Matan hadith
عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعاً: ما أنعم الله -تعالى- على عبد من نعمة،
فقال: الحمد لله؛ إلا وقد أدى شكرها، فإن قالها الثانية؛ جدد الله له ثوابها، فإن
قالها الثالثة؛ غفر الله له ذنوبه
Terjemahan
Daripada Jabir RA-diriwayat
secara marfu’-: Tidaklah Allah memberikan nikmat kepada seseorang hamba-Nya
lalu dia mengucapkan: Alhamdulillah melainkan dia telah menunaikan
kesyukurannya. Jika hamba itu mengucapkannya kali kedua, maka Allah
memperbaharui pahalanya, jika hamba itu mengucapkannya kali ketiga, maka Allah
mengampunkan dosanya
Takhrij
HR. al-Hakim dalam Mustadrak no.
1861, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 4402 dan ad-Dailami dalam Musnad
Firdaus no. 6272.
Sanadnya disahihkan oleh al-Hakim
tetapi dibantah oleh az-Zahabi, beliau menukilkan jarh Abu Zur’ah ke atas salah
seorang perawi yang dituduh pendusta, iaitu Abu Muawiyah Abdul Rahman bin Qais.
Juga Muhammad bin Abi Humaid dia munkarul hadith menurut Imam Bukhari,
at-Tirmidzi, , Ahmad bin Hanbal, Abu Hatim ar-Razi.
Palsu menurut Syeikh Masyhur bin
Hasan al-Salman dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah wal-Mawdhu' ah Mujarradah
‘An al-Takhrij no.10033.
Palsu menurut Syeikh al-Albani
dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 2010.
No comments:
Post a Comment