Sanad dan matan hadith
أخبرنا أبو عبد الرحمن محمد بن الحسين بن موسى السلمي كتابةً قال: ثنا أبو
القاسم عبد الله بن محمد النيسابوري عن علي بن موسى البصري، عن ابن جريج، عن موسى
بن وردان، عن أبي هريرة، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((اهدوا
لموتاكم)) ، قلنا: وما نهدي يا رسول الله الموتى؟ قال: ((الصدقة والدعاء)) ثم قال
رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن أرواح المؤمنين يأتون كل جمعة إلى سماء الدنيا
فيقفون بحذاء دورهم وبيوتهم فينادي كل واحد منهم بصوت حزين: يا أهلي وولدي وأهل
بيتي وقراباتي، اعطفوا علينا بشيء، رحمكم الله، واذكرونا ولا تنسونا، وارحموا
غربتنا، وقلة حيلتنا، وما نحن فيه، فإنا قد بقينا في سحيق وثيق، وغم طويل، ووهن
شديد، فارحمونا رحمكم الله، ولا تبخلوا علينا بدعاء أو صدقة أو تسبيح، لعل الله
يرحنا قبل أن تكونوا أمثالنا، فيا حسرتاه وانداماه يا عباد الله، اسمعوا كلامنا،
ولا تنسونا، فأنتم تعلمون أن هذه الفضول التي في أيديكم كانت في أيدينا، وكنا لم
ننفق في طاعة الله، ومنعناها عن الحق فصار وبالاً علينا ومنفعته لغيرنا، والحساب
والعقاب علينا))
Terjemahan
Abu Abdirrahman Muhammad bin Al
Husain bin Musa As Sulami secara kitabah, ia berkata, Abul Qasim Abdullah bin
Muhammad An Naisaburi menuturkan kepadaku, dari Ali bin Musa Al Bashri, dari Ibnu
Juraij, dari Musa bin Wirdan, dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah
Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda, “Kirimlah hadiah untuk orang-orang yang
meninggal di antara kalian.” Para sahabat bertanya, “Apa yang kami kirimkan
wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Sedekah dan doa.”Kemudian Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam
bersabda, “Sesungguhnya arwah-arwah kaum mukminin itu datang setiap hari Jumaat
ke langit dunia, lalu mereka berdiri di atas sandal-sandal rumah mereka atau di
rumah mereka. Lalu setiap mereka memanggil-manggil dengan suara yang sedih,
“wahai keluargaku, wahai anakku, wahai ahli baitku, wahai kerabatku, berilah
dengan sesuatu, semoga Allah merahmati kalian. Ingatlah kami dan janganlah
kalian lupa kepada kami. Kasihanilah kesendirian kami dan ketidak-mampuan kami
untuk melakukan apa-apa, tidak ada yang boleh kami lakukan lagi. Kerana
sekarang kami tinggal di alam yang jauh dan mengikat, yang suram dan lama, dan
dalam kelemahan yang sangat lemah, maka berilah kami semoga Allah merahmati
kalian. Dan janganah kalian bakhil dalam memberikan doa, sedekah atau tasbih
kepada kami. Semoga Allah mengasihi kami sebelum kalian menjadi seperti kami.
Jangan sampai menyesal wahai hamba Allah. Dengarlah perkataan kami, jangan
lupakan kami. Kalian tahu benar bahawa kurnia yang kalian miliki sekarang dulu
ada di tangan kami. Kami dahulu tidak menginfakkannya dalam ketaatan kepada
Allah, kami tidak membelanjakannya dalam kebenaran. Sehingga semua itu menjadi
bencana bagi kami sekarang dan manfaat harta-harta itu malah didapatkan oleh
orang lain. Sedangkan azab dan hukumannya ditimpakan atas kami.”
Takhrij
HR. Abul Husain Ali bin Ahmad Al
Hakkari dalam kitab Hadiyyatul Ahya ilal Amwat wa Maa Yashilu Ilaihim 1/174,
daripada Abu Hurairah ra.
Juga disebutkan dalam kitab
I'anah at-Thalibin 2/161, Hashiyah al-Bujairimi 2/301, Daqaiq al-Akhbar hal. 18
Hadith dhaif jiddan kerana:
Keterputusan sanad antara Ibnu
Juraij dan Musa al-Wirdan (al-Ilal al-Waridah fi ahadith an-Nabawiyah 8/318).
Ali bin Musa Bashri dan Abul
Qasim an-Nasaiburi majhul hal. Tidak ditemukan Jarh wa Ta’dil mereka.
Muhammad bin al-Husin bin Musa
al-Sulmi, dia dilemahkan oleh para ulama hadith (Lisanul Mizan no. 6695)
Hadith yang disandarkan mereka
dalam kitab-kitab tersebut, tidak terdapat dalam kitab-kitab hadith yang
muktamad dan terkenal. Seperti kitab-kitab sahih, kitab-kitab sunan,
kitab-kitab musnad, kitab-kitab jami’, dan selainnya. Dan ini merupakan tanda
kelemahan bahkan kepalsuan hadith
Rujukan
Fatwa Syabakah Islamiyah no. 8268
No comments:
Post a Comment