Tuesday, 21 March 2023

Hadith penghulu wangian syurga adalah inai

 

Matan hadith

 

سيِّدُ ريحانِ الجنَّةِ الحنّاءُ

 

Terjemahan

 

Penghulu raihan (sejenis bauan) bagi syurga ialah inai

 

Dalam sebahagian riwayat ada tambahan kalimah ‘ahli’:

 

سيدُ رَيحانِ أهلِ الجنةِ الحنّاءُ

 

Penghulu raihan (sejenis bauan) bagi ahli syurga ialah inai

 

Takhrij

 

HR. at-Thabarani dalam Mu'jam al-Kabir no. 14527, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad 5/55, ad-Daulabi dalam al-Kuna, Ibnul Mubarak dalam al-Zuhd no. 1842, Ibnu Abi Syaibah dalam Musannafnya no. 35123, Abu Syaikh dalam Tabaqat Muhaddhitsin al-Asbahan no. 239  daripada Abdullah bin Amru ra.

 

Hadith palsu menurut Ibnu Jauzi dalam al-Maudhuat 3/231.

 

Hadith munkar/batil menurut Ahmad Siddiq al-Ghumari dalam al-Mughir no. 233, 245.

 

Hadith dhaif menurut Muhammad Jarullah as-Sa'di dalam al-Nawafih al-'Ithrah no. 166

 

As-Syaukani berkata dalam al-Fawaid Majmu’ah no. 195 dalam sanadnya terdapat perawi yang tidak boleh dijadikan hujjah.

 

Manakala Syeikh al-Albani mensahihkannya dalam Sahih Jami’ no. 3677 dan Silsilah Haidth Sahih no. 1420.

 

 

Selain itu hadith ini juga diriwayatkan melalui sahabat Anas bin Malik ra, seperti disebutkan dalam Tarikh Dimaysq 7/18:

 

عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: شوبوا شيبكم بالحناء؛ فإنه أسرى لوجوهكم، وأطيب لأفواهكم، وأكثر لجماعكم، الحناء سيد ريحان أهل الجنة، الحناء يفصل ما بين الكفر والإيمان

 

Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW), telah berkata: Hendaklah kalian melumur rambut kalian yang beruban itu dengan inai, sesungguhnya akan mencantikkan wajah kalian, dan wangilah mulut kalian, dan perbanyakkanlah jimak kalian, inai itu adalah tuan kepada ahli syurga, dan inai itu memisahkan antara orang yang kafir dan orang yang beriman

 

Hadith ini juga dhaif. Didhaifkan oleh  as-Suyuthi dalam Jamius Saghir no. 4892, Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 3745.

 

Juga melalui sahabat al-Watsilah bin al-Asqa’ seperti diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 5/397, dan hadith ini dihukum munkar oleh beliau sendiri.

 

Serta Salman al-Farisi, dan hadith ni juga dilemahkan oleh Ibn Al-Qaisarani dalam Dzakiratul Huffaz 3/1481.

 

Syeikh Abdullah Fahd al-Kulaify dalam website beliau menyimpulkan bahawa hadith tersebut tidak sahih (https://alkulify.blogspot.com/2013/10/blog-post_2348.html).

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...