Tuesday 21 March 2023

Hadith doa murah rezeki Nabi Adam as

 

Matan hadith

 

عَنْ عَائِشَة رَضِيَ اللهُ عَنْهَا عَن النَّبِي صلى الله عليه وسلم قَالَ: لَمَّا أَهْبَطَ اللهُ آًدًمَ إِلَى الأَرْضِ قَامَ إِلَى الكَعْبَة، فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ، فَأَلْهَمَهُ الله هَذَا الدُّعَاء

 

“Dari Aisyah ra dari Rasulullah SAW “Ketika Allah SWT menurunkan Nabi Adam AS ke bumi maka Nabi Adam berdiri di depan Kaabah, lalu Nabi Adam melakukan solat Dua Rakaat dan (setelah solat) Allah SWT memberikan Ilham kepada Nabi Adam untuk membaca doa ini.”

 

اللّهُمّ إِنّكَ تَعْلَمُ سِرِّيْ وَعَلَانِيَتِيْ فَاقْبَلْ مَعْذِرَتِيْ وَتَعْلَمُ حَاجَتِيْ فَأَعْطِنِيْ سُؤَلِيْ وَتَعْلَمُ مَا فِيْ نَفْسِيْ فَاغْفِرْلِيْ ذَنْبِيْ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا يُبَاشِرُ قَلْبِيْ وَيَقِيْنًا صَادِقًا حَتَّى أَعْلَمُ أَنَّهُ لَا يُصِيْبُنِيْ إِلَّا مَا كَتَبْتَ لِي وَأَرْضِنِيْ بِمَا قَسَّمْتَ لِي

 

“Wahai zat Allah, engkau maha mengetahui yang tersembunyi dan tampak dariku, kerananya terimalah penyesalanku. Engkau juga maha tahu tentang keperluanku, maka kabulkanlah permintaanku. Engkau tahu apa yang ada dalam hatiku, maka ampunilah dosaku. Ya Allah sungguh aku memohon kepada-Mu iman yang menyentuh kalbuku dan keyakinan yang benar sehingga aku meyakini bahawa tidak akan menimpaku kecuali apa yang telah engkau tetapkan atasku. Ya Allah berikanlah rasa redha terhadap apa yang Engkau bagi untukku.”

 

فَأَوْحَى اللهُ إِلَيْهِ: يَاآدًمُ، قَدْ قَبَلْتُ تَوْبَتُكَ، وًغًفًرْتُ لَكَ ذَنْبَكَ، وَلَن يَدْعُونِي أَحَدٌ بِهًذًا الدُّعَاء إِلَّا غَفَرْتُ لَهُ ذَنْبَهُ، وَكَفَّيْتُهُ مِنْ أَمْرِهِ، وَزَجَرْتُ عَنْهُ الشَّيْطَانَ، وَأَقْبَلَتْ إِلَيْهِ الدُّنْيَا رَاغِمًةً وَإِنْ لَمْ يُرِدْهَا

 

“Setelah membaca doa ini Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Adam “Wahai Adam aku telah menerima taubatmu dan aku telah mengampuni dosamu dan tidaklah seseorang berdoa dengan doa ini kecuali aku ampuni dosanya dan aku cukupkan urusannya, aku juga akan menolak syaitan dari menjerumuskannya dan dunia akan terpikat serta tunduk kepadanya walaupun ia tidak menginginkannya.

 

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Awsath 6/117.

 

Al-Haithami dalam Majma Zawaid 1/186 berkata dalam sanadnya terdapat perawi yang dhaif bernama Nadr bi  Thahir.

 

Sanadnya didhaifkan oleh as-Suyuthi dalam Durar al-Mantsur 1/313.

 

Hadith munkar menurut Syeikh Al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 6411.

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...