Tuesday, 21 March 2023

Hadith kelebihan selawat al-Muqarrab

 

Matan hadith

 

من صلى على محمد وقال: اللهم! أنزله المقعد المقرب عندك يوم القيامة؛ وجبت له شفاعتي

 

Terjemahan

 

Barang siapa yang berselawat ke atas Muhammad dan berkata:

 

اَللَّهُمَّ! أَنْزِلْهُ الْمَقْعَدَ الْمُقَرَّبَ عِنْدَكَ يَوْمَ الْقِيِامَةِ؛

 

‘Ya Tuhanku! Tempatkan (baginda) pada tempat duduk yang dekat dengan-Mu pada hari kiamat’, maka dia telah pasti (akan) medapat syafaatku.”

 

Takhrij

 

HR. Ismail al-Qadhi dalam Fadhl Shalawat alal Nabi no. 53, Ibni abi Ashim dalam al-Sunnah no. 827, al-Bazzar dalam Musnadnya no. 2315, Ahmad no. 16991 al-Khalal dalam al-Sunnah no. 315, Ibn Qana’dalam Mu’jam Sahabah 1/217, at-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir no. 4480 dan Mu’jam al-Awsath no. 3309, daripada Ruwaifi’ bin Tsabit Al-Ansari ra.

 

At-Thabarani mendhaifkan hadith ini dalam Mu’jam al-Awsath 3/321 kerana tafarudnya Ibnu Lahiyah.

 

Ibnu Katsir dalam Tafsirnya 6/461 menilai sanad hadith ini tidak apa-apa. Al-Haithami juga dalam Majma Zawaid 10/166 berkata sanadnya hasan.

 

al-Dimyathi dalam Mutajir al-Rabih no. 247 dan al-Wadi’e dalam al-Syafaat no. 269 menyatakan hadith ini hasan dengan pengumpulan semua jalan riwayatnya.

 

Syeikh al-Arnauth melemahkan sanadnya. Begitu juga Syeikh al-Albani yang melemahkan hadith ini dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 5142, diikuti pula oleh Syeikh Mashur Hasan Salman dalam Silsilah Ahadith Dhaifah wal Mauduah Mujarradah ‘an al-Takhrij no, 7701, kerana kelemahan perawi bernama Ibnu Lahiyah.

No comments:

Post a Comment

Hadith amalan diangkat di hari Nisfu Syaaban

  Matan hadith   إن جبريل أتاني ليلة النصف من شعبان قال قم فصل وارفع رأسك ويديك إلى السماء قال فقلت يا جبريل ما هذه الليلة قال يا محمد ي...