Tuesday 21 March 2023

Hadith perut adalah rumah penyakit

 

 

Matan hadith

 

المعدة بيت الداء ..

 

 

Terjemahan

 

Perut adalah rumah bagi segala penyakit ..

 

 

Takhrij

 

HN. al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin

 

Penulis al-Kasyf al-Ilahi, al-'Allamah Muhammad bin Muhammad al-Husaini berkata:

 

Ianya bukan hadith. Ianya hanyalah berasal daripada kalam al-Harith bin Abi Kaladah, seorang ahli perubatan Arab (Al-Kasyf al-Ilahi hal. 499).

 

Al-Imam al-'Iraqi ketika memberikan komentar terhadap hadith ini, berkata: Aku tidak menemui asalnya (Takhrij Ihya' 'Ulumuddin, Abdullah Mahmud al-Haddad 5/1605).

 

Al-Imam Ibn al-Subki berkata: Aku tidak menemui sanad bagi hadith ini (Takhrij Ihya' 'Ulumuddiin 5/1606).

 

Ibn al-Qayyim berkata: Hadith ini adalah daripada kalam al-Harith bin Kaladah, seorang ahli perubatan Arab. Tidak sahih memarfu'kannya kepada Nabi shallallahu'alaihiwasallam, sebagaimana disebutkan oleh bukan seorang dalam kalangan Imam Hadith (Zadadul Ma'ad  4/104).

 

as-Sakhawi dalam Maqasid al-Hasanah no  455 berkata hadith ini tiada asal. Diikuti juga oleh as-Suyuthi dalam Tadribur Rawi 1/485, Mulla Ali al-Qari dalam al-Asrar Marfuah no. 309.

 

Syeikh al-Albani berkata hadith ini tidak ada asalnya (Silsilah Hadith Dhaif 1/418).

 

Hadith ini juga disebutkan oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri  dalam kitab himpunan hadith-hadith palsu beliau, Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith hal. 85 no. 388. Beliau berkata:

 

ليس بحديث، بل من كلام الحارث بن كلدة، أو غيره، وفي معناه، ما جاء عن عائشة – رضي الله عنها – أنه – صلى الله عليه وسلم – دخل عليها وهي تشتكي، فقال لها: “يا عائشة الأدم دواء والمعدة بيت الأدواء . . الحديث”.

 

Ia bukan hadith, sebaliknya bersumberkan ucapan al-Harith bin Kildah atau selain beliau. Semakna dengannya adalah hadith yang diriwayatkan daripada 'Aishah RA bahawa Nabi SAW pernah masuk menemui beliau ketika beliau sedang sakit, lalu Baginda bersabda kepada 'Aishah: “Wahai 'Aishah! Lauk pauk adalah ubat dan perut pula rumah bagi segala penyakit”.

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...