Dari sahabat Sahl bin Sa’d
radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam pernah
bersabda,
ثِنْتَانِ مَا تُرَدَّانِ الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِوَ تَحْتَ المَطَرِ
Dua doa yang tidak akan
ditolak: doa ketika azan dan doa ketika
ketika turunnya hujan
Takhrij
HR. Ibnu Abi ‘Ashim dalam
al-Jihad no. 19, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 5756; Al-Hakim no. 2534
dan ad-Darimi no. 1200.
Sanad hadith ini sahih atau hasan
menurut al-Mundziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib 1/154
Ibn Abdul Wahhab menilai sanad
hadith ini sahih dalam al-Hadith Ibn Abdul Wahhan 1/237.
Syaikh Al Albani menilai hadith
ini sahih dalam Sahih Jami’ no. 3078.
Hadith lain:
Rasulullah ﷺ bersabda:
ثنتان لا تردان أو قلما تردان الدعاء عند النداء وعند البأس حين يلحم بعضهم
بعضا
Doa tidak tertolak
pada dua waktu, atau minimal kecil kemungkinan tertolaknya, iaitu ketika azan
berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang
[HR. Abu Daud no. 2540, Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Nataijul Afkar 1/369,
berkata: Hasan Sahih]
Selain dianjurkan untuk menjawab
azan dengan lafaz yang sama, saat azan dikumandangkan pun termasuk waktu yang
mustajab untuk berdoa. Doanya bebas.
No comments:
Post a Comment