Tuesday 21 March 2023

Fatwa ulama berkenaan keutamaan Nisfu Syaaban

 

 

Al-Hafiz Abul Khithab Ibnu Dihyah berkata:

 

لم يصح في ليلة نصف من شعبان شيء ولا نطق بالصلاة فيها ذو صدق من الرواة وما أحدثه إلا متلاعب بالشريعة المحمدية راغب في زي المجوسية

 

Tidak ada satupun riwayat yang shahih tentang malam nisfu syaaban, dan para perowi yang jujur tidak menyampaikan adanya solat khusus di malam ini. Sementara yang terjadi di masyarakat berasal dari mereka yang suka mempermainkan syariat Muhammad yang masih mencintai kebiasaan orang majusi (baca: Syiah). (Asna Al-Mathalib 1/84)

 

Al-Hafiz Abu Syamah mengatakan:

 

Al-Hafiz Abul Khithab bin Dihyah, dalam kitabnya tentang bulan Sya’ban, mengatakan, ‘Para ulama ahli hadith  dan kritik perawi mengatakan, ‘Tidak terdapat satu pun hadi sahih yang menyebutkan keutamaan malam nisfu Syaaban  (Al-Ba’its ‘ala Inkaril Bida’ hal. 33)

 

Ibnul Arabi dalam A’ridhatul Ahwadzi 3/275 berkata:

 

Tidak ada mengenai malam nisfu Syaaban satu hadith pun yang boleh dipercaya

 

 

Al-Uqaili dalam adh-Dhu’afa al-Kabir 3/29 berkata:

 

Tentang Turunnya Allah pada malam Nisfu Sya’ban hadith-hadithnya rapuh

 

 

Abdurahman bin Zaid bin Aslam berkata:

 

Aku tidak menjumpai seorangpun dari guru-guru kami dan tidak pula para fuqaha kami melirik kepada malam nisfu Sya’ban dan kami tidak menjumpai dari mereka yang mengingat hadith Makhul dan tidak pula memandang punya keutamaan dibanding malam-malam lainnya.” (AR. Ibnu Wadhdhah dalam al-Bida’ hal. 100).

 

 

Ibn Rajab mengatakan,

 

Terkait malam nisfu Syaaban, dulu para tabi’in penduduk Syam, seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir, dan beberapa tabi’in lainnya, mereka memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam beribadah di malam itu (dan hal ini juga telah dibantah fuqaha Syam, al-Auzaie)…..Dari mereka inilah, keutamaan dan pengagungan malam ini diambil. Ada yang mengatakan,, ‘Riwayat yang sampai kepada mereka tentang malam nisfu Syaaban itu adalah riwayat-riwayat isra’iliyyat.’(terdapat satu athar dari Nabi Daud AS namun sanadnya penuh dengan perawi yang tidak dikenali!). Ketika khabar ini tersebar diseluruh negeri, manusia mulai berselisih pendapat, ada yang menerimanya dan sependapat untuk mengagungkan malam nisfu Syaaban, sedangkan Ulama Hijaz (Atha bin Abi Rabbah, Abdullah bin Abi Mulaikah, pendapat Fuqaha Madinah, Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam, serta pendapat Imam Malik) mengingkarinya. Mereka mengatakan, ‘Semua itu perbuatan bidaah (Lathaiful Ma’arif hal. 247).

 

 

Telah berkata Ibn Hajar al-Haithami:

 

Adapun solat sunat al-Raghaib adalah seperti solat yang biasa pada malam nisfu Syaaban dan kedua-dua ini (solat pada awal malam dalam bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban ) adalah bidaah yang buruk  dan dikeji. Hadith berkaitannya pula adalah palsu maka ia dibenci kepada pelakunya samada bersendiri atau berjemaah (al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra 1/216).

 

 

Telah berkata Imam al-Nawawi:

 

Solat yang dikenali dengan solat al-Raghaib adalah solat yang dilakukan  pada awal malam dalam bulan Rejab sebanyak 12 rakaat antara waktu Maghrib dan Isyak dan juga solat pada malam nisfu Syaban sebanyak 100 rakaat. Kedua-dua solat ini adalah bidaah yang mungkar lagi buruk (al-Majmu’ 3/548).

 

 

al-Hafiz Ibnu Kathir rah. berkata,

 

Mana-mana riwayat yang mengatakan fadhilat Nisfu Syaaban maka ia menyalahi petunjuk al-Quran (Tafsir Ibnu Katsir 4/137).

 

 

Mulla Ali Al-Qari rah. berkata,

 

Fadhilat malam Nisfu Syaaban diada-adakan dalam Islam hanya selepas empat kurun berlalu dan riwayat mengenai fadhilat itu adalah maudhu, satu pun tidak sahih (Maudhu’at Kubra hal. 462).

 

 

Al-Qurtubi rah. berkata,

 

Bahawa tiada sebarang hadith yang sahih tentang fadhilat Nisfu Syaaban, oleh itu janganlah diberikan sebarang perhatian ke arahnya (Tafsir Qurtubi 8/86).

 

 

Ibnul ‘Arabi mengatakan bahawa tiada satu riwayat pun berkenaan dengan Nisfu Syaaban yang boleh diterima, oleh itu tidak patut diberi perhatian ke arahnya (Ahkamul Quran 4/179).

 

 

As- Syaukani berkata,

 

Mana-mana riwayat yang ada menyebut tentang fadhilat malam Nisfu Syaaban, semua perawinya adalah majhul dan dhaif (Al-Fawaidul-Majmu’ah Fil Ahadithi Maudhu’ah hal. 151).

 

 

Allamah Muhammad Amin rahimahullah berkata,

 

Mana-mana riwayat yang terdapat fadhilat malam “Nisfu Syaaban maka ia adalah menyalahi al-Qurannul Karim dan tidak ada sebarang bukti tentang kesahihannya, oleh itu sungguh menghairankan bila mana orang-orang Islam sedang melaku satu pertelingkahan tanpa berdalilkan al-Quran dan As-Sunnah (Adhwa’ul-Bayan 7/319).

 

Telah berkata Imam Ibn al-Jauzi:

 

Solat al-Raghaib adalah palsu (direka) di atas nama Rasulullah SAW dan pendustaan ke atas Baginda SAW. Para ulama telah menyebut akan bidaah dan keburukan kedua solat ini dengan beberapa cara: Antaranya adalah bahawa sahabat, tabi’in dan generasi selepas daripada mereka daripada kalangan imam-imam yang mujtahid tidak menyatakan akan kedua solat ini. Jika kedua solat ini disyariatkan maka mereka tidak akan terlepas daripada melakukannya. Tambahan pula, ia muncul selepas 400 tahun. (al-'Ilal Mutanahiyah 1/71).

 

 

Telah berkata Imam al-Syaukani:

 

Ini adalah solat al-Raghaib yang masyhur yang mana para huffaz telah bersepakat bahawa ianya palsu atau direka (al-Fawaid al-Majmu’ah hal. 48).

 

 

Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban, membaca do‘a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka‘at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do‘a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ianya satu do‘a yang panjang yang menyanggahi nusus (nas-nas al-Quran dan al-Sunnah), juga bercanggahan dan bertentang maknanya...Perhimpunan (malam Nisfu Sya’ban) seperti yang kita lihat dan dengar berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu berada dalam neraka (Fatawa Mu`asarah 1/382-383).

 

 

 

فما نقله الشيخ القاسمي رحمه الله تعالى في ” إصلاح المساجد ” (ص 107) عن أهل التعديل والتجريح أنه ليس في فضل ليلة النصف من شعبان حديث صحيح، فليس مما ينبغي الاعتماد عليه، ولئن كان أحد منهم أطلق مثل هذا القول فإنما أوتي من قبل التسرع وعدم وسع الجهد لتتبع الطرق على هذا النحو الذي بين يديك. والله تعالى هو الموفق

 

Keterangan yang dinukil oleh Syekh Al-Qasimi rah.  dalam buku beliau; ‘Ishlah Al-Masajid’ dari beberapa ulama ahli hadith, bahawa tidak ada satupun hadith sahih tentang keutamaan malam nisfu syaban, termasuk keterangan yang tidak layak untuk dijadikan sandaran. Sementara, sikap sebahagian ulama yang menegaskan tidak ada keutamaan malam nisfu syaban secara mutlak, sesungguhnya dilakukan kerana terlalu terburu-buru dan tidak berusaha mencurahkan kemampuan untuk meneliti semua jalur untuk riwayat ini, sebagaimana yang ada di hadapan anda. Dan hanyalah Allah yang memberi taufiq. (Silsilah Silsilah Hadith Sahih 3/139)

 

 

Setelah menyebutkan beberapa waktu yang utama, Syekhul Islam mengatakan, “… Pendapat yang dipegang majoriti ulama dan kebanyakan ulama dalam Mazhab Hanbali adalah meyakini adanya keutamaan malam nisfu Sya’ban. Ini juga sesuai keterangan Imam Ahmad. Mengingat adanya banyak hadith yang terkait masalah ini, serta dibenarkan oleh berbagai riwayat dari para sahabat dan tabi’in ….” (Majmu’ Fatawa, 23/123)

 

 

Syeikh Abdul Aziz bin Baz. Beliau mengingkari adanya keutamaan malam nisfu Syaaban. Beliau mengatakan, “Terdapat beberapa hadith dhaif tentang keutamaan malam nisfu Syaaban, yang tidak boleh dijadikan landasan. Adapun hadith yang menyebutkan keutamaan solat di malam nisfu Syaaban, semuanya statusnya palsu, sebagaimana keterangan para ulama (pakar hadith) (At-Tahdzir min Al-Bida’ hal. 11).

 

Kesimpulan:

 

Dari keterangan di atas, ada beberapa hal yang dapat disimpulkan:

 

1.       Malam nisfu syaaban termasuk malam yang memiliki keutamaan. Hal ini berdasarkan hadith, sebagaimana yang telah disebutkan. Meskipun sebagian ulama menyebut hadith ini hadith yang dhaif, namun, insya Allah yang lebih kuat adalah penilaian Syeikh Al-Albani Syeikh al-Arnauth, Irsyad al-Hadith no. 70, iaitu bahawa hadith tersebut berstatus sahih.

 

2.       belum ditemukan satu pun riwayat yang sahih, yang menganjurkan amalan khusus mahupun ibadah tertentu ketika nisfu Syaaban, baik berupa puasa atau solat. Hadith sahih tentang malam nisfu syaaban hanya menunjukkan bahawa Allah mengampuni semua hamba-Nya di malam nisfu syaaban, tanpa dikaitkan dengan amal tertentu. Kerana itu, praktis sebahagian kaum muslimin yang melakukan solat khusus di malam itu dan dianggap sebagai solat malam nisfu syaban adalah anggapan yang tidak benar.

 

3.       Ulama berselisih pendapat tentang apakah dianjurkan menghidupkan malam nisfu syaaban dengan banyak beribadah? Sebahagian ulama menganjurkan, seperti sikap beberapa ulama tabi’in yang bersungguh-sungguh dalam ibadah. Sebagian yang lain menganggap bahawa mengkhususkan malam nisfu syaaban untuk beribadah adalah bidaah.

 

4.       Ulama yang memperbolehkan memperbanyak amal di malam nisfu syaaban menegaskan bahawa tidak boleh mengadakan acara khusus, atau ibadah tertentu, baik secara berjamaah mahupun sendiri-sendiri, di malam nisfu syaban, kerana tidak ada amalan sunah khusus di malam nisfu syaaban. Untuk itu, menurut pendapat ini, seseorang diperbolehkan memperbanyak ibadah secara mutlak, apa pun bentuk ibadah tersebut.

 

 

Rujukan

 

https://konsultasisyariah.com/5541-solat-nisfu-syaban.html

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...