Tuesday, 25 April 2023

Hadith berkasih sayang kerana Allah

 

Hadith 1

 

عن أبي هريرة إنّ حولَ العرشِ منابرُ من نورٍ عليها قومٌ لباسُهم نورٌ ووجوهُهم نورٌ ليسوا بأنبياءَ ولا شهداءَ يغبِطُهم النَّبيُّون والشُّهداءُ فقالوا: يا رسولَ اللهِ صِفْهم لنا فقال: هم المُتحابُّون في اللهِ والمُتجالِسون في اللهِ والمُتزاوِرون في اللهِ

 

Daripada Abu Hurairah ra, dia mengatakan bahawa Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Arasy Allah Ta’ala mempunyai mimbar dari cahaya. Di atas mimbar-mimbar itu mereka duduk. Mereka adalah orang-orang yang pakaiannya adalah cahaya dan wajahnya pun bercahaya. Mereka bukan dari kalangan para nabi, bukan pula dari kalangan orang-orang yang mati syahid. Bahkan mereka membuat iri para nabi dan syuhada. Para sahabat bertanya, ‘Siapakah mereka, ya Rasulullah?’ Rasulullah saw. menjawab, ‘Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, saling mengunjungi dan duduk bersama dalam ikatan Allah.”(HR. an-Nasaie dalam Sunan Kubra sepertimana disebutkan oleh al-Iraqi dalam Takhrij Ihya' 2/198, para perawinya tsiqah).

 

Hadith 2

 

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: الْمُتَحَابُّونَ فِي جَلاَلِي لَهُمْ مَنَابِرُ مِنْ نُورٍ يَغْبِطُهُمُ النَّبِيُّونَ وَالشُّهَدَاءُ.

 

Muadz bin Jabal berkata, “Aku mendengar Rasulullah bersabda bahawa Allah subhanahu wata’ala berfirman, ‘Orang-orang yang saling mencintai di bawah keagungan-Ku untuk mereka mimbar-mimbar (tempat yang tinggi) dari cahaya yang membuat iri para Nabi dan orang yang mati syahid (HR. Tirmidzi no. 2390, hasan sahih)

 

Hadith 3

 

الْمُتَحَابُّونَ فِي اللَّهِ عَلَى كَرَاسِيَّ مِنْ يَاقُوتٍ حَوْلَ الْعَرْشِ

 

Orang-orang yang saling mencinta kerana Allah, mereka berada pada kursi-kursi Yaqut (permata) di sekitar Arasy (HR. ath-Thabrani dalam Mu’jam al-Kabir no. 3973, Ibnu Adi dalam al-Kamil 4/106, al-Baihaqi dalam Syuabul Iman no. 9000, daripada Abu Ayyub al-Anshari ra. Dhaif menurut Ibnu Adi dalam al-Kamil 5/258, az-Zahabi dalam Mizan al-I’tidal 2/455, dan Ibn al-Qaisarani dalam Dzakiratul Huffaz 4/2452. Munkar menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 636)

 

Hadith 4

 

Allah berfirman dalam satu hadith Qudsi:

 

حَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَحَابِّينَ فِيَّ، وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَبَاذِلِينَ فِيَّ، وَحَقَّتْ مَحَبَّتِي لِلْمُتَزَاوِرِينَ فِيَّ، وَالْمُتَحَابُّونَ فِي اللهِ عَلَى مَنَابِرَ مِنْ نُورٍ فِي ظِلِّ الْعَرْشِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ

 

“Kecintaan-Ku berhak didapat oleh orang yang saling mencinta kerana-Ku, saling memberi kerana-Ku, dan saling mengunjungi kerana-Ku. Orang-orang yang saling mencinta kerana Allah, akan berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, di bawah naungan ‘Arsy ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.” (HR. Ahmad no. 22064, daripada Muadz bin Jabal ra, sanadnya sahih)

 

Hadith 5

 

عن أبي مالكٍ الأشعري قالَ أنّهم بَينما هُم عندَ رسولِ اللهِ ﷺ فذكروا قَومًا لَيسوا بأنبياءَ ولا شهداءَ يغبطُهم النَّبيونَ بمقعدِهم وقُربِهم مِن اللهِ يَومَ القيامةِ ثمَّ قال هُم عبادُ اللهِ مِن بلدانٍ شتّى وقبائلَ شتّى مِن شعوبِ القبائلِ لم يكن بَينها أرحامٌ يتَواصلون بها ولا دُنيا يتباذلونَها تحابُّوا بروحِ اللهِ يجعلُ اللهُ لهم منابرَ مِن نورٍ ويجعلُ وجوهَهم نورًا يَومَ القيامةِ قدامَ الرحمنِ يفزعُ النّاسُ ولا يفزعونَ ويخافُ النّاسُ ولا يخافونَ.

 

Dari Abu Malik Al-Asy’ari ra bahawa suatu ketika, setelah Rasulullah s.a.w menyelesaikan solatnya, maka baginda s.a.w menghadap ke arah orang yang hadir dan bersabda,  "Wahai manusia, dengarkan, fikirkan, dan amalkanlah. Sesungguhnya Allah azza wajalla memiliki hamba-hamba, yang mereka itu bukan para nabi dan bukan pula syuhada, namun para nabi dan syuhada berharap seperti diri mereka, yang duduk bersanding dan dekat dengan Allah.”

 

Lalu datang seorang Arab Badwi di pinggir kerumunan orang, lalu menunjukkan jarinya ke arah Rasulullah s.a.w, seraya berkata,

 

"Wahai Nabi Allah, ada orang yang mereka itu bukan nabi dan bukan pula syuhada, yang para nabi dan syuhada itu berharap sekiranya seperti mereka, kerana kedekatan mereka dengan Allah. Beritahukanlah kepada kami bagaimana gambaran mereka?”

 

Wajah baginda s.a.w tampak berseri kerana pertanyaan orang Badwi tersebut. Maka baginda s.a.w menjawab,

 

"Mereka adalah orang-orang yang tidak pernah dikenal dan terasing dari keluarga dan kabilahnya. Mereka tidak diikat oleh hubungan kekerabatan, namun mereka saling mencintai kerana Allah dan saling rukun. Allah meletakkan bagi mereka mimbar-mimbar dari cahaya, lalu mendudukkan mereka di atasnya. Lalu Allah membuat wajah mereka dari cahaya, membuat pakaian mereka dari cahaya, membuat manusia hairan terhadap mereka pada hari Kiamat, sementara mereka sendiri tidak hairan. Mereka adalah para Wali Allah yang tiada ketakutan atas diri mereka, dan mereka tidak bersedih hati."  (HR.  Ahmad 37/530 no. 22894/21832, sanadnya didhaifkan oleh Syeikh al-Arnauth, dan hadithnya sahih lighairih menurut Syeikh al-Albani dalam Sahih Targhib no.  3027)

 

Hadith 6

 

حقَّتْ محبَّتي على المُتحابِّينَ فيَّ وحقَّتْ محبَّتي على المُتناصِحينَ فيَّ وحقَّت محبَّتي على المُتزاوِرينَ فيَّ وحقَّتْ محبَّتي على المُتباذِلينَ فيَّ وهم على منابرَ مِن نورٍ يغبِطُهم النَّبيُّونَ والصِّدِّيقونَ بمكانِهم

 

Berhak mendapatkan kecintaanKu, orang yang saling mencintai kerana Aku. berhak mendapatkan kecintaanKu, orang yang saling menasihati kerana Aku, berhak mendapatkan kecintaanKu, orang yang saling mengunjungi kerana Aku, berhak mendapatkan kecintaanKu, orang yang saling memberi kerana Aku. Mereka akan berada di mimbar-mimbar dari cahaya yang membuat iri para Nabi dan orang-orang soleh terhadap tempat mereka itu” (HR. Ibnu Hibban no. 577, disahihkan Syeikh al-Albani dalam Sahih al-Mawarid no. 2129)

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...