Tuesday, 21 March 2023

Cara berjalan Nabi saw

 

Hadith 1

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: «وَلَا رَأَيْتُ شَيْئًا أَحْسَنَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَأَنَّ الشَّمْسَ تَجْرِي فِي وَجْهِهِ، وَمَا رَأَيْتُ أَحَدًا أَسْرَعَ فِي مِشْيَتِهِ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَأَنَّمَا الْأَرْضُ تُطْوَى لَهُ إِنَّا لَنُجْهِدُ أَنْفُسَنَا وَإِنَّهُ لَغَيْرُ مُكْتَرِثٍ»

 

Abu Hurairah berkata:

 

Aku tidak pernah melihat perkara lain yang lebih indah daripada Rasulullah, matahari seolah-olah beredar pada wajahnya. Aku juga tidak pernah melihat orang lain yang berjalan lebih cepat daripada Rasulullah, bumi ini seolah-olah dilipat untuknya. Kami selalu berusaha dengan sedaya upaya (melakukan hal yang sama) dan Baginda tidak pun perlu bersusah-payah untuk itu. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dalam Syamail Muhammadiyah no. 124, hasan)

 

Hadith 2

إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ، مِنْ وَلَدِ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ: كَانَ عَلِيٌّ إِذَا وَصَفَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «كَانَ إِذَا مَشَى تَقَلَّعَ كَأَنَّمَا يَنْحَطُّ مِنْ صَبَبٍ»

 

Seorang anak lelaki Ali bin Abi Thalib berkata, bapanya pernah memberitahu sifat Rasulullah.

Apabila berjalan, Baginda akan mengangkat dan melangkahkan kakinya dengan kuat, seolah-olah sedang turun di lereng yang curam. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dalam Syamail Muhammadiyah no. 125, sahih)

 

 

Hadith 3

 

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَشَى تَكَفَّأَ تَكَفُّؤًا كَأَنَّمَا يَنْحَطُّ مِنْ صَبَبٍ»

 

Ali bin Abi Thalib bercerita:

 

Apabila Rasulullah berjalan, dadanya akan condong ke hadapan, seolah-olah sedang turun di ler­eng yang curam. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dalam Syamail Muhammadiyah no. 126, sahih)

 

 

 

Hadith 4

 

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَشَى، مَشَى مَشْيًا مُجْتَمِعًا يُعْرَفُ أَنَّهُ لَيْسَ بِمَشْيِ عَاجِزٍ وَلا كَسْلانَ

 

“Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam jika berjalan beliau berjalan dengan enerjik, sehingga sangat terlihat bahawa beliau bukan orang yang lemah dan juga bukan orang yang malas” (HR. Al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah, dihasankan oleh Al-Albani dalam Silsilah Ash-Shahihah no. 2140).

 

Maka berjalan dengan tenang dan berwibawa tidak harus lambat dan leweh. Sebagaimana Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan dengan tenang dan berwibawa namun juga cepat dan bertenaga.

 

Dari semua hadith-hadith di atas, kena tahu syarah ulama apa, untuk faham konteks hadith:

 

Maknanya, beliau mengangkat ke dua kakinya dari permukaan tanah dengan tarikan yang kuat, namun tetap santun, tidak menunjukkan kesombongan. Cara berjalan seperti itu merupakan gaya langkah orang-orang yang memiliki tekad tinggi, bercita-cita luhur lagi gagah-berani. **Selain itu, ia merupakan cara berjalan yang baik dan memerikan perasaan paling nyaman bagi anggota tubuh**.

 

Ibnu Qayyim menyimpulkan:

 

Sebaliknya, gaya berjalan yang sangat lambat hingga gerakannya bak batang pohon yang dipikul sangat beratnya, kurang semangat dalam bergerak, bak orang mati, cara demikian ini tercela. Begitu pula dengan cara berjalan yang terlalu cepat, tak beraturan tanpa perhitungan, juga merupakan cara berjalan yang buruk, menunjukkan orang tersebut kurang akalnya. Apalagi bila sembari dengan sering menengok ke kanan atau ke kiri (Ibnul Qayyim dalam Zadul-Ma’ad 1/167).

 

 

Ali Al-Qari menjelaskan:

 

وَالْمَعْنَى يَمْشِي مَشْيًا قَوِيًّا سَرِيعًا. وَفِي شَرْحِ السُّنَّةِ: الصَّبَبُ الْحُدُورُ، وَهُوَ مَا يَنْحَدِرُ مِنَ الْأَرْضِ يُرِيدُ لَهُ أَنَّهُ كَانَ يَمْشِي مَشْيًا قَوِيًّا يَرْفَعُ رِجْلَيْهِ مِنَ الْأَرْضِ رَفْعًا بَائِنًا لَا كَمَنْ يَمْشِي اخْتِيَالًا وَيُقَارِبُ خُطَاهُ تَنَعُّمًا

 

Maknanya, beliau berjalan dengan jalan yang kuat dan cepat. Dalam Syarhus Sunnah, ash-shabab ertinya al-hudur, iaitu jalan yang digunakan untuk turun dari suatu tempat. Maksudnya, beliau berjalan dengan jalan yang kuat, dengan benar-benar mengangkat kakinya dari tanah, bukan seperti jalannya orang yang sombong atau seperti orang yang santai-santai” (Mirqatul Mafatih Syarah Misykatul Mashabih, 9/3704).

 

Rujukan

 

https://almanhaj.or.id/3792-berjalan-ala-rasulullah-shallallahu-alaihi-wa-sallam.html

 

https://ibnuabbaskendari.wordpress.com/2017/11/21/cara-berjalan-ala-rasulullah-%EF%B7%BA/

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...