Diriwayatkan daripada Mu’az bin
Jabal RA yang mana Nabi SAW bersabda:
يدخل أهل الجنة الجنة جرداً مرداً مكحلين أبناء ثلاثين أو ثلاث وثلاثين سنة
Ahli syurga akan masuk ke dalam
syurga dalam keadaan Jurdan (yang tidak berbulu di badan), Murdan (yang tidak
janggut), hitam kelopak matanya (seperti bercelak), muda remaja berusia 30 atau
33 tahun (HR. Tirmidzi no. 2545, hasan al-Albani).
Kata Jurdan [جُرْدًا] merupakan bentuk jamak dari ajrad [أَجْرَد] yang ertinya orang yang fizikalnya tidak berbulu. (al-Qamus
hal. 347)
Sementara Murdan [مُرْدًا] dari kata amrad [أَمْرَد], yang ertinya pemuda yang baru tumbuh kumisnya dan belum
tumbuh janggutnya. (al-Qamus hal. 407; As-Sindi,
Tahqiq Musnad Ahmad 13/316)
Ibnul Qayyim menjelaskan rahasia
usia 33 tahun,
إن فيه من الحكمة ما لا يخفى فإنه أبلغ وأكمل في استيفاء اللذات، لأنه أكمل
سن القوة عظم الآت اللذة وباجتماع الأمرين يكون كمال اللذة وقوتها
Hikmah diberi usia 33 tahun
sangat jelas, kerana di usia itu merupakan puncak dan keadaan paling sempurna dalam
merasakan kenikmatan. Kerana di usia itu adalah usia kekuatan yang paling
sempurna, segala organ kenikmatan berkembang. Dengan gabungan dua ini,
diperoleh kesempurnaan kenikmatan dan kuat dalam menikmatinya. (Hadi al-Arwah
hal. 104).
No comments:
Post a Comment