Matan hadith
من صلى علي ألفا زاحمت كتفه كتفي على باب الجنة
Terjemahan
Sesiapa yang berselawat ke atasku
sebanyak 1000 kali maka akan berlaga bahunya dengan bahuku di depan pintu
syurga
Takhrij
Tidak ditemui asal.
As-Sakhawi dalam Qaulul Badi’
hal. 161, menilai hadith ini tidak ditemuai asalnya dan mengirakan hadith ini
palsu.
Apabila seorang ahli hadith
bertaraf al-Hafiz berkata bahawa dia tidak menemui sanad bagi sesuatu hadith
itu maka sudah memadai untuk dinafikan kewujudan hadith tersebut. Ini
sebagaimana yang telah disebutkan oleh al-Hafiz al-Sayuthi dalam Tadrib al-Rawi:
“Jika seorang al-Hafiz
al-Mutthali’ (yang luas telaahnya), al-Naqid (pakar hadith) berkata pada
sesuatu hadith ‘aku tidak mengetahuinya’ dipegang pada perkataanya pada
menafikannya (yakni dinafikan kewujudan hadith tersebut), sebagaimana yang
disebutkan oleh Syeikh al-Islam (al-Hafiz Ibnu Hajar).”
Rujukan
http://zulhusnimatresat.blogspot.com/2022/09/status-hadis-selawat-seribu-kali.html?m=1
No comments:
Post a Comment