Tuesday 21 March 2023

Kisah kaum Quraisy menolak israk dan mikrajnya Nabi Saw

 

 

(عن ابن عباس) قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لما كانت ليلة أسرى بى وأصبحت بمكة فظعت أمرى وعرفت أن الناس مكذبيّ فقعد معتزلا حزينا، قال فمر عدو الله أبو جهل فجاء حتى جلس اليه فقال له كالمستهزئ هل كان من شئ؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم نعم، قال ما هو؟ قال إنه أسرى به الليلة، قال الى أين؟ قال الى بيت المقدس، قال ثم أصبحت بين ظهرانينا؟ قال نعم، قال فلم

ير أنه يكذبه مخافة ان يجحده الحديث اذا دعا قومه اليه، قال أرأيت إن دعوت قومك تحدثهم ما حدثتنى؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم نعم، فقال هيا معشر بنى كعب بن لؤى، قال فانتفضت اليه المجالس، وجاءوا حتى جلسوا اليهما، قال حدث قومك بما حدثتنى، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم انى أسرى بى الليلة، قالوا الى أين؟ قلت الى بيت المقدس، قالوا ثم أصبحت بين ظهرانينا، قال نعم، قال فمن بين مصفق ومن بين واضع يده على رأسه متعجبا للكذب زعم قالوا وهل تستطيع ان تنعت لنا المسجد؟ وفى القوم من قد سافر الى ذلك البلد ورأى المسجد، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم فذهبت انعت فما زلت انعت حتى التبس على بعض النعت، قال فجيئ بالمسجد وأنا أنظر حتى وضع دون دار عقال أو عقيل فنعته وأنا أنظر اليه قال وكان مع هذا نعت لم احفظه قال فقال القوم اما النعت فوالله لقد اصاب (وعنه ايضا) قال اسرى بالنبى صلى الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم الى بيت المقدس ثم جاء من ليلته فحدثهم بمسيره وبعلامة بيت المقدس وبعيرهم فقال ناس نحن نصددق محمدا بما يقول فارتدوا كفارا، فضرب الله أعناقهم مع أبى جهل وقال أبو جهل يخوفنا محمد شجرة الزقوم هاتوا تمرا وزبدا فتمزقوا وراى الدجال فى صورته رؤيا عين ليس رؤيا منام وعيسى وموسى وابراهيم صلوات الله عليهم فسئل النبى صلى الله عليه وسلم عن الدجال فقال اقمر هجانا قال حسن قال رأيته فيلمانيا اقمر هجانا إحدى

 

Ibnu Abbas berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ketika pada malam hari aku diisrakman, di pagi hari aku berada di Makkah, aku merasa berat, aku tahu bahawa orang-orang akan mendustakanku.” Kemudian beliau duduk menyendiri dalam keadaan susah. Lalu lewatlah Abu Jahal, musuh Allah, kemudian duduk di dekat beliau. Abu Jahal bertanya seolah-olah mengejek, “Adakah sesuatu kejadian?” Beliau menjawab, “Ya.” Dia bertanya, “Apa itu?” Beliau menjawab, “Tadi malam aku diisrakkan.” Dia bertanya, “Sampai mana?” Beliau menjawab, “Baitul Maqdis.” Dia berkata, “Kemudian di pagi ini engkau bersama kami?” Beliau menjawab, “Ya.” Abu Jahal tidak memperlihatkan bahawa dia mendustakan, kerana khuatir Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam akan menolak bercerita jika dia memanggil kaumnya kepadanya. Abu Jahal berkata, “Bagaimana pendapatmu, jika aku panggil kaummu, apakah engkau akan menceritakan kepada mereka apa yang telah engkau ceritakan kepadaku?” Beliau menjawab, “Ya.” Abu Jahal berseru, “Kemarilah hai Bani Ka’b bin Luai!” Orang-orangpun berdatangan sampai mereka duduk di dekat keduanya. Abu Jahal berkata, “Ceritakan kepada mereka apa yang telah engkau ceritakan kepadaku?” Beliau berkata, “Tadi malam aku diisrakkan.” Mereka bertanya “Sampai mana?” Beliau menjawab, “Baitul Maqdis.” Mereka berkata, “Kemudian di pagi ini engkau bersama kami?” Beliau menjawab, “Ya.” Maka di antara mereka ada yang bertepuk tangan, ada yang meletakkan tangannya di atas kepalanya dalam keadaan hairan, kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdusta.

Lalu mereka berkata, “Dapatkah kau sebutkan sifat-sifat masjid Baitul Maqdis kepada kami?” di antara orang-orang itu ada yang penah pergi ke negeri itu (Palestin) dan melihat masjid tersebut. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Mulailah aku menyebutkan sifat-sifat masjid itu, aku terus menyebutkannya sampai sebahagian sifat samar bagiku. Kemudian masjid itu didatangkan (oleh Allah) dan aku melihatnya, sehingga diletakkan di rumah ‘Uqail. Maka aku menyebutkan sifat-sifatnya dengan melihatnya.” Maka orang-orang pun berkata, “Demi Allah, dia benar menerangkan sifat-sifat masjid itu.”

Ibnu Abbas berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam diisrakkan ke Baitul Maqdis, lalu kembali pada malam itu juga Lalu beliau menceritakan perjalanannya kepada orang-orang Qurasy, juga tentang tanda-tanda Baitul Maqdis dan rombongan dagang mereka.

 

Maka sekelompok orang berkata, “Apakah kami akan membenarkan apa yang dikatakan Muhammad?” Maka mereka murtad menjadi kafir, Allah mengumpulkan mereka bersama Abu Jahal. Abu Jahal berkata, “Muhammad menakut-nakuti kita dengan pohon Zaqqum, datangnkanlah buah kurma dan lalu kamu hancurkan!” Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam juga melihat Dajjal di dalam bentuknya (dengan penglihatan mata, bukan mimpi), juga melihat Isa ‘alaihissalam, Musa, dan Ibrahim ‘alaihissalam. Lalu Nabi ditanya tentang Dajjal, beliau menjawab, “Dia bertubuh besar, putih, salah satu matanya menonjol seolah-olah bintang yang bersinar, rambut kepalanya seperti dahan-dahan pohon.”

 

(Fathul Bari 17/284, no. 4710; Muslim 1/156, no. 170; Fathul  Rabbani 20/262-263, dari hadith Ibnu Abbas dengan sanad yang sahih lafaz ini adalah milik Imam Ahmad; juga ditemukan dalam ad-Dalail 2/363-364 karya al-Baihaqi, dan kitab-kitab lainnya).

 

Rujukan

 

https://yufidia.com/kisah-isra-miraj/

 

https://m.oase.id/read/eRoyk3-begini-reaksi-kafir-quraisy-ketika-mendengar-kabar-kebenaran-isra-mikraj

 

https://books.google.com.my/books?id=YwOwDgAAQBAJ&pg=PA288&lpg=PA288&dq=abu+jahal+menolak+isra'+mi'raj&source=bl&ots=nYOvxKSSUx&sig=ACfU3U1jG5E-sHc4qMWNZIHv0bhljBKAHA&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwiC9eiGvqH9AhXE1HMBHctKDBQ4HhDoAXoECBsQAg#v=onepage&q=abu jahal menolak isra' mi'raj&f=false

 

https://aminbenahmed.blogspot.com/2015/06/isra-dan-miraj.html?m=1

 

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...