Wednesday, 31 May 2023

Keberadaan hadith dalam kitab bukan petanda ianya terus sahih dan dipegang/diamalkan

 


Dalam tafsir Fathul Qadir, al-Imam asy-Syaukani menukilkan perkataan al-Qurthubi tidak kurang dari 194 kali. Bahkan, di muqaddimah kitab tafsir Fathul Qadir, setelah menyebutkan penamaan kitab yang beliau tulis, tidak berapa jauh dari penyebutan itu, al-Imam asy-Syaukani menukil pernyataan al-Qurthubi akan pentingnya memahami makna firman-firman Allah sehingga mampu mengambil hukum dan mengamalkannya. Itu menunjukkan bahawa perkataan-perkataan al-Qurthubi dijadikan salah satu rujukan penting oleh al-Imam asy-Syaukani.


Meskipun demikian, hal itu tidak menghalangi al-Imam asy-Syaukani untuk mengkritik al-Imam al-Qurthubi. Seperti pada saat al-Qurthubi menyebutkan hadith tanpa sanad dan tanpa merujuk ke kitab-kitab induk hadith, asy-Syaukani mengkritiknya dan tegas menyatakan bahawa hal itu tidak boleh dijadikan sebagai hujjah. Mari kita semak pernyataan asy-Syaukani tersebut.


Al-Imam asy-Syaukani menyatakan dalam kitab tafsirnya ketika menafsirkan surah anNisaa’ ayat 36:


قَالَ الْقُرْطُبِيُّ فِي تَفْسِيرِهِ: وَرُوِيَ أَنَّ رَجُلًا جَاءَ إِلَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: إِنِّي نَزَلْتُ مَحَلَّةَ قَوْمٍ، وَإِنَّ أَقْرَبَهُمْ إِلَيَّ جِوَارًا أَشَدُّهُمْ لِي أَذًى، فَبَعَثَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عليه وَسَلَّمَ أَبَا بَكْرٍ، وَعُمَرَ، وَعَلِيًّا يَصِيحُونَ عَلَى أَبْوَابِ الْمَسَاجِدِ: أَلَا إِنَّ أَرْبَعِينَ دَارًا جَارٌ، وَلَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ. انْتَهَى


al-Qurthubi berkata dalam tafsirnya: dan diriwayatkan bahawasanya seorang laki-laki datang menemui Nabi shollallahu alaihi wasallam dan berkata: Sesungguhnya aku singgah di tempat suatu kaum. Tetangga yang paling dekat denganku adalah yang paling melakukan tindakan menyakitkan terhadapku. Kemudian Nabi shallallahu alaihi wasallam mengutus Abu Bakr, Umar, dan Ali berteriak di pintu-pintu masjid (seraya menyerukan): Ingatlah, sesungguhnya 40 rumah (dari rumahmu) adalah terhitung tetangga. Tidak masuk syurga orang yang tetangganya tidak merasa aman dari kejahatannya. Selesai (penukilan dari al-Qurthubi).



وَلَوْ ثَبَتَ هَذَا لَكَانَ مُغْنِيًا عَنْ غَيْرِهِ، وَلَكِنَّهُ رَوَاهُ كَمَا تَرَى مِنْ غَيْرِ عَزْوٍ لَهُ إِلَى أَحَدِ كُتُبِ الْحَدِيثِ الْمَعْرُوفَةِ، وَهُوَ وَإِنْ كَانَ إِمَامًا فِي عِلْمِ الرِّوَايَةِ، فَلَا تَقُومُ الْحُجَّةُ بِمَا يَرْوِيهِ بِغَيْرِ سَنَدٍ مَذْكُورٍ وَلَا نَقْلٍ عَنْ كِتَابٍ مَشْهُورٍ، ولا سيما وَهُوَ يَذْكُرُ الْوَاهِيَاتِ كَثِيرًا، كَمَا يَفْعَلُ فِي تَذْكِرَتِه


(Selanjutnya, asy-Syaukani berkata): Kalau hadith ini memang sah (valid), nescaya sudah mencukupi dari selainnya. Namun beliau (al-Qurthubi) meriwayatkannya tanpa merujuk pada salah satu kitab hadith yang dikenali sebagaimana anda lihat. Beliau (al-Qurthubi) meskipun imam dalam ilmu riwayat (hadith), tidaklah mampu tegak hujjah dari hadith yang diriwayatkan oleh beliau yang tidak disebutkan sanadnya ataupun dinukil dari kitab yang dikenali. Terlebih lagi, beliau juga banyak menyebutkan riwayat-riwayat lemah sebagaimana yang beliau lakukan dalam kitab beliau atTadzkirah (Fathul Qadir al-Jami’ Bayna Fannay ar-Riwaayah wad Dirayah min Ilmit Tafsir karya asy-Syaukani 1/536).


No comments:

Post a Comment

Kisah hamil perempuan mandul di zaman nabi musa as

  Matan kisah   Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa. Wanita itu berkata: “Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seor...