Tuesday 21 March 2023

Kisah Umar al-Khattab ra memboikot penjual daging

 

Matan kisah

 

قالوا: يا عمر! غلى اللحم فسعره لنا، فقال: لا، أرخصوه أنتم، قالوا: كيف نرخصه وليس عندنا؟! قال: اتركوه لهم، فتركوه اليوم الأول، وتركوه اليوم الثاني، فإذا بالجزارين ينادونهم: هلموا -يا جماعة- للحم، قالوا: لا، أنتم أغليتموه علينا، ثم رخصوه لهم.

 

Wahai Umar, [harga] daging [telah menjadi] mahal. Justeru, tetapkanlah harganya untuk kami", adu mereka kepada khalifah kedua umat Islam itu. Syaidina Umar r.a menolak, sambil meminta mereka sendiri yang menurunkan harga daging tersebut. Satu permintaan pelik dan membingungkan!  "Tidak! [aku tidak akan menetapkan harga daging]. Kamu [sendirilah] yang memurahkannya (menurunkan harganya)!", balas Syaidina Umar r.a. Mereka sangat pelik dengan jawapan balas yang melantun daripada mulut Amirul Mukminin itu. "Bagaimana kami [dapat] memurahkannya (menurunkan harganya), sedangkan kami tidak memilikinya!?", persoal mereka. Menjelaskan maksud saranannya agar mereka sendiri yang menurunkan harga daging, Syaidina Umar r.a mengatakan, "biarkan daging itu bersama mereka (penjual)", iaitu jangan dibeli daging-daging itu.

 

Takhrij

 

Kisah ini tidak sahih dinisbatkan kepada Umar al-Khattab ra.

 

Yang ditemukan adalah dikaitkan kepada Ibrahim bin Adam sepertimana dinukilkan oleh Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyq 6/282, Ibnu Katsir dalam Bidayah wan Nihayah dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya 8/32.

 

وقيل لإبراهيم بن أدهم إن اللحم قد غلا فقال أرخصوه أي لا تشتروه

 

Dikatakan kepada Ibrahim bin Adam, "harga daging sudah meningkat". Beliau menjawab, "kamu murahkanlah [harga] nya". Iaitu dengan memboikotnya supaya harganya menjadi murah.(Tarikh Dimasyq 6/282).

 

Rujukan

 

Fatwa Syabakah Islamiyah no. 265288

No comments:

Post a Comment

Hadith tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil

  Matan hadith   نوم العالم أفضل من عبادة الجاهل   Terjemahan   Tidurnya orang alim lebih baik dari ibadahnya orang jahil   ...