تَسْتَغْفِرُ لَهُ، وَيُمْسِي وَيُصْبِحُ مَغْفُورًا لَهُ، وَشَهِدَتْ لَهُ الْمَلَائِكَةُ وَيَقُولُونَ هَؤُلَاءِ عُتَقَاءُ اللَّهِ مِنَ النَّارِ

 

Terjemahan

 

Sesiapa yang ingin melihat orang yang dibebaskan oleh Allah daripada neraka, maka lihatlah kepada orang yang belajar. Demi jiwa Muhammad yang berada dalam kekuasaanNya, tidaklah seorang pelajar yang sering datang ke pintu seorang alim kecuali Allah akan menuliskan baginya [pahala] ibadah selama setahun untuk setiap huruf [yang dipelajari] dan setiap langkah [berjalan kaki] dan membina untuknya sebuah kota di dalam syurga bagi setiap langkahnya. Dia berjalan di atas bumi dalam keadaan bumi memohon ampun baginya. Dia berpagi-pagi dan berpetang-petang dalam keadaan diampunkan [dosanya]. Mereka [para pelajar] disaksikan oleh malaikat yang berkata: Mereka adalah orang yang dibebaskan oleh Allah daripada neraka.

 

 

Takhrij

 

HR. Abu Laits as-Samarqandi dalam Tanbihul Ghafilin hal. 427 no. 667 daripada Anas bin Malik ra.

 

Palsu menurut al-Ajluni dalam Kasyful Khafa' 2/290.

 

Palsu menurut al-Haithami dalam Fatawa al-Hadithiyyah 1/124.

 

Palsu menurut Syeikh Muhammad bin al-Basyir Zafir al-Azhari dalam Tahzir al-Muslim hal. 83.

 

Hadith palsu (Fatwa Syabakah Islamiyah no. 238306).

Hadith akhir zaman: golongan berwajah manusia tetapi berhati syaitan

 

Matan hadith

 

Hadith 1

 

عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه قال، قال رسول الله صلى الله تعالى عليه وسلم يخرج في آخر الزمان أقوام وجوههم وجوه الآدميين وقلوبهم قلوب الشياطين وأمثالهم كأمثال الذئاب الضواري ليس في قلوبهم شيء من الرحمة سفاكون للدماء لايرغبون عن القبيح إن شايعتهم قربوك وإن توانيت عنهم اغتابوك وإن أمنتهم خانوك صبيانهم غارمون وشبانهم شاطرون وشيوخهم فاجرون لايأمرون بالمعروف ولاينهون عن المنكر والإعتزاز بهم ذل وطلب مافي أيديهم فقرالجكم فيهم بدعة والبدعة فيهم سنة فعند ذلك يسلط الله عليهم شرارهم ثم يدعو خيارهم فلايستجاب لهم دعاء

 

 

Terjemahan

 

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata, Rasulullah Saw. bersabda, “Pada akhir zaman akan muncul golongan-golongan yang berwajah manusia, namun berhati syaitan.”

 

“Mereka seperti serigala buas yang hatinya tidak memiliki belas kasihan sedikit pun. Suka menumpahkan darah dan tidak suka menjauhi yang buruk. Jika engkau mengikuti, mereka akan mendekatimu. Jika engkau menjauhi, mereka akan mengumpatmu. Jika engkau memberi amanat, mereka akan mengkhianatimu.”

 

“Pemuda-pemuda mereka ugal-ugalan dan para orang tuanya suka berbuat maksiat, tidak menyuruh berbuat kebaikan dan tidak melarang berbuat kemungkaran. Membanggakan mereka adalah suatu kehinaan dan meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan.”

 

“Hukum di kalangan mereka adalah bidaah dan bidaah di kalangan mereka adalah sunnah. Sehingga ketika Allah memberikan kuasa kepada orang-orang jahat dari mereka, kemudian orang-orang baik dari mereka berdoa, maka tidak diterima doanya.”

 

 

Berkata Asy-Syekh Muslim Al-Abadani, “Shaleh Al-Muro, Abdul Wahid bin Zaid. Atabah Al-Ghulam, dan Salamah Al-Aswad datang kepada kami lalu pergi ke pantai.”

 

Pada suatu malam, kusiapkan makanan dan ku undang, mereka untuk datang. Ketika datang, dan kuletakkan makanan di hadapan mereka, tiba-tiba terdengar suara keras di tepi pantai, “Awaslah kalian, makanan dan kelazatan telah melalaikan kalian dari tempat yang kekal (akhirat). Keduanya tidak berguna.” Berteriaklah Atabah terus jatuh pingsan dan menangislah orang-orang, lalu kami angkat makanan itu dan tidak kami makan sesuap pun.

 

Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang suatu zaman di mana orang akan menganggap sunnahku sudah usang dan memperbaharui bidaah.”

 

“Barangsiapa mengikuti sunnahku pada waktu itu, ia menjadi asing dan tinggal seorang diri. Barangsiapa mengikuti bidaah ia akan mendapatkan lima puluh orang teman atau lebih.”

 

Para sahabat bertanya, “Apakah ada sesudah kami orang yang lebih utama daripada kami?” Nabi Saw. menjawab, “Ada.”

 

Para sahabat bertanya, “Apakah mereka melihatmu?” Nabi Saw. menjawab, “Tidak.”

 

Para sahabat bertanya, “Apakah turun wahyu kepada mereka.” Nabi Saw. menjawab, “Tidak.”

 

Para sahabat bertanya, “Bagaimana mereka itu?”

 

Nabi Saw. menjawab, “Seperti garam di dalam air, hati mereka meleleh seperti garam dalam air.”

 

Para sahabat bertanya, “Bagaimana mereka hidup di zaman itu?”

 

Nabi Saw. menjawab, “Seperti ular dalam cuka.”

 

Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga agama?”

 

Nabi Saw. menjawab, “Seperti bara api di tangan, jika engkau letakkan ia akan padam, jika engkau ambil dengan tangan ia akan membakar.”

 

 

Takhrij

 

 

HR. at-Thabarani dalam Mu’jam al-Awsath no. 6441, dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 2/399, daripada Ibnu Abbas ra.

 

Didhaifkan oleh at-Thabarani, terdapat perawi yang matruk menurut al-Haithami dalam Majma Zawaid 7/329, iaitu Muhammad bin Muawiyyah al-Naisaburi.

 

Palsu menurut Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 3/190.

 

Hadith palsu (https://islamarchive.cc/H_456357).

 

Hadith 2

 

Matan hadith

 

قال معاذ بن جبل رضي الله تعالى عنه قال رسول الله صلى الله تعالى عليه وسلم سيأتي على الناس زمان يخلقون فيه سنتي ويجددون البدعة فمن اتبع سنتي يومئذ صار غريبا وبقي وحيدا ومن اتبع بدعة الناس وجد خمسين صاحبا أو أكثر قالت أصحاب رسول الله هل بعدنا أحد يكون أفضل منا قال نعم قالوا فهل يرونك قال النبي عليه الصلاة والسلام لا قالوا فهل ينزل عليهم الوحي قال لا قالوا كيف يكونون قال كالملح في الماء تذوب قلوبهم كما يذوب الملح في الماء فقالوا كيف يعيشون في ذلك الزمان قال كالدود في الخل قالوا يارسول الله كيف يحفظون دينهم قال كالجمر في اليدين إن وضعته طفئ وإن أخذته باليد أحرق.

 

Terjemahan

 

Mu’adz bin Jabal radliyallahu ‘anhu berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; “Akan datang atas manusia suatu zaman dimana mereka menjadikan sunnah-sunnahku usang dan mereka selalu memperbaharui bidaah, barangsiapa yang pada saat itu sentiasa mengikuti sunnah-sunnahku ia akan menjadi asing dan terpencil, barangsiapa yang mengikuti bidaah orang-orang ia akan mendapatkan 50 teman atau lebih”. Sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya; Apakah setelah kami ada orang yang lebih baik dari kami? Beliau menjawab; “Ya”. Mereka bertanya lagi; Apakah orang-orang itu pernah melihat tuan? Nabi ‘alaihishalatu wassalam menjawab; “Tidak”. Mereka bertanya lagi; Apakah wahyu turun kepada mereka? Nabi ‘alaihishalatu wassalam menjawab; “Tidak”. Bagaimanakah keadaan mereka? Tanya mereka. Nabi ‘alaihishalatu wassalam menjawab; “Bagaikan garam dalam air, hatinya lebur bagaikan leburnya garam dalam air”. Bagaimanakah kehidupan mereka? Tanya mereka lagi. Nabi ‘alaihishalatu wassalam menjawab; “Bagaikan ular yang berada dalam cuka”. Mereka berkata; Wahai Rasulallah! Bagaimanakah mereka menjaga Agamanya? Nabi ‘alaihishalatu wassalam menjawab; “Bagaikan bara api dalam genggaman, jika di letakkan padam dan jika di pegang ia akan terbakar”.

 

Takhrij

 

Hadith ini ditemukan dalam kitab Tafsir Ruhul Bayan oleh Ismail al-Haqqi 2/237 daripada Muadz ra.DKi

 

Tanpa sanad

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...