Sanad dan matan atsar
ابْنُ عُلَيَّةَ، عَنِ ابْنِ عَوْنٍ، عَنْ عُمَيْرِ بْنِ إِسْحَاقَ، قَالَ:
قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: «لَتُؤْخَذَنَّ الْمَرْأَةُ فَلْيُبْقَرَنَّ بَطْنُهَا
ثُمَّ لَيُؤْخَذَنَّ مَا فِي الرَّحِمِ فَلْيُنْبَذَنَّ مَخَافَةَ الْوَلَدِ
Terjemahan
Abu Hurairah berkata: “(akhir
zaman) isteri-isteri (yang mengandung) akan diambil, perut mereka akan dibelah
dan apa yang ada dalam perut mereka akan dikeluarkan dan dibuang – kerana takut
akan kelahiran anak-anak mereka.
Takhrij
AR. Ibnu Abi Syaibah dalam
Musnadnya no. 37297.
Atsar ini disahihkan oleh Syeikh
‘Isam Musa Hadi dalam Sahih Asyratul Sa’ah 1/83
Atsar ini tidaklah benar
dikaitkan dengan perbuatan menggugurkan anak akibat zina atau selainnya, kerana
pengguguran biasanya dilakukan pada awal kehamilah, maka tidak perlu dibelah
perut untuk mengeluarkan janin, tetapi dilakukan sama ada dengan ubat keguguran
atau pembedahan yang tidak memerlukan belahan perut tapi sedutan melalui faraj (Fatwa
Soaljawab Islam no. 421137)
No comments:
Post a Comment