Wednesday, 31 May 2023

Hadith para Nabi hidup dikubur mereka solat didalamnya

 

Dari sahabat Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

الأنبياء أحياء في قبورهم يصلون

 

“Para Nabi itu tetap hidup di kubur-kubur mereka, mereka solat di dalamnya” (HR. Abu Ya’ala dalam Musnadnya no. 3425 al-Bazzar dalam Musnadnya no. 6888, al-Baihaqi dalam Hayatul Anbiya no. 27, Ibnu Adi dalam al-Kamil fi Dhuafa’ 2/327).

 

Hadith ini terdapat perbezaan pendapat. Sebahagian ulama mendhaifkannya seperti al-Bazzar dalam Musnadnya,  al-Baihaqi dalam Hayatul Anbiya, az-Zahabi yang mengatakan hadith ini munkar dalam Mizanul I’tidal 1/460, Ibnu Mulaqqin dalam al-Badarul Munir 5/284 kerana kelemahan al-Hasan bin Qutaibah. Al-Shan’ani dalam al-Insaf fi Haqiqat al-Awliya’ no. 79 berkata sanadnya kelam.

 

Manakala sebahagiannya mengatakan hadith ini kuat dan mempunyai penyokong seperti Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Sahih no. 621, al-Qasthalani dalam al-Mawahib al-Laduniyah 3/600, dan syawahidnya ada di Sahih Muslim:

 

Dari sahabat Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

مَرَرْتُ عَلَى مُوسَى لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِي عِنْدَ الْكَثِيبِ الْأَحْمَرِ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي فِي قَبْرِهِ

 

“Aku melewati Musa pada malam aku di israkkan, iaitu di samping bukit merah, beliau  sedang solat di dalam kuburnya” (HR. Muslim no. 2375).

 

Pemahaman yang benar tentang hadith ini

 

Jika telah diketahui bahawa para nabi itu tetap hidup dalam kubur mereka berdasarkan dalil wahyu (dalil naqli), hal itu pun boleh dikuatkan dari sisi logik akal. Hal ini kerana para syuhada juga hidup (di dalam kuburnya) berdasarkan dalil dari Al Quran. Sedangkan kedudukan para nabi itu lebih tinggi daripada kedudukan para syuhada (Fathul Bari 6/488).

 

Meskipun demikian, tidak boleh bagi kita untuk meminta sesuatu dari mereka, meskipun mereka tetap hidup di kubur mereka. Kerana hal ini tidak pernah dilakukan sama sekali oleh para salaf. Perbuatan itu termasuk sarana menuju kemusyrikan dan juga menujukan ibadah kepada mereka, selain kepada Allah Ta’ala.  Berbeda halnya meminta kepada para Nabi ketika mereka masih hidup di dunia, hal ini bukanlah sarana menuju kemusyrikan (Qa’idah Jalilah fi At-Tawassul wal Wasilah, hal. 289).

 

Kehidupan para nabi di alam kubur adalah kehidupan di alam barzakh, yang kita tidak mengetahui bagaimanakah hakikatnya. Hal itu termasuk perkara ghaib yang tidak Allah Ta’ala khabarkan kepada kita. Sehingga, kehidupan mereka di alam kubur itu berbeda dengan kehidupan mereka di alam dunia.

 

Dalam masalah ini, terdapat sekelompok orang yang terkeliru, kerana mereka menyangka bahawa kehidupan para nabi di alam kubur itu sebagaimana kehidupan mereka di alam dunia. Hal ini boleh dibantah dari beberapa aspek:

 

Pertama, seandainya para nabi itu hidup di alam kubur sebagaimana hidupnya mereka di alam dunia, maka seharusnya mereka berada di atas bumi (di atas tanah), bukan di bawahnya. Ini adalah sunnatullah yang berlaku atas makhluknya, bahawa orang hidup di dunia itu berada di atas bumi, sedangkan orang yang sudah meninggal di bawah bumi.

 

Kedua, terjadi perselisihan pendapat di kalangan sahabat dalam beberapa masalah, demikian pula umat Islam setelah generasi sahabat. Demikian pula, berbagai bidah muncul sepeninggal beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Seandainya nabi itu hidup sebagaimana hidupnya di dunia, akan mudah bagi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk berfatwa, menjelaskan kepada umat manakah yang sunah, dan manakah yang bidaah, menjelaskan pekara manakah yang halal dan manakah yang haram.

 

Atau jika tidak demikian, maka ada kemungkinan yang lain, iaitu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak mampu untuk berbicara atau tidak mampu menjawab pertanyaan. Atau Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak mampu bangkit dari kuburnya. Kita berlindung kepada Allah Ta’ala dari kesesatan semacam ini.

 

Ketiga, Allah Ta’ala mengabarkan bahawa para rasul itu manusia biasa, mereka mati sebagaimana manusia juga mati. Allah Ta’ala berfirman,

 

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ

 

“Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)” (QS. Az-Zumar [39]: 30).

 

Allah Ta’ala berfirman,

 

وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِن مِّتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ

 

“Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad). Maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?” (QS. Al-Anbiya’ [21]: 34).

 

Dan tidak terdapat dalil dari Al-Quran dan As Sunnah bahawa mereka akan diutus kembali setelah meninggal dunia.

 

 

 

No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...